Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, February 27, 2007

Ezam Dedah Rasuah Ketua Pengarah BPR

(Dari kiri) Badrul Hisham, Ezam Mohd Nor dan Mahfuz Omar


Saya berkesempatan untuk menghadiri satu sidang media yang dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (Gerak) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Nor.

Beliau mendedahkan perlakuan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato Seri Zulkifly Mat Noor yang dikatakan terlibat dengan palbagai kegiatan rasuah dan mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau.

Beliau juga menuntut agar sebuah Suruhanjaya diRaja dan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kegiatan rasuah oleh Zulkifly sepertimana yang dilaporkan oleh oleh Pegawai Siasatan Gred 54 BPR kepada Bukit Aman, Mohamad Ramli Manan.

Zulkifly yang pada awalnya memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada April 2001 dan kemudiannya kontrak beliau disambung sebanyak dua kali selama dua tahun.

Jenayah Rogol

Zulkifly didakwa terlibat dalam jenayah rogol seorang suri rumahtangga dan kes tersebut telah dilaporkan kepada polis. Berhubung dengan kes yang sama, mangsa rogol juga telah membuat tiga laporan polis yang didakwa menerima tekanan dan Zulkifly yang pada ketika itu Ketua Polis Johor telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk menutup kes tersebut.

Harta Komersil

Zulkifly juga memiliki beberapa harta komersil seperti Stesen Minyak Mobil di Bahau dan Pagoh serta memiliki enam buah rumah di Pagoh.

Zulkifly juga dikatakan telah menyalahgunakan kenderaan rasmi Kerajaan untuk menjalankan perniagaan peribadinya di stesyen-stesyen minyaknya.

Kontrak Pembinaan

Pada tahun 1997 hingga 1998, Zulkifly bersama Pegawai Polis Daerah Segamat, Hj Ithnin Hj Taha telah berpakat untuk berkongsi keuntungan RM1 juta hasil daripada kontrak pembinaan Kuarters Polis di Segamat yang bernilai RM18 juta dengan membatalkan kontrak pembinaan kepada kontraktor asal. Kontrak tersebut kemudiannya diserahkan kepada seorang gangster yang dikenali sebagai Michael.

Cuti Luar Negara Setiap Bulan

Laporan Mohamad Ramli juga mendedahkan bahawa sungguhpun Zulkifly menyandang jawatan Ketua Pengarah BPR, beliau masih menjalankan kegiatan rasuah beliau dengan menghabiskan masa cutinya ke luar negara setiap bulan dengan menggunakan Dana Perkhidmatan Rahsia BPR.

“Pada Disember 2004, Zulkifly didapati membawa teman wanitanya ke Australia yang mana kos perbelanjaan tersebut ditanggung sepenuhnya.”

Kesalahan-kesalahan yang direkodkan terhadap Zulkifly tersebut termaktub di bawah kesalahan undang-undang seksyen 217 dan 218 Kanun Keseksaan dan seksyen 15 APR 1997.

Untuk mendengar audio kesimpulan sidang media tersebut, sila klik di sini.

 

 

"RHYTHM IN BRONZE EXTRA GAMELAN TURNS"


Music Directors: JILLIAN OOI & SUSAN SARAH JOHN
Director: NAM RON
Movement Director: LOH KOK MAN
Set & Costume Design: BAYU UTOMO RADJIKIN

The highly successful Rhythm In Bronze contemporary gamelan ensemble - with 7 concerts and an album behind them - has returned with another groundbreaking project!

Alih PungGONG is an exciting collaboration that sees the coming together of Rhythm In Bronze with critically acclaimed director Nam Ron and movement director Loh Kok Man .

This time, Rhythm In Bronze's fresh music compositions will be complemented with powerful short pieces of theatre performances, directed and choreographed by dynamic duo Nam Ron and Kok Man respectively.

Eight new compositions have been specially created for Alih PungGONG while Nam Ron's theatre pieces will provide dramatic interludes between the new music. Alih PungGONG also boasts of Bayu Utomo Radjikin as its costume and set designer, one of Malaysia 's acclaimed visual artists of today.

Show times:
28 Feb – 3 Mar 2007 @ 8.30pm & 4 Mar 2007 @ 3.00pm.

Tickets: RM38 & RM18 for students and senior citizens.

Venue: Pentas 2, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac), Sentul Park, Jalan Strachan, 51100 Kuala Lumpur.

Tickets available at KLPac Box Office or call tel: 03-4047 9000 / 03-2094 1400.


For more information, please call Five Arts Centre at 03-7725-4858 or email fivearts@tm.net.my or log onto www.klpac.com.

 

 

Friday, February 23, 2007

Filem Amir Muhammad Diharamkan Lagi


Selepas filem Lelaki Komunis Terakhir diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia, sebuah lagi filem usaha pengarah Amir Muhammad, Apa Khabar Orang Kampung diharamkan.
Filem tersebut dihantar ke Lembaga Penapisan pada 18 Januari lalu dan keputusan pengharaman tersebut diberikan pada 12 Februari yang baru lalu.

Sungguhpun demikian, Amir mempunyai tempoh sehingga 10 Mac 2007 untuk merayu atas pengharaman tersebut.

Berikut ialah antara sebab-sebab filem tersebut diharamkan:

1. Tema filem ini cuba menggambarkan seolah-olah perjuangan Barisan Bersatu Komunis di Semenanjung Tanah Melayu dahulu adalah satu perjuangan yang murni dan patut mendapat penghargaan. Dengan itu mesej filem ini lebih kepada usaha pihak tersebut terutamanya ke atas anggota komunis berbangsa Melayu.

2. Filem ini juga menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidak berlaku adil kerana tidak menghargai perjuangan mereka.

3. Filem in lebih kepada menyuarakan pendapat atau cerita di pihak komunis itu sahaja tentang pendirian dan matlamat perjuangan mereka supaya masyarakat bersimpati dan menghargai sumbangan mereka.

4. Kritikan-kritikan terhadap Kerajaan Malaysia jelas ditunjukkan dalam filem ini kerana menawarkan skim pemulihan yang tidak dapat diterima berbanding dengan kerajaan Thailand yang sedia memberikan tanah, rumah dan kemudahan asas bagi membolehkan mereka meneruskan hidup setelah berhenti dari menjadi komunis. Di samping kritikan terhadap kerajaan, institusi kesultanan dana (sic) penghinaan terhadap orang Melayu juga ditunjukkan.

5. Filem ini juga cuba memperlekehkan YM Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai orang yang menyebabkan 'BALING TALK' menemui kegagalan sedangkan fakta yang sebenarnya ialah pihak Komunis tidak bersetuju meletakkan senjata.

6. Bekas anggota-anggota komunis itu menyamakan perjuangan mereka dengan perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu yang mementang pemerintahan British seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dato' Maharaja Lela, Tok Janggut dan lain-lain. Ini memesongkan fakta sejarah.

7. Filem ini tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum kerana fakta-fakta yang tepat (sic) di samping menyentuh sensitiviti dan kenangan pahit bekas anggota keselamatan dan orang awam yang pernah menjadi mangsa kekejaman komunis.

(Merujuk kepada Amir, sebab ke 7 di mana maksud 'tidak tepat' sepatutnya 'tepat'!)

Sumber: http://www.lastcomm unist.blogspot. com

 

 

Tuesday, February 20, 2007

PUAKA TEBING BIRU - Pengisian Hari Libur



Sekiranya anda tidak tahu atau mencari-cari tempat untuk berlibur atau tidak tahu untuk menonton wayang apa pada cuti Tahun baru Cina ini, saya ingin mencadangkan agar menonton filem PUAKA TEBING BIRU yang mula ditayangkan di semua pawagam terkemuka bermula dari 18hb Februari 2007.

Dengarkan promo filem PUAKA TEBING BIRU.

 

 

Monday, February 19, 2007

PDRM Atur Temubual Utusan dan Bekas Tahanan ISA




Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyifatkan temubual ekslusif akhbar perdana Utusan Malaysia bersama bekas tahanan ISA, Syed Ali bin Syed Abdullah bertajuk ‘Saya sertai JI kerana dunia Islam tidak menentu’ berupa seolah-olah satu pengakuan itu diatur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga bertanggungjawab ke atas penahanan seseorang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh GMI hari ini, mereka merasa sangsi dan kecewa dengan motif temubual tersebut.

Latarbelakang Syed Ali

Syed Ali bin Syed Abdullah sebenarnya masih belum bebas sepenuhnya daripada ISA.

Syed Ali ditahan di bawah ISA pada 17 April 2002 atas tuduhan sebagai ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) tetapi 21 hari selepas itu, tuduhan tersebut diubah kepada ahli Jemaah Islamiyyah (JI).

Beliau dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) pada 17 Oktober 2006 tetapi terpaksa melalui peraturan sekatan kawasan ; satu peraturan yang biasa dikenakan terhadap bekas tahanan ISA untuk memastikan setiap pergerakan beliau terus diawasi oleh polis.

Beliau tidak boleh keluar kawasan yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran polis. Beliau juga perlu melaporkan diri ke Balai Polis berdekatan kediamannya setiap minggu. Jika beliau melanggar sebarang peraturan dan pelbagai lagi syarat lain, beliau boleh ditahan semula di bawah Seksyen 8 ISA dan dihumbankan ke KEMTA.

Pengakuan Tidak Jujur

GMI berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Hamid menerusi temubualnya tidak terjamin benar .

Perkara seumpama ini pernah dirakan dalam dua kes iaitu Chng Suan Tze v. Minister of Home Affairs [1989] 1 MLJ 69 dan Teo Soh Lung v. Minister of Home Affairs [1990] 2 MLJ 129 di mana kedua-dua tahanan ISA berkenaan menfailkan aduan bahawa mereka telah membuat pengakuan melalui wawancara televisyen dalam keadaan tertekan dan pemaksaan.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar kiri) berkata, bekas tahanan, terutamanya yang berada dalam sekatan kawasan, sebenarnya masih lagi dalam keadaan tertekan kesan dari penahanan yang lama di bawah ISA dan ancaman oleh SB samada kepada beliau atau kepada keluarga.

Menerusi temubual yang dipaparkan dalam media perdana, Syed Ibrahim merasakan tindakan tersebut merupakan antara psikologi dan taktik licik pegawai cawangan khas (SB) untuk mencorakkan pandangan umum tentang kononnya ISAlah penyelamat keamanan negara dan semua tahanan telah pulih dan insaf.

“Bukankah penahanan tanpa bicara selama empat tahun itu satu penganiayaan besar yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia ke atas tahanan ISA dan penahanan itu dikuatkuasakan oleh anggota SB yang menjadi alat utama supaya tahanan ISA menjadi manusia yang hanya tunduk dan patuh kepada SB yang sangat berkuasa dan bermaharajalela?,” jelas Syed Ibrahim dalam kenyataannya.

Sebelum ini, terdapat banyak pengakuan dan afidavit oleh bekas tahanan ISA yang terdahulu yang membuktikan sebaliknya. Mereka diseksa, didera dan ditekan secara fizikal dan mental.

Pengakuan-pengakuan tersebut sudah pun dibawa ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Malah terdapat kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah untuk tuntutan saman dan ganti rugi penganiayaan.

Afidavit Bekas Tahanan

Menurut Syed Ibrahim , GMI juga sebelum ini pernah mendedahkan kesamaan di antaran kem tahanan Kamunting yang menempatkan tahanan-tahanan ISA dan Kem Guantanamo serta penyeksaan ketika 60 hari pertama (di bawah Seksyen 73 ISA).

Antaranya ialah tahanan dibogelkan dan diperlakukan seperti binatang, tahanan diberi pilihan minum air kencing atau makan tahi kucing, tahanan dipukul, disepak dan diliwat menggunakan alat khas, tahanan ditumbuk separuh mati (kes Anwar Ibrahim) serta tahanan disoal-siasat tanpa henti selama 72 jam sehingga pengsan.

Syed Ibrahim juga menyebut mengenai kesukaran GMI sepanjang usahanya menyelaraskan bantuan kepada keluarga mangsa ISA.

Menurut beliau, tahanan akan dikeluarkan notis berhenti kerja, syarikat menjadi muflis dan pelbagai masalah lagi.

“Lebih menyukarkan apabila orang lain yang mahu membantu keluarga juga diugut dan ditakut-takutkan oleh SB, yang mendakwa akan menangkap sesiapa saja yang membantu pengganas, imej yang diberikan pada tahanan,” jelas Syed Ibrahim.

Selain itu, Syed Ibrahim juga berkata bahawa SB juga turut mengugut akan menangkap isteri tahanan jika mereka meminta tolong daripada NGO.

“Anak-anak mengalami tekanan jiwa dan perasaan sehingga ada yang terpaksa mendapatkan rawatan sakit jiwa di hospital kerajaan. Adakah ini yang dimaksudkan tiadanya penganiayaan? Adakah ini yang dimaksudkan PDRM membantu kehidupan tahanan dan keluarga?”


Tuntutan

Justeru, GMI menuntut agar akhbar bersikap jujur dan benar dengan membuat laporan menyeluruh dengan menemubual bekas tahanan ISA yang lain dan meminta agar pihak polis menghentikan serta-merta tindakan menekan, mengancam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan keadaan bekas tahanan dan keluarga.

GMI juga menuntut agar Kerajaan mengadakan tribunal tentang penganiayaan dalam tahanan di bawah ISA dan menjemput semua bekas-bekas tahanan ISA untuk memberikan keterangan.

Bercakap menenai perintah sekatan kawasan, Syed Ibrahim berkata GMI berkata, kebebasan tidak mempunyai sebarang penertian sekiranya masih berterusan diawasi, dipantau dan diancam secara langsung atau tidak langsung.

 

 

Sunday, February 18, 2007

Kerajaan Terlupa elemen hak asasi dalam Draf Undang-undang Pekerja Domestik?

Beberapa aspek penting dalam undang-undang yang diderafkan oleh Kerajaan Malaysia pada Jun 2006 lalu terhadap pekerja domestik tidak dinyatakan.

Tidak pasti bahawa aspek-aspek asas mengenai hak-hak asasi pekerja termasuk tempoh bekerja, rehat dan kadar upah minima sengaja tidak dimasukkan dalam deraf undang-undang tersebut atau terlupa.

Malah, keganasan terhadap pekerja-pekerja domestik juga tidak diketangahkan sebagai satu aspek penting yang boleh dianggap sebagai satu pelanggaran hak asasi manusia dan zalim.

Sesungguhnya, nilai-nilai tersebut sering dilupai oleh kerajaan Malaysia sungguhpun beberapa es telah pun dibawa ke mahkamah.

Masih ingatka kita dengan kes Nirmala Bonat yang Berjaya lepas dripada kurungan majikannya dan pihak polis mendapati bahawa badannya habis terkupas akibat daripada siraman air panas dan tekanan penggosok baju ke atas badan Nirmala.

Kesnya masih lagi dalam perbicaraan.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas, Amnesty International juga tidak yakin kepada pelaksanaan Kerajaan terhadap hak pekerja domestik di negara ini.

Amnesty International dalam kenyataannya bertarikh 14 Februari lalu menyatakan rasa kegusarannya mengenai tahap hak asasi pekerja domestik terutamanya pekerja Indonesia yang mencari nafkah sebagai pembantu rumah di negara ini.

Apa yang penting ialah pihak berkuasa polis, mahkamah-mahkamah yang ada di Negara ini, majikan-majikan dan agensi-agensi yang menjalankan pengambilan pekerja-pekerja asing untu bekerja di sini perlu diberi pengajaran mengenai keganasan terhadap pekerja asing.
“Kesemua pihak harus sedar bahawa keganasan terhadap pekerja-pekerja domestik adalah satu kesalahan jenayah.”

Sebagai sebuah badan yang mengutamakan hak asasi manusia di seluruh dunia, Amnesty International telah mengumpulkan pelbagai kes yang berkaitan dengan eksploitasi dan keganasan majikan di negara ini terhadap pekerja-pekerja domestik.

Dalam satu kes yang dirakamkan, seorang pekerja domestik melaporkan bahawa beliau membersihkan rumah, memasak, menyapu sampah dan menjaga anak-anak majikan tetapi beliau sering dijirus dengan air panas bila majikannya dalam keadaan marah.

Ratna, seorang pembantu rumah yang berusia dalam lingkungan awal 20an juga memberitahu bahawa majikannya juga pernah melemparkan alat pemanas ke arahnya dengan sengaja.

Selain itu, dalam laporannya, Ratna yang sudah bekerja sebagai pembantu rumah sejak usianya 13 tahun juga memberitahu bahawa setiap malam beliau dikurung di dalam bilik dan tidak dibenarkan untuk ke bilik air.

Seperti juga manusia biasa, Amnesty International berkata bahawa pekerja-pekerja domestic juga mempunyai hak untuk bebas daripada sebarang keganasan, hak untk mempunyai waktu rehat dan dibayar berdasarkan dengan kadar yang wajar.

 

 

Saturday, February 17, 2007

Puaka Tebing Biru: Filem Seram Malaysia yang Boleh Dibanggakan



Sebelum saya dijemput untuk menyaksikan protonton filem karya Osman Ali, Puaka Tebing Biru pada 6 Februari lepas di GSC Mid Valley, Pontianak Harum Sundal Malam sebuah filem seram yang menyerikan industri filem di Negara ini.

Malah Pontianak Harum Sundal Malam menjadi wakil Malaysia dalam beberapa festival Malaysia sehinggakan ‘pontianak’ Maya Karin memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Seram di Sepanyol tahun lepas.

Bagi pendapat peribadi, Puaka Tebing Biru menaikkan lagi martabat filem Melayu terutamanya dalam filem seram.

Hantu dalam Puaka Tebing Biru lebih ‘real’ berbanding dengan Pontianak patung yang terbang dalam Pontianak Harum Sundal Malam (1&2). Hantu dalam Puaka Tebing Biru juga tidak keliru seperti Pontianak dalam flem Shuhaimi Baba.

Sutradara Osman Ali

Saya mula mengenali Osman Ali melalui filem kontroversial berani beliau, Bukak Api. Saya juga sua menyaksikan vcd Surat Untuk Bulan.

Selain ‘Bukak Api’, ‘Malaikat Di Jendela’ turut menjadi perintis kepada Osman Ali untuk mengembangkan bakatnya dalam industri perfileman. Dua filem pendek itu, telah terpilih mewakili Asean di Festival Filem Cannes dan juga Rotterdam.

Inilah filem yang saya tunggu-tunggu dan jarang untuk saya beri satu ovation kepada filem Melayu.

Genre ‘seram’ menjadi pilihan Osman Ali sebagai tema dalam menyampaikan buah tangan pertama ke layar perak. ‘Puaka Tebing Biru’ turut menyelitkan rencah segelintir anak nelayan yang menongkah arus kehidupan dalam usaha mencari jalan keluar dari belenggu rutin harian kehidupan. Beliau turut mengupas isu kasih sayang antara dua sahabat melalui beberapa kiasan secara tidak langsung.

Puaka Tebing Biru berkisarkan mengenai Ratna (Nasha Azizi) adalah rakan karib Ayu (Umie Aida) yang tinggal bersebelahan rumahnya sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah-lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung bernama Mohsin (Fahrin Ahmad).

