Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, January 28, 2004
Bilik 1508B & 1510, 15th Floor,
Merlin Tower, Jalan Meldrum
80000 Johor Bahru, Johor
20hb Januari 2004
KENYATAAN AKHBAR
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Negeri Johor ingin melahirkan perasaan teramat marah dengan kes rogol dan bunuh yang dilakukan ke atas adik Nurul Huda Ghani, 10 tahun di Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.
Kami turut mengucapkan takziah kepada kedua ibu bapa adik Nurul Huda dan keluarganya atas tragedi yang malang ini.
Beberapa minggu lalu lima orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor telah mengadakan kunjungan muhibah dan bertemu kenal dengan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Musa Hassan yang baru bertugas di Negeri Johor. Antara lainnya kami membangkitkan soal jenayah yang semakin meningkat di Negeri Johor dan menarik perhatian beliau supaya ianya dapat dibendung dan dibanteras.
Kami amat prihatin dengan apa yang berlaku ke atas adik Nurul Huda Ghani yang tidak berdosa itu menjadi mangsa keganasan yang tidak bertamadun dan berperikemanusiaan.
Kami tidak berhasrat untuk sengaja mencari salah pada mana-mana pihak berhubung dengan meningkatnya jenayah
seperti rogol dan bunuh ini. Bagaimanapun yang jelas ialah rakyat tidak lagi berasa aman dan selamat untuk menjalani kehidupan biasa hatta di bandar atau di kampung halaman mereka sendiri.
Adalah sangat nyata keselamatan bagi rakyat Malaysia ini tidak lagi dapat terjamin. Jabatan Polis Diraja Malaysia mungkin kekurangan tenaga untuk menguatkuasakan keselamatan. Tetapi negara kita bukan negara polis di mana polis perlu berada di mana-mana. Yang jelas kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang perlu bertanggungjawab kerana gagal mengwujudkan keadaan yang aman dan selamat bagi rakyat biasa menjalani kehidupan mereka sama ada di kampung ataupun di bandar.
Abdul Razak Ahmad
Ketua Perhubungan
Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor
0 Comments:
Post a Comment
<< Home