Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, January 22, 2004

PalohPaloh : Dilemma Melayu Yang Keliru
Oleh: Faisal Mustaffa dan Sultanmuzaffar

Dalam melihat kebilauan pemikiran Melayu (sehingga sekarang ini), secara tidak langsung banyak dipapakarkan dalam filem ini. Juga secara terangnya penglibatan Melayu dalam komunis dan Jepun bercampur-campur.

Pra Keliru
Pertama, kita lihat dalam pemibikinan Paloh yang kos pembikinannya mencecah RM 4 juta. Pembikinan filem merupakan satu kerja yang melibatkan banyak pihak. Oleh itu kerjasama yang kukuh penting dalam menghasilkan sebuah filem yang berjiwa Malaysia. Kontroversi yang melibatkan pengarah dan penerbit benar-benar mengejutkan walaupun sekaligus ia membuktikan semangat Malaysia Boleh yang sering dilaung-laungkan oleh tunggak kepimpinan Malaysia.

Kekacauan filem ini mungkin kerana penglibatan pengarah yang dihentikan di pertengahan jalan atas alasan yang tidak munasabah. Durasi filem ini yang pada asalnya memakan masa lebih 2 jam telah dicantas tanpa kebenaran pengarah kerana pengarah tidak di bawa bersama sewaktu proses adunan akhir. Lebih mengacaukan filem ini tentunya kerana tiada cue apabila teknik imbas kembali digunakan menyebabkan penonton keliru yang mana bukan flashback dan yang mana flashback.

Patut pun berkecamuk kepala otak ini menonton Paloh walaupun berkali-kali ditayangkan menerusi Showcase Astro. Rupa-rupanya proses penyuntingannya dilakukan tanpa tulang belakang pengarah Adman Salleh untuk bergiat aktif. Pengarah telah dinafikan haknya untuk menyertai grup penyuntingan yang dijalankan di Bangkok. Menurut Finas (penyumbang terbesar dengan menggunakan dana khas yang disediakan oleh kerajaan), hanya nama yang diluluskan oleh Finas sahaja dibenarkan ke sana untuk penyuntingannya. Sepatutnya ramai yang mendengus kekeliruan kerana babak yang disunting nampak tidak kemas.

Berdasarkan rujukan ulasan Paloh dalam laman web http://nizamzakaria.blogspot.com, tidak jelas menunjukkan sejauh mana kebenaran desas-desus yang menyatakan Adman Salleh langsung tidak dibenarkan terlibat dalam proses pasca-produksi. Tetapi jika ia benar, perkara ini langsung mengimbau kembali kepada filem komedi Woody Allen yang berjudul 'Hollywood Ending', yang mengisahkan tentang seorang pengarah yang tiba-tiba menjadi buta, tetapi terus mengarahkan filem tanpa diketahui oleh orang lain kecuali agen, penolong peribadinya dan bekas isterinya. Filem yang diarahnya bercelaru yang terjerumus kepada keliru, seorang pengarah buta tidak mampu melihat apa yang telah diarahnya? Mungkin perkara inilah yang telah berlaku kepada Paloh. Mungkin visi Adman Salleh hilang dalam proses suntingan akhir, maka tidak hairanlah jika filem ini sedikit bercelaru. Mungkin Adman mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyambungkan butir-butir naratif visual agar ia senang dicernakan penonton, tetapi peluang ini tidak diberikan kepadanya. Akhirnya, penonton yang menjadi mangsa kerana tersepit dengan politik.

Melalui diskusi Adman Salleh (pengarah) di Actors Studio Bangsar, filem ini memerlukan kelayakan IQ untuk para pelakonnya. Berkemungkinan Adman cuba untuk lari dari kekeliruan yang mungkin diterima oleh penonton-penontonnya ….. Bukan sebarang orang boleh menonton filem sedemikian yang memerlukan otak memproses maklumat dengan pantas dalam keadaan non-linear. Ini berbeza dengan apa yang diutarakan oleh salah seorang penulis lakon layar filem ini. Katanya, filem ini agak unik kerana dengan ideologinya yang jauh menyeleweng tetapi tetap lulus dari guntingan lembaga penapis. Sebaliknya , adegan potong kepala yang digunting lembaga penapis. Ini membuktikan yang mereka di Lembaga Penapis Filem hanya nampak kesan fizikal ke atas sesebuah filem!