Ratna yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Atilia (Sharifah Amani) telah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapat keizinan ibu mereka lakonan hebat Wan Maimunah. Hati Ratna terluka. Akhirnya, Ratna tidak berganjak dengan keputusannya lalu pergi meninggalkan Atilia, ibu serta rakan karibnya, Ayu.

Selepas tujuh tahun berlalu, Ratna kini berjaya sebagai seorang petugas di unit forensik di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Namun ada sesuatu yang menghantui hidup Ratna. Ratna tidak pernah tenteram sejak enam tahun yang lalu. Bayangan seorang wanita yang sering mengganggu menyebabkannya menjadi semakin tertekan. Selain bayangan wanita tersebut, muncul pula seorang kanak-kanak perempuan. Bagi menenangkan fikiran, Ratna mengambil keputusan untuk bertemu keluarganya. Itulah pertemuan pertama, selepas tujuh tahun tidak bertemu adiknya, Atilia. Setelah bertemu, Ratna dan Atilia mengambil keputusan bermalam di rumah pusaka tinggalan bapa mereka yang terletak di tepi pantai.


Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku sepanjang bermalam di situ. Lebih menggerunkan apabila Atilia dikunjungi seorang kanak-kanak perempuan misteri mengajaknya bermain di tepi pantai.

Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan orang kampung sedang mengusung keranda ke tanah perkuburan.

Akibat daripada banyak masalah dalam pembikinan filem ini, ianya tertangguh selama enam bulan yang akhirnya Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) sanggup untuk melabur dalam filem ini.

Puaka Tebing Biru dengan durasi 127 minit masa tayangan, telah mendapat kelulusan (U) selepas dua adegan ghairah diarahkan untuk tidak disiarkan. Apabila ditanya, Osman menjawab adegan permukahan di antara Mohsin dan Ayu di tepi pantai bilamana Mohsin mahu Ayu membuktikan cintanya.

Adegan kedua ialah Ayu yang telah menjadi hantu yang menjelma di rumah dan Mohsin tidak dapat menahan rindu terhadap cintanya itu.

Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.5 juta dengan sentuhan teknik Computer Generated Images (CGI) ini merupakan filem cereka pertama menjalani penggambaran sekitar Pulau Pangkor sebagai lokasi utama penggambaran.

Persamaan dengan Nang Nak?

Menonton filem ini mengingatkan saya tentang filem seram Siam, Nang Nak. Ia juga berkenaan dengan hantu yang timbul hasil daripada cinta mati.

Osman Ali tidak mengakui ini kerana menurutnya, lelaki dalam Nang Nak tidak menyedari bahawa dia hidup bersama hantu manakala dalam filemnya, Mohsin tahu dan sedar bahawa dia tinggal dengan hantu yang dibelanya.

Kedua-dua filem ini termasuk Ghost lakonan Patrick Swayze dan Demi Moore memberi status yang tinggi kepada hantu.

Elemen Tak Logik

Namun ada beberapa elemen dalam filem yang Nampak tidak logik dalam filem ini. Saya tidak ada masalah dengan sinematografi, Cuma perjalanan cerita itu sahaja yang mungkin sutradara mahu ianya Nampak lebih menarik.





Pertama; Kondo mewah milik Ratna

Ratna (lakonan berkesan Nasha Aziz) seorang gadis kampong yang berhijrah ke Bandar untuk bekerja sebagai Mortuary Attendant di unit forensik.

Berapa sangat lah gaji seorang pembantu di rumah mayat sehingga mampu tinggal di kondo mewah yang menghadap Menara Kembar KLCC. Melalui teman-teman, sebagai pembantu hospital, gaji tidak lebih daripada RM2,000.

Ya, mungkin kemewahan itu kerana kenal rapat dengan doktor patologis, Dr Anita (lakonan Corrine Adrienne) di hospital yang sama. Dia adalah teman rapat Ratna sepanjang tinggal di ibukota, Kuala Lumpur.

Di bandar, Ratna mempunyai teman rapat, Selain membantu Ratna mendapat pekerjaan, Anita yang bertugas sebagai Doktor Patologist juga merupakan teman serumah Ratna. Dia adalah teman rapat Ratna sepanjang tinggal di ibukota, Kuala Lumpur.

Selain itu, Ratna juga memiliki kereta sport mewah.


Kedua; Bateri komputer tahan berhari-hari

Menurut Osman Ali, komputer riba yang dibawa oleh Ratna semasa berada di rumah usang tidak membawa apa-apa makna.

Ia hanya satu alat yang menamani Ratna ketika mahu berdialog dengan dirinya sendiri.

Tetapi selepas beberapa hari berada di rumah yang tanpa bekalan elektrik itu Ratna masih boleh menggunakan komputer ribanya.




Cuma saya terkilan dengan poster filem ini yang tidak menarik para penggemar filem untuk datang menyaksikan filem ini. Font yang salah sehingga terpaksa melihat dengan teliti tulisan di poster. Gambar Umie Aida dan Nasha Aziz juga gelap. Mungkin pihak di bahagian publisiti mahukan elemen seram daripada persepsi poster sehingga sukar untuk mentelaah poster publisiti filem menarik ini.

 

 

Wednesday, February 14, 2007

“Hang ingat hang hero keamanan?”




Baru-baru ini bekas Perdana Menteri yang pernah memegang tampuk negara selama 22 tahun, Tun Mahathir Mohamad dicalonkan sebagai Pemenang Anugerah Nobel Keamanan. Pencalonan tersebut datang dari Bosnia.

Semalam (13 Februari), Tun dikeluarkan daripda Institut Jantung Negara kerana tahap kesihatan jantungnya bertambah pulih.

Pada 22hb Jun 2006, aku dan beberapa rakan blogger dijemput oleh beliau untuk menghadiri satu forum terbuka yang membincangkan mengenai jenayah perang yang berlaku dan usaha (kononnya) untuk hentikan Perdang Dunia IV.

Lantas dari itu, satu resolusi telah disepakati. Tidak dapat dinafikan isi kandungannya memang menjurus kepada keamanan. Itu pada saya hanya kata-kata politik yang hanya mengejar populariti, bukannya ikhlas dari hati.

