Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, January 04, 2007

Angkatan Muda Kesal Hukuman Bunuh pada Hari Perayaan



KENYATAAN MEDIA BIRO ANTARABANGSA

Angkatan Muda kesal terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Iraq yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Saddam Hussein pada 31 Disember 2006 lalu iaitu awal pagi Aidiladha, 10 Dzulhijjah 1427H.

Hukuman mati yang diputuskan itu tidak menghormati undang-undang Iraq yang jelas tidak membenarkan sebarang hukuman atas sebarang kesalahan dibuat pada hari cuti atau perayaan umum.

Sungguhpun kami tidak menafikan kediktatoran Saddam semasa pemerintahan beliau, tetapi sekurang-kurangnya Mahkamah Rayuan mengambilkira cara perbicaraan Tribunal Jenayah Tertinggi Iraq (SICT) yang mengatakan perbicaraan di Mahkamah Tinggi itu menimbulkan penuh kecurigaan kepada masyarakat dunia kerana ketelusannya.

Saddam mempunyai hak kepada perbicaraan yang adil dan bebas.


Angkatan Muda juga berasa kesal kerana Pengerusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menunjukkan sensitiviti berkaitan dengan hukuman mati ini.

Angkatan Muda mempersoalkan mengapa hukuman tersebut tergesa-gesa untuk dijalankan terhadap seorang manusia dan tidak menghormati perayaan umat Islam?

Ada kemungkinan kesegeraan tersebut adalah supaya Presiden Amerika Syarikat, George Bush ingin menumpukan kepada perhatian terhadap pilihanraya di negaranya yang akan datang.


Oleh:

Faisal Mustaffa
Ketua Biro Antarabangsa
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com