Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, November 17, 2006
The Triumph of Democracy....satu rakaman perjuangan rakyat yang HEBAT
Pada 26 Oktober yang lepas, misi saya di Korea bermula. Persiapan untuk hari ini diadakan dalam masa sebulan dan pada masa yang sama, beberapa tugasan lain perlu disiapkan. Semuanya berjalan pada masa serentak.
Pada malam sebelumnya, tidak ada program diaturkan oleh pihak penganjur. Aku kira mungkin mereka masih sibuk untuk membuat persiapan terakhir. Aku keluar berlegar-legar di kawasan terdekat di sekitar hotel bagi mendapatkan akses kepada internet. Ada beberapa arahan yang tidak sempat aku jalankan dan memerlukan akses kepada internet. Lagipun, cara kerja aku yang tidak senang untuk bersendirian tanpa melakukan sebarang kerja menyebabkan aku mencari jalan bagaimana untuk menyiapkan kerja-kerja yang masih terbengkalai terutama komitmen aku kepada konsultansi pelajar-pelajar UNISEL.
Sebelum waktu terlalu lewat dan tidak biasa dengan budaya di Korea, aku pulang dan membuat persiapan terakhir dengan maklumat-maklumat lain yang perlu aku bawa pada pembentangan esoknya. Aku juga ada bawa bahan-bahan bacaan lain yang aku tidak sempat sentuh sewaktu aku di Malaysia.
Pelancaran Buku May, The Triumph of Democracy
Pagi-pagi lagi kami dibawa ke sebuah bangunan yang khusus dibina oleh kerajaan tempatan untuk Yayasan 5.18 (sebuah yayasan yang menjuarakan demokrasi di Asia).
Kami dibawa di sebuah galeri yang menempatkan gambar-gambar dan sculpture yang menempatkan peristiwa yang berlaku pada 18 Mei 1980 di mana rakyat bangkit sebagai militia menentang kudeta tentera dan mengecam pengumuman darurat yang tidak bersifat demokratik.
Mahasiswa, tenaga pensyarah universiti, ahli-ahli korprat dan suri rumahtanggan berganding bahu menentang kezaliman kudeta pada waktu itu.
Keamanan telah berjaya dikawal tetapi rundingan dengan kerajaan gagal. Pada 27 Mei 1980, kerajaan diktator tentera pimpinan Jeneral Chun telah menghantar Unit Khas dari 5 bahagian tentera untuk merempuh masuk ke bandar Gwangju dan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan.
Namun, sehingga sekarang, tidak siapa yang tahu tindakan ganas yang memulakan tembakan bermula atas arahan siapa.
Kami diberi pengiktirafan untuk menjadi pihak yang terawal memiliki buku dokumen yang merakam sejarah tersebut.
Peristiwa itu dirakamkan dalam satu buku yang penuh dengan gambar-gambar sejarah peristiwa tersebut. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan 5.18, Rhee Hong Gil.
Perasmian Forum Asia ke arah Demokrasi
Upacara perasmian dijalankan pada waktu tengahari di mana acara pembukaan dimulakan oleh wakil negeri dan disusuli oleh pembentangan kertas kerja; Etheric Exchanges and Heterotopic Technologies oleh Raul Pertierra dari Universiti Filipina. Ianya diadakan di Pusat Konvensyen Kimdaejung di tengah-tengah Bandar Gwangju.
Dalam perjalanan menuju ke dewan konvensyen, rakan aku Elizabeth Wong menayangkan gambar-gambar aktiviