Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, February 18, 2007

Kerajaan Terlupa elemen hak asasi dalam Draf Undang-undang Pekerja Domestik?

Beberapa aspek penting dalam undang-undang yang diderafkan oleh Kerajaan Malaysia pada Jun 2006 lalu terhadap pekerja domestik tidak dinyatakan.

Tidak pasti bahawa aspek-aspek asas mengenai hak-hak asasi pekerja termasuk tempoh bekerja, rehat dan kadar upah minima sengaja tidak dimasukkan dalam deraf undang-undang tersebut atau terlupa.

Malah, keganasan terhadap pekerja-pekerja domestik juga tidak diketangahkan sebagai satu aspek penting yang boleh dianggap sebagai satu pelanggaran hak asasi manusia dan zalim.

Sesungguhnya, nilai-nilai tersebut sering dilupai oleh kerajaan Malaysia sungguhpun beberapa es telah pun dibawa ke mahkamah.

Masih ingatka kita dengan kes Nirmala Bonat yang Berjaya lepas dripada kurungan majikannya dan pihak polis mendapati bahawa badannya habis terkupas akibat daripada siraman air panas dan tekanan penggosok baju ke atas badan Nirmala.

Kesnya masih lagi dalam perbicaraan.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas, Amnesty International juga tidak yakin kepada pelaksanaan Kerajaan terhadap hak pekerja domestik di negara ini.

Amnesty International dalam kenyataannya bertarikh 14 Februari lalu menyatakan rasa kegusarannya mengenai tahap hak asasi pekerja domestik terutamanya pekerja Indonesia yang mencari nafkah sebagai pembantu rumah di negara ini.

Apa yang penting ialah pihak berkuasa polis, mahkamah-mahkamah yang ada di Negara ini, majikan-majikan dan agensi-agensi yang menjalankan pengambilan pekerja-pekerja asing untu bekerja di sini perlu diberi pengajaran mengenai keganasan terhadap pekerja asing.
“Kesemua pihak harus sedar bahawa keganasan terhadap pekerja-pekerja domestik adalah satu kesalahan jenayah.”

Sebagai sebuah badan yang mengutamakan hak asasi manusia di seluruh dunia, Amnesty International telah mengumpulkan pelbagai kes yang berkaitan dengan eksploitasi dan keganasan majikan di negara ini terhadap pekerja-pekerja domestik.

Dalam satu kes yang dirakamkan, seorang pekerja domestik melaporkan bahawa beliau membersihkan rumah, memasak, menyapu sampah dan menjaga anak-anak majikan tetapi beliau sering dijirus dengan air panas bila majikannya dalam keadaan marah.

Ratna, seorang pembantu rumah yang berusia dalam lingkungan awal 20an juga memberitahu bahawa majikannya juga pernah melemparkan alat pemanas ke arahnya dengan sengaja.

Selain itu, dalam laporannya, Ratna yang sudah bekerja sebagai pembantu rumah sejak usianya 13 tahun juga memberitahu bahawa setiap malam beliau dikurung di dalam bilik dan tidak dibenarkan untuk ke bilik air.

Seperti juga manusia biasa, Amnesty International berkata bahawa pekerja-pekerja domestic juga mempunyai hak untuk bebas daripada sebarang keganasan, hak untk mempunyai waktu rehat dan dibayar berdasarkan dengan kadar yang wajar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com