Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, February 17, 2004
16hb Februari 2004
RAFIDAH TIDAK PERLU GERTAK PEMBANGKANG
KAMI ALU-ALU BELIAU MENGAMBIL TINDAKAN
Media hari ini melaporkan bahawa Menteri Datuk Rafidah Aziz memberi amaran
beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang
yang menuduh beliau terbabit dalam perbuatan korupsi.
Sebagai seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (keADILan) yang disebut oleh
beberapa akhbar berhubung hal ini, saya ingin mengulangi bahawa Badan
Pencegah Rasuah (BPR) dan polis perlu segera membuat siasatan dan
menghadapkan Rafidah Aziz ke mahkamah setelah bukti terkumpul. Seperti
diketahui umum beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya atas tuduhan
rasuah.
Saya mengalu-alukan jikalau Rafidah mengambil tindakan ke atas mana-mana
ketua pembangkang yang dianggapnya bersalah kerana membuat dakwaan yang
tidak betul.
Sehubungan ini saya merasa pelik membaca kenyataan oleh peguam Tan Sri Eric
Chia dan Datuk Kasitah Gadam, Datuk Shafie Abdullah, yang meminta supaya
jangan diambil tindakan terhadap terlalu ramai menteri, kerana ini boleh
memalukan.
Apakah maksud beliau dengan kenyataan yang jauh dari bijaksana ini? Adakah
beliau hendak supaya semua kes korupsi yang melibatkan menteri dan
tokoh-tokoh politik dan korporat yang besar-besar dibenamkan begitu saja?
Dan biarkan korupsi meluas?
Saya ingin mendengar komen Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi
tentang perkara ini.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti keADILan Rakyat
0 Comments:
Post a Comment
<< Home