Berikut ialah kandungan resolusi yang dikeluarkan oleh Yayasan yang diasaskan oleh Mahathir:

KL Declaration

* Wars increasingly involve the killing of innocent people and are, therefore, abhorrent and criminal. * Killings in war are as criminal as the killings within societies in times of peace. * Since killings in peace time are subject to the domestic law of crime, killings in war must likewise be subject to the international law of crimes. This should be so irrespective of whether these killings in ware are authorized or permitted by domestic law. * All commercial, financial, industrial and scientific activities that aid and abet war should be criminalised. * All national leaders who initiate aggression must be subjected to the jurisdiction of the International Criminal Court. * All nations must strengthen the resolve to accept the purposes and principles of the United Nations Charter and institute methods to settle international disputes by peaceful means and to renounce war. * Armed force shall not be used except when authorized by a Resolution passed by two-thirds majority of the total membership of the General Assembly of the United Nations. * All legislators and all members of Government must affirm their belief in peace should be set up in all nations. * Political parties all over the world must include peace as one of their principal objectives. * Non-Governmental Organisations committed to the promotion of peace should be set up in all nations. * Public servants and professionals, in particular in the medical, legal, educational and scientific fields, must promote peace and campaign actively against war. * The media must actively oppose war and the incitement to war and consciously promote the peaceful settlement of international disputes. * Entertainment media should cease to glorify war and violence and should instead cultivate the ethos of peace. * All religious leaders must condemn war and promote peace.

Tribunal Jenayah Perang

Pada minggu lalu, Peace Foundation sekali lagi menganjurkan forum dan menggesa agar ditubuhkan Tribunal Jenayah Perang untuk penjenayah perang.

Bagi kami di Angkatan Muda, apa yang lebih penting ialah untuk menubuhkan Tribunal Rasuah dan Tribunal Jenayah Terhadap Rakyat.

Bagi Tribunal Jenayah Perang boleh mendakwa Presiden Amerika Syarikat George W. Bush dan Perdana Menteri Britain Tony Blair manakala Tribunal Jenayah Terhadap Rakyat menyiasat pendakwaan berniat jahat terhadap tokoh-tokoh rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohammad Sabu, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, peristiwa Memali dan aktivis-aktivis Reformasi di samping penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Kami juga berharap Tribunal tersebut mendedahkan keadaan di Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting yang digunakan untuk menahan tahanan-tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri; sebagaimana Tun Dr. Mahathir kini mendedahkan keadaan Abu Ghraib.

Pada masa yang sama, Tribunal Rasuah juga harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan rasuah oleh Tun Dr. Mahathir di dalam ’bail out’ Konsortium Perkapalan bernilai RM2 billion; pemberian kontrak bernilai beratus juta ringgit kepada anaknya untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan keputusan untuk tidak mendakwa Dato’ Seri Rafidah Aziz berikutan siasatan rasuah BPR.

Tetapi adakah tribunal-tribunal tersebut dapat dilaksanakan dengan adil? Untuk jalan penyelesaian, hero yoyo-o kita, Tun Mahathir dikeluarkan daripada senarai untuk pelaksanaan tersebut agar dapat mengelakkan bekas-bekas diktator yang ingin menggunakan Tribunal tersebut untuk mengalih perhatian dari tindakan jenayah mereka sendiri.

Bagaimana Negara-negara lain boleh terpanggil dan menepuk tangan kepada usaha-usaha yang datang dari kepala seorang yang korup?

Sebelum beberapa orang yang sering lupa dan hanyut dengan resolusi politik Mahathir, kita imbas kembali sejarah sepanjang kepimpinan beliau semasa memimpin Negara.

Kenyataan Angkatan Muda keADILan menyenaraikan lapan alasan kezaliman dan kediktatoran Mahathir dalam eranya.

Bagi Angkatan Muda, Mahathir tidak layak untuk memenangi Anugerah Nobel Keamanan kerana rekod yang buruk sepanjang kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun menerajui Malaysia atas alasan-alasa berikut:

* Krisis Kehakiman di Malaysia

Tun Mahathir yang menjadi punca kepincangan sistem penghakiman di Malaysia.

* Operasi Lalang

Pada 1987 Tun Mahathir mengarahkan untuk menahan dan memenjarakan ahli-ahli politik dan akademik di bawah Operasi Lalang.

* Mengusir Ketua Hakim Negara

Tun Mahathir mengarahkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diusir daripada memegang jawatan tersebut pada tahun 1988.

* Insiden Memali

Tun Mahathir yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali pada tahun 1980an.

* Korupsi dan kronisme

Beliau menggalakkan rasuah dan kronisme berleluasa sehingga beberapa individu kenalan rapat dan anak-anak beliau membolot kekayaan sekelip mata.

* Memecat Timbalan Perdana Menteri

Tun Mahathir memecat Timbalannya, Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 apabila timbalannya tidak bersetuju dengan pengenalan polisi-polisi yang bercanggah dengan hasratnya.

* Rasuah di kalangan badan Polis

Beliau bertanggungjawab dengan kegiatan rasuah di pihak berkuasa polis di semua peringkat dan memandang ringan kepada penyalahgunaan kuasa badan itu sehingga berlaku peningkatan dalam kes-kes kematian dalam tahanan.

* Bersekongkol dengan Bush

Ketika Anwar Ibrahim berada dalam tahanan, beliau cuba mendapat perhatian dunia dengan merasuah beberapa individu agar beliau dipertemukan dengan Presiden Amerika Syarikat (sebut ‘Golden Handshake’).

Kes rasuah itu dibuktikan dan kini kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah.

Kita lihat pemenang-pemenang Anugerah Nobel keamanan sebelum ini; Nelson Mandela (Afrika Selatan) dan Aung Sann Suu Kyi (Burma). Mereka bersabung nyawa untuk mempertahankan hak rakyat.


22 tahun, 22 soalan

Memandangkan Mahathir memerintah dalam 22 tahun kegelapan Malaysia, editor Kumpulan Eksekutif majalah The Edge, P Gunasegaran telah menyenaraikan 22 soalan yang perlu diteliti oleh rakyat Malaysia dan dunia (termasuk Bosnia). Sehingga kini, Mahathir enggan menjawab soalan-soalan tersebut secara terbuka.

1. On clean government. You came to power in 1981 and introduced the slogan “bersih, cekap dan amanah” (clean, efficient and trustworthy). What did you do to further that? Did you make the Anti-Corruption Agency more independent and effective? Did you ensure that the police and judiciary did their job properly and reduce corruption in their ranks? Did you ensure that ministers and chief ministers not have income beyond their legal means? How many big guns were prosecuted for corruption offences during your long tenure? What happened to “bersih, cekap dan amanah”?

2. Press freedom. Your criticism of the government got plenty of coverage in the local media whereas during your time, criticisms against you by two former prime ministers were muted in the mainstream newspapers. Editors in Umno-linked newspapers too were removed during your time for not toeing the line. What did you do to advance the cause of responsible press freedom?


3. Proton. You went ahead with the national car project in 1983 despite a number of experts disagreeing with you, especially with respect to lack of economies of scale. Isn’t it true that Proton’s profits over the last 20 years came out of vastly higher prices that the Malaysian public has to pay to subsidise Proton, resulting in considerable hardship for Malaysians who need cars because of the poor public transport system? More lately, why was it necessary for Proton to buy a stake in a failed Italian motorcycle manufacturer when it could not even produce cars competitively?


4. Heavy industries. Why did you push into heavy industries such as steel and cement in the 1980s, ignoring studies which suggested developing natural resource-based industries instead? They caused major problems and billions of ringgit in losses.


5. Population. Why did you encourage a population of 70 million for Malaysia and change the name of the National Family Planning Board to the National Population Development Board? How do you expect poor people to take care of five, six or more children? What kind of quality of life can they provide their children?


6. Immigration. Why did you allow hordes of people to immigrate, mainly from Indonesia, in such an unregulated way that there are as many or more illegal immigrants than legal ones now, accounting for some two million or more people? Did you not realise that this would cause serious social problems?


7. On his first deputy. Some five years after you came to power, there were serious rifts between you and your deputy Datuk (now Tun) Musa Hitam. What was the cause of these problems and was it because you were heavy-handed and did not consult your ministers?

8. On the first serious Umno split. When Tengku Razaleigh Hamzah and Musa took on Tun Ghafar Baba and you at the Umno general assembly of 1987, it caused a serious split in Umno, with you winning by a very narrow margin (761 to 718). Why did you not seek to heal the rift in Umno post the elections? Instead, you purged Umno and its successor Umno Baru of those who opposed you, causing an unprecedented split in Malay unity.


9. Operasi Lalang. Why did you have to resort to this move in October 1987, when you used wide powers of detention under the Internal Security Act to detain over 100 people, close down four newspapers and cause a wave of fear throughout the country? Was it to consolidate your tenuous hold on power then by using an oppressive law?


10. Judiciary. What was your motive to take action in 1988 to remove the then Lord President and several Supreme Court judges from their positions under allegations of judicial misconduct, a move which was heavily criticised by the Bar Council and other bodies? Was it because you needed more compliant judges whose rulings would not threaten your position of power in a number of cases in court? Was this the first step in dismantling the judiciary’s role as a system of checks and balances against the legislature and the executive? What have you to say to repeated assertions by many, including prominent ex-chief justices, who maintain that this led to the erosion of judicial independence?


11. Education. You presided over the education system at an important part of its transformation first as Education Minister in the 1970s, then as Prime Minister. Would it be correct to surmise therefore that you were also responsible for its decline during those years? Why did you not spend more money and resources to ensure that our education system was excellent and continued to improve but instead spent billions on other showpiece projects? Why did you allow our national school system, which is the ideal place to develop ties among young Malaysians, to become so divisive that today, 90% of those who attend national schools come from only one race while the rest have opted out?


12. Former finance minister Tun Daim Zainuddin. Why did you give this one man so much power? And you have not given a satisfactory explanation why he left government the second time round. Did it have anything to do with the forced consolidation of banks? Why did the government buy back Malaysian Airline System (MAS) at RM8 a share in 2000 from Tan Sri Tajudin Ramli when the market price was less than half that?


13. Cronyism and patronage. Did you not encourage cronyism and patronage by dishing out major projects to a few within the inner circle? People such as Tan Sri Halim Saad (the Renong group — toll roads, telecommunications and so on), Tajudin (mobile telephone group TRI and MAS), Tan Sri Amin Shah Omar (the failed PSC Industries — multi-billion ringgit naval dockyard contracts) and Tan Sri Ting Pek Khiing (Ekran — the Bakun Dam), to mention just a few?


14. Privatisation. Why did you allow privatisation to take place in such a manner that the most profitable parts of government operations were given away? Toll roads had guaranteed toll increases and compensation in the event traffic projections were not met. Independent power producers had contracts that guaranteed them profits at the expense of Tenaga Nasional.


15. Tun Ghafar Baba. Although Ghafar had the highest number of votes among Umno vice-presidents when Tun Hussein Onn became Prime Minister in 1976, you, who got the lowest number of votes, were chosen as Hussein’s deputy. Yet, when you called upon Ghafar to be your deputy in 1986 when you fell out with Musa, he obliged, helping you to win the Umno presidency. Yet, you and your supporters did little to back him up when he was challenged for the deputy presidency in 1993 by Datuk Seri Anwar Ibrahim. Can we say that you stabbed him in the back? And what about Hussein, the man who picked you as his successor? He died not as a member of Umno as he had refused to join your Umno Baru.

16. Datuk Seri Anwar Ibrahim. Did you move against him because he was a threat to your position in 1998? Did you use the entire government machinery at your disposal to get him sentenced? Do you think he got a fair trial? Don’t you think the country suffered terribly because of nothing more than a power struggle involving the two of you?


17. Kuala Lumpur International Airport. Was it really necessary to spend RM10 billion on a showpiece airport at Sepang when Subang airport could have been so easily expanded?

18. Putrajaya. What is the justification for spending RM20 billion on a grandiose government city at a time when office space was available in Kuala Lumpur? Could the money not have been put to better use, such as improving educational resources?


19. Government-linked companies. Why did you not make efforts to improve the performance of GLCs? Why did you allow funds such as the Employees Provident Fund and Kumpulan Wang Amanah Pencen to take up dubious investments? These have led to hundreds, if not billions, of ringgit in losses to these funds.


20. Islamisation. At the end of your tenure after your falling out with Anwar, you criticised the extreme elements in Islam of taking control of government institutions and doing things that divided Muslims from non-Muslims. But isn’t it true you started it all with your “Menyerap Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Negara” policy of 1981 when you lured Anwar into Umno to help you promote it? And why did you declare that Malaysia was an Islamic state when it is clearly enshrined in our Federal Constitution as the wishes of our founding fathers that Malaysia should be a secular country given our multi-racial and multi-religious composition? Were you trying to reverse the policy of the nation’s founding leaders?


21. Approved permits. You blamed International Trade and Industry Minister Datuk Seri Rafidah Aziz for the AP fiasco. As we recall, you appointed her and kept her at the ministry since 1986 until you stepped down in 2003 and never once complained or took action over the issuance of APs by the ministry. Indeed, she was embroiled in some controversy over bumiputera share allotment but you stood by her. So why make it an issue now? If you say you were not aware back then, what does that tell us?


