Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, March 24, 2004
Dalam beberapa minggu yang lalu, seperti yang disedia maklum, demam pilihanraya. Musim kali ini merupakan musim kedua dan yang pertama bergerak secara langsung dan terangan.
Banyak strategi dalam perancangan awal kempen pilihanraya yang kami telah aturkan untuk Calon Parlimen P105 Sivarasa Rasiah di bawah label Keadilan. Salah satuya ialah mengenai pembikinan laman web kempen Sivarasa.
Kempen ini juga telah memaksa saya untuk meletakkan jawatan dalam sebuah syarikat swasta supaya dapat memberikan tumpuan.
Jadi, ramai yang bertanya, habis tu banyak ke Sivarasa bagi kamu?
Dalam politik Umno Barisan Nasional, memang tidak dapat dinafikan bahawa wang sogokan memang diperuntukkan. Berpesta nampaknya mereka ini. Wang datang mencurah. Tampal poster upahnya RM20 sejam, ejen pengundian dan pengiraan dapat RM100. Elaun pengangkutan disediakan. Teksi yang membawa pengundi ke tempat mengundi mendapat RM100. Sehinggakan orang yang memeriksa nama mereka di pondok panas BN mendapat RM20.
Balik ke persoalan saya, berapa yang saya dapat? Defisit!!!! Kadang-kadang saya terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk memperlengkapkan persiapan.
Habis tu nak makan apa?
Begitu cetek sekali mentaliti rakyat Malaysia. Sehingga putus bekalan makanan sekiranya tidak bekerja di bawah Umno agaknya. Tahukah mereka ini rezeki itu di bawah kuasa Tuhan? Mungkin selepas ini saya tidak mendapat kerja dengan gaji yang tetap, namun saya percaya akan rezeki yang telah diperuntukkan untuk hambanya. Hanya memerlukan usaha sahaja.
Jadi, Sivarasa kalah. Apa yang mampu diperkatakan? Terima hakikatnya? Sekiranya perjalanan pilihanraya telus, saya boleh terima. Saya telah menghadiri taklimat pilihanraya oleh Pengarah SPR sendiri di Shah Alam. Disuruh datang dan terpaksa keluarkan wang pendaftaran bengkel RM10. Tidak lagi dibenarkan pondok panas. Apa sudah jadi? Kita akur dengan pindaan undang-undang SPR tapi pihak lain buat tak tahu. Komplen, laporan? Semua dah dibuat, tapi apakan daya?
Perjalanan kempen dengan menggunakan jentera kerajaan, sogokan upah dan rasuah saya kira hanya kejayaan sementara. Kesedaran nanti bakal buktikan kejayaa.
Insya-Allah saya akan tetap terus menyambung hasil penulisan saya ini ke dalam blog ini dah saya meminta maaf kerana pembaca-pembaca setia blog ini tidak dapat mengemaskini akitiviti penulisan saya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home