Filem sebegini perlu diteliti dengan minda yang terbuka dan penumpuan yang terbaik. Penggunaan konsep non-linear menjadikan penonton perlu berfikir lebih untuk menikmati keseluruhan filem ini. Apa yang menarik mengenai filem ini ialah ideologinya. Perjuangan komunisme telah diangkat ke satu tahap yang boleh dibanggakan oleh filem ini. Ideologinya jelas jauh tersimpang dengan apa yang selalu kita pegang yang mana komunis merupakan anasir jahat yang perlu ditentang habis-habis. Sejarah Malaya di peringkat sekolah rendah dan menengah juga membutuhi komunis.

Menurut salah satu ulasan yang dapat dikupas dalam Paloh ialah mengenai struktur naratif yang mana mengingatkan kita dengan struktur plot filem The English Patient (1997) arahan Anthony Minghella yang diadaptasi dari novel Michael Ondaatje.

Naratif The English Patient merupakan kolektif ingatan dalam bentuk imbas kembali empat mangsa perang dunia kedua yang berlindung di sebuah gereja lama di Tuscani.

Penonton Malaysia mungkin tidak terbuka dengan cara penyampaian sedemikian justeru akan merasa terganggu dengan adegan imbas kembali watak yang berlaku secara tiba-tiba. Menjadikan mereka sukar untuk mengikuti perkembangan plot jika tidak menumpukan sepenuhnya kepada perkembangan watak.

PalohKekeliruan cerita
Melayu yang keliru jelas pada watak Ariffin Nur (Samat Salleh) dan pengikut-pengikutnya yang warak akhirnya menjadi anggota komunis, walaupun ideologi komunisme jelas menentang agama. Perkara ini wujud akibat kecewa mereka kepada keadaan yang berlaku pada waktu itu. Tetapi, dalam waktu yang sama mereka masih bermain gambus untuk menghiburkan hati di dalam hutan. Di mana letaknya komunisme mereka itu ?

Dalam mencari penyelesaian kepada pelbagai kekeliruan, banyak andaian telah diberikan oleh pengulas-pengulas filem dan dikira logik untuk diterapkan dalam ulasan ini terutama sekali melalui hasil tulisan A.Wahab Hamzah:

"Ariffin adalah sebahagian orang Melayu ketika itu yang menentang kolonialisme yang kecewa dengan perjuangan Ibrahim Yaakob dan kemudian terjebak dengan perjuangan komunis.

Adakah Ariffin sebenarnya terjebak? Adman tidak memberikan penilaiannya. Malah pemergian Fatimah untuk belajar di sekolah agama di Kuala Pilah mengingatkan kita kepada sejarah hidup Shamsiah Fakeh.

Watak Osman, si penulis yang kemudian ke Singapura untuk bekerja sebagai wartawan dengan akhbar Melayu Raya adalah imbasan Usman Awang dalam novel autobiografinya Tulang-tulang Berserakan.

Bezanya Osman dari Leman dalam novel tersebut, Osman mencari identitinya antara ibu bapanya yang China dan Melayu, manakala Leman seorang yang simpatetik dengan kaum China yang dianiaya."

Post Keliru
Akhirnya, faktor post penayangannya. Paloh tidak gagal sebenarnya sekalipun dikhabarkan filem tersebut mempunyai peluang yang besar untuk menyengat di Shiraz kerana memiliki kekuatan cerita dan nilai tema sejagat serta mutu lakonan yang cemerlang. Walaupun tidak berjaya memenangi apa-apa anugerah utama di Festival Filem Asia Pasifik di Shiraz, Iran, filem ini masih boleh berbangga kerana menduduki senarai akhir untuk beberapa kategori utama

Melalui khabar berita, kutipan Paloh hanya sekitar RM80,000 sahaja. Dengan pembikinan yang lama bersama promosi yang memberangsangkan masih tidak dapat menarik perhatian penonton Malaysia khususnya Melayu sendiri yang merupakan penduduk majoriti negara ini justeru mendapat hak istimewa di bawah perlembagaan negara.

Apa Melayu sudah tidak berminat dengan menonoton filem sejarah? Atau mata pelajaran sejarah di sekolah sudah memadai sungguhpun banyak fakta yang dikaburi pihak Kementerian Pendidikan?

Jadi, sekiranya tiada usaha yan dijalankan oleh Melayu, bangsa ini akan kekal terkeliru, baik dari amalan sehinggalah ke pemikirannya.

Artikel ini akan disiarkan di Suara keluaran 1 Februari 2004

1 Comments:

At 8:36 pm, Blogger jasonbob said...

jordan shoes
yeezy boost 350
hermes
curry
nike sb dunk low
yeezy
kobe shoes
paul george shoes
canada goose outlet
off-white

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com