22. Money politics. Why did money politics (vote buying) in Umno become such a big issue during your tenure as Umno president? Why were you so powerless to do anything about it when the solutions were so simple? There are other questions, of course, but this is our list of 22. In the same way that Mahathir hopes the government will answer his questions, we hope that Mahathir will answer ours.


Jika Mahathir tetap dicalonkan sebagai Pemenang Nobel, malulah Malaysia, malulah dunia.

 

 

Monday, February 12, 2007

PKR Kelana Jaya calon Azmin jawatan timbalan presiden

Muda Mohd Noor(Malaysiakini)

Feb 12, 07 -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kelana Jaya telah mencalonkan Naib Presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam Kongres Nasional parti itu di Seremban, Mei ini.

Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencalonkan Naib Presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam Kongres Nasional parti itu di Seremban, Mei ini.

Beliau mendapat undi terbanyak bagi menewaskan pencalonan bagi penyandang jawatan itu sekarang, Dr Syed Husin Ali, dalam mesyuarat bahagian itu malam tadi.

Setiausaha PKR bahagian itu, Faisal Mustafa ketika dihubungi hari ini berkata, seramai 72 ahli mengundi dalam pemilihan tersebut semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu jumlah undi yang diperolehi Azmin tetapi menyatakan beliau menang dengan `majoriti besar.’

Berikutan kekalahan Syed Husin itu, bahagian PKR Kelana Jaya telah mencalonkan beliau bagi jawatan penasihat parti.

Untuk jawatan presiden, beliau berkata, bahagian itu mencalonkan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwat Ibrahim untuk menggantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dicalonkan sebagai penasihat kehormat parti.

Kehendak akar umbi

Mesyuarat PKR Kelana Jaya telah dirasmikan oleh Naib Presiden, Mustafa Kamil Ayub. Bahagian itu diketuai oleh Syed Shahir Mohamud, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).,.

Faisal berkata, kemenangan Azmin itu merupakan kehendak peringkat akar umbi ahli PKR Bahagian Kelana Jaya.

“Saya memberi jaminan bahawa pertandingan yang diadakan itu berjalan dengan bersih dan bebas daripada rasuah dan unsur-unsur yang tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, PKR Selangor, dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat badan perhubungan negeri telah memutuskan sebulat untuk mencalonkan Anwar untuk jawatan presiden dan Syed Husin sebagai timbalan presiden.

Menurut Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli, PKR Selangor juga meminta bahagian-bahagian di seluruh Selangor supaya mencalonkan Anwar dan Syed Husin untuk kedua-dua jawatan tertinggi tersebut.

Ketika dihubungi malaysiakini untuk mengulas mengenai keputusan pemilihan bahagian Kelana Jaya itu, beliau berkata, bagaimanapun, terpulang kepada bahagian untuk memilih calon lain.

 

 

Saturday, February 03, 2007

Hadir ke Bukit Aman 5 Februari, 10 pagi

Pada 5 Februari ini, empat orang pemimpin pembangkang akan berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan mengenai pendedahan dokumen ’rahsia’ yang termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi.

Mereka (termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim, gambar) dikehendaki memberi keterangan hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh beberapa kumpulan pro-Umno pada 27 Januari lalu.

Tanya saya, "apa dah jadi dengan laporan-laporan polis yang dibuat oleh KeADILan?"

Saya hadir dalam sidang media yang dibuat pada 3 Januari yang baru lalu.

Bagi saya, dokumen tersebut tidak ada rahsianya kerana ia pembayar cukai dan seluruh rakyat mempunyai kepentingan. Mereka ada hak untuk mengetahui kandungan perjanjian tersebut.

Dalam konferens yang diadakan di Crown Princess di bawah anjuran AIDCOM awal Disember berkaitan dengan komunikasi, saya ada menyatakan kegusaran saya kepada para peserta atas sekatan negara mengenai Kebebasan Maklumat.

Saya dan rakan-rakan akan hadir bersama mereka di pintu luar Ibu Pejabat Bukit Aman pada Isnin, 5 Februari jam 10 pagi.

Berikut ialah tulisan saya yang dipaparkan dalam akhbar web Malaysia Today.



Gabungan Anti-Tol Dedah Dokumen OSA Kerajaan - LITRAK


Oleh: Faisal Mustaffa

KUALA LUMPUR 4 Jan – Gabungan Anti-Tol hari ini mendedahkan salah satu daripada dokumen perjanjian sulit di antara Kerajaan dan pengusaha lebuhraya yang terlebih awal sudah memeterai kenaikan tol sehingga berakhirnya tempoh konsessi.

Menurut perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Lingkatan Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) yang membina Lebuhraya Damansara-Puchong yang menghubungkan kedua-dua bandar itu, tol akan dinaikkan lagi mulai 2016 sebanyak RM1.00 menjadi RM3.10 bagi kenderaan Kelas 1. Ini bermakna tol naik sebanyak 100% sejak lebuhraya tersebut digunapakai kepada pengguna-pengguna lebuhraya pada tahun 1998.

Jurucakap Gabungan berkenaan, Tian Chua berkata dalam sidang media yang dibuat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di sini, perjanjian yang diperolehi itu adalah salah satu daripada empat perjanjian konsessi yang terlibat dalam kenaikan harga tol.

Beliau yang juga Ketua Penerangan KeADILan yakin bahawa kandungan bagi perjanjian-perjanjian lain tidak banyak bezanya dengan kandungan perjanjian yang gabungan perolehi atau lebih teruk.

Justeru, beliau mencabar agar Kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian-perjanjian yang lain kerana rakyat bertanggunjawab untuk mengetahui kandungan perjanjian tersebut.

Kebebasan Mendapat Maklumat

Menurut bekas Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan Guthrie Berhad, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim,perjanjian yang ditandatangani di antara Kerajaan dan LITRAK itu tidak sah, tidak adil, berunsurkan rasuah dan tidak bersesuaian kepada rakyat.

Rakyat, menurut Khalid yang kini Bendahari Agung KeADILan berhak untuk mengetahui kandungan perjanjian yang berkepentingan rakyat dan tidak seharusnya mengkategorikan dokumen-dokumen tersebut di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Beliau yang juga pernah membangunkan lebuhraya Guthrie Expressway memberitahu, konsep penswastaan sebenarnya dibentuk untuk mengelak birokrasi yang diamalkan dalam sistem Kerajaan.

”Tetapi, dalam hal penswastaan lebuhraya di negara ini, ia diperkenalkan untuk membuat ’deal’ dengan Kerajaan,” kata Khalid yang juga Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Oleh yang demikian, ’Perbadanan Malaysia’ yang diperkenalkan di era Mahathir pada tahun 1983 itu memberi situasi yang memberi keuntungan kepaa kedua-dua pihak; Kerajaan dan pihak tertentu (win-win situation).

Beliau juga memberitahu, sebab itulah ramai di antara Ketua Setiausaha Negara berebut-rebut untuk menjadi ahli dalam Lembaga Konsessi sesebuah projek ’Perbadanan Malaysia’.

Jalan Penyelesaian

Sungguhpun Ronnie Liu yang hadir berkata masalah kenaikan tol tersebut boleh diatasi dengan mengubah Kerajaan, Khalid berpendapat bahawa Kerajaan perlu menggubal Akta Hak Mendapat Maklumat.

Dengan cara ini, perjanjian-perjanjian yang berat sebelah seperti apa yang berlaku dalam Kerajaan Barisan Nasional tidak akan berlaku sewenang-wenangnya.

Gabungan yang terdiri daripada parti-parti politik, kesatuan sekerja dan bdan-badan bukan kerajaan (NGO) bersependapat bahawa Kerajaan mesti menggantungkan pembayaran dan meningkatkan penilaian semula terhadap perjanjian-perjanjian yang mempunyai kepentingan kepada rakyat.

Gabungan juga bersetuju supaya Kerajaan membeli semula semua kos-kos pembinaan tersebut yang mana akhirnya diletakkan di bawah bahu pembayar-pembayar cukai.

Menurut perjanjian itu lagi, bermula tahun 2016 kenderaan Kelas 2 akan dinaikkan kepada RM6.20 dari RM4.20; Kelas 3 akan dinaikkan kepada RM9.30 daripada RM6.30; Kelas 4 akan dinaikkan kepada RM1.60 daripada RM1.10 dan kelas 5 akan dinaikkan kepada RM3.10 daripada RM2.10.

Sidang media itu juga turut dihadiri oleh Dr Hatta Ramli, Dr Sanusi Osman dan Dr Xavier Jayakumar.

 

 

Faisal, Frederich Naumann dan KeADILan



Pada 27 Januari lepas, saya diarahkan untuk mengendalikan satu pertemuan penting Parti; Program Pemantapan Parti. Seperti biasa, banyak tugas-tugas ‘bidan terjun’ terpaksa dibuat. Saya diarahkan untuk menjadi pengacara majlis.
Acara itu diadakan di Hotel Corus, Kuala Lumpur.

Ramai figur-figur penting (di luar Parti) dijemput untuk hadir dan membentangkan kertas kerja. Tak perlu saya nyatakan satu persatu nama-nama yang dijemput untuk hadir dalam pertemuan tersebut kerana menjaga kepentingan masing-masing.
Tak dapat dinafikan ada peserta-peserta poyo yang juga dijemput. Sudah tentu Parti mempunyai alasan untuk menjemput mereka.
Program padat dengan diskusi, pembentangan kertas kerja dan dialog.
Sebagai secretariat, tidak banyak perkara dalam pengisian program. Tetapi tugas sebagai secretariat cukup penat, melayan karenah 100 peserta. Saya dibantu oleh Moon, Fahmi dan Zara.


Rakan-rakan muda yang lain turut hadir: (Dari kiri) Shahril’ Nik Nazmi, Kai Loon, Wan, Gaddafi, suami Shahida, Sharifah Shahida, Safawati, Izzah dan Faisal.


Saya rasa saya mendapat tugas ini kerana pertalian saya dengan Yayasan Frederich Naumann agak rapat. Mereka juga bersetuju untuk menjalankan projek bersama Blog Bugs sepanjang tahun 2007. Nantikan kejutan!

 

 

Friday, February 02, 2007

Jawatankuasa Pemantau Polis Boikot Inkues

Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia memulakan boikot terhadap sebarang inkues kes kematian dalam tahanan dan hasil tembakan polis kerana kecewa dengan siasatan yang dijalankan terhadap seorang mangsa, Vikines a/l Vesvanathan pada 24 Januari lalu.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa, pihak berkuasa tidak mematuhi Seksyen 329 Acara Kanun Jenayah yang merujuk kepada seseorang yang meninggal dunia akibat daripada sesuatu yang mencurigakan dan kes mayat yang dijumpai tanpa mengetahui punca kematiannya.

P Uthayakumar, Penasihat Undang-undang Jawatankuasa berkata, beliau percaya bahawa dalam hampir semua kes terkandung dalam Seksyen tersebut, pihak polis telah menghalang daripada dibawa ke pengadilan.

“Perkara ini berlaku terutamanya apabila ia melibatkan pihak polis sendiri,” ujar Uthayakumar.

Jawatankuasa tersebut juga mendakwa Peguam Negara tidak serius dalam menjalankan perbicaraan sehingga mengakibatkan orang awam hilang keyakinan terhadap kredibiliti penghakiman.

Mengikut pengalaman yang dipantau oleh jawatankuasa berkenaan, pihak Peguam Negara sengaja memperlewatkan kes-kes sedemikian sehingga enam tahun.

Badan tersebut juga berpendapat Pejabat Peguam Negara tidak mengikuti peraturan yang sepatutnya apabila memanggil saksi yang mana pihak polis, hospital dan pegawai perubatan kerajaan dan pihak yang terlibat kesemuanya bersekongkol dalam menutupi kebenaran .

“Perara ini jelas berlaku dalam Inkues yang berlaku terhadap mendiang Francis Udayappan,” jelas Uthayakumar.



Gambar ketika ibu mendiang Francis Udayappan menyertai Parti Keadilan Rakyat secara rasmi

Uthayakumar yang juga seorang peguam hak asasi berkata, mahkamah gagal untuk memenuhi tanggungjawab mereka yang jelas diperuntukkan dalam Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah yang menyebut bahawa mahkamah sepatutnya mencari punca kematian dan pihak yang terbabit dalam sesuatu jenayah yang berlaku.

Menurut Uthayakumar lagi, sepanjang 13 tahun yang lalu, hanya dua sahaja kes koroner dalam inkues yang mendapati pihak polis sebagai punca kematian iaitu Dr Tai dan Lee Quat Leong.

“Itu pun, pihak polis yang terlibat dalam kes bunuh hanya dihukum penjara beberapa tahun sahaja,” kata Uthayakumar.

Beliau berkata sekiranya perkara sedemikian berlanjutan, keadilan tidak akan ke mana-mana.

Justeru, beliau mendesak agar Peguam Negara untuk menjalankan tugasnya tanpa menghiraukan tekanan yang dialami.

Beliau juga menyeru agar Suruhanjaya Bebas Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan dengan segera.

“Inilah sahaja cara bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” tambahnya lagi.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com