Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, January 30, 2007

Menteri Lawat Simpang Renggam Bukan Untuk Mansuhkan Akta Zalim

KUALA LUMPUR 3 Jan - Empat orang menteri yang dipertanggungjawabkan untuk membuat lawatan ke Pusat Tahanan Simpang Renggam minggu lalu bukannya untuk melihat kezaliman akta yang menahan mereka tanpa bicara.
S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya), Mohd Effendi Norwawi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia) dan Dr Chua Soi Lek (Menteri Kesihatan) diarahkan oleh kabinet untuk hanya melihat keadaan di Pusat Tahanan tersebut.
Kabinet mengarahkan keempat menteri itu atas laporan yang diterima berkenaan dengan keganasan anggota warden terhadap 16 tahanan sehingga mengakibatkan kecederaan teruk.
Mangsa-mangsa itu terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Suaram, sebuah badan bukan kerajaan berkaitan dengan hak asasi manusia dalam kenyataan mereka mengalu-alukan lawatan yang dibuat oleh keempat-empat menteri itu tetapi mahu laporan daripada lawatan tersebut itu diumumkan kepada orang ramai.

Pengarah Eksekutifnya, Yap Swee Seng dalam kenyataannya hari ini berkata, lawatan yang dibuat itu tidak mencukupi untuk melihat punca utama Keadaan teruk diSimpang Renggam.

Pusat Tahanan Simpang Renggam menempatkan lebih 2,000 tahanan yang ditahan tanpa sebarang perbicaraan di bawah Ordinan Kecemasan 1969 dan Akta Dadah Merbahaya 1985.

Menurut Yap, kejadian di Simpang Renggam berpunca dari hak asasi para tahanan yang dicabul hasil dari penggunaan akta zalim.

“Penahanan yang tidak menyatakan tempoh yang jelas penahanan mereka menjadikan mereka memberontak,” kata Yap.

Dalam kenyataan beliau, Yap menggesa agar kerajaan memperbaiki Keadaan di dalam pusat tahanan, yang melibatkan perubahan luaran tanpa memandang ringan tentang hak asasi yang sepatutnya dimiliki oleh setiap insane.

Justeru, Suaram menggesa agar keempat menteri cabinet itu menyertakan cadangan pemansuhan sebarang penahanan tanpa bicara dan tutup Pusat Tahanan SImpang Renggam serta menghentikan sebarang penyiksaan yang berpunca daripada penahanan tanpa bicara.

“Mereka perlu di bawa ke mahkamah,” tambah Yap.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com