Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, April 30, 2004

Kali ini aku tak akan menulis atas desakan rakan-rakan yang ingin melihat sesuatu yang baru di laman ini….

Hari ini sepanjang hari bermula dari jam 1:30 tengahari hujan mula turun. Semalam aku tidur lewat, kerana mengikut perancangan terpaksa bergerak jauh beratus kilometer. Seperti biasa, aku mengharapkan hari itu akan mendatangkan suatu yang produktif untuk aku.

Hari bermula dengan sungguh baik. Tiba sahaja tengahari, rancangan untuk bergerak jauh terpaksa dibatalkan. Aku seperti biasa terus mengatur untuk tugasan lain yang boleh aku lakukan untuk hari tersebut.

Panggilan daripada rakan yang inginkan maklumat mengenai tugas aku, aku laksanakan dan aku janji akan menjalankan apa yang telah dipertanggungjawabkan.

Seterusnya, temujanji seterusnya ialah pada jam 9 malam. Jadi, aku mesti lakukan sesuatu sehingga waktu berkenaan.

Terus, aku menghubungi rakan lain untuk menjalankan beberapa sessi perbincangan sambil "catch up with things’. Temujanji diatur dan dipersetujui pada jam 5.30.

Pukul 5.15 aku sudah terpacul dan fizikal aku mula letih kerana tidak cukup tidur, agaknya, yakni cuma mendapat 3 jam sahaja.

Malangnya selepas tunggu sehingga 2 jam, temujanji tersebut terpaksa dibatalkan kerana alasan hujan dan beliau ada rancangan lain yang telah diatur lebih awal.

Dengan rasa nak terkencing, dengan basah kuyup sambil menunggu bersama pisang goreng dan teh tarik, aku ke masjid; satu jam aku tak dapat tahan mengantu, tertidur, dan satu jam di warong. Rasa kecewa bercampur sakit hati aku cuba laporkan pada Tuhan.

Lantas, aku sudah tidak mempunyai mood untuk teruskan kerja-kerja lain…..Kerja malam tersebut aku batalkan sahaja.

Hampa rasanya apabila rancangan-rancangan awal yang telah diatur sia-sia…..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com