Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, February 12, 2004
10 Februari 2004
PENANGKAPAN TAN SRI ERIC CHIA
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akhirnya telah menangkap Tan Sri Eric Chia semalam setelah sembilan tahun isu penyelewangan dan skandal Perwaja ini ditimbulkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Walaupun sebelum ini siasatan pernah dibuat oleh BPR terhadap Eric Chia, namun badan ini dilihat tidak dapat bertindak secara bebas dan berkesan kerana wujudnya campurtangan eksekutif.
Kini, setelah 102 hari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kita dapat melihat sedikit perkembangan positif yang cuba ditunjukkan oleh PM bahawa beliau benar-benar mahu membanteras korupsi. Parti Keadilan Rakyat menggesa pihak BPR menyiasat kes ini dengan terperinci termasuk penglibatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam usaha melewat-lewatkan siasatan dan perlindungan yang cuba diberikan kepada Eric Chia selama ini.
Kami juga menegaskan sekiranya pihak PM benar-benar ingin menunjukkan sikap memerangi rasuah, beliau seharusnya berani menangkap dan menghadapkan Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik ke mahkamah dengan segera kerana siasatan BPR terhadap mereka telah selesai dan kertas pertuduhan telah juga disiapkan oleh Pejabat Peguam Negara. Kami juga menggesa siasatan dijalankan terhadap Tan Sri Khalil Yaakub dan DatoÂ’Seri S.Samy Vellu memandangkan banyak laporan polis telah dibuat terhadap mereka.
BPR hendaklah bertindak secara bebas dan berkesan dalam usaha untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu yang terbabit ke muka pengadilan. Kita tidak mahu isu penangkapan Eric Chia ini dibuat semata-mata untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu besar yang sedang negara hadapi yang melibatkan anak PM sendiri iaitu penglibatan Scomi Precision Engineering di dalam penjualan komponen senjata nuklear ke Iran dan Libya yang telah didedahkan oleh Badan Perisikan Britain dan Amerika Syarikat (CIA dan M 16) baru-baru ini.
Dr Wan Azizah Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
0 Comments:
Post a Comment
<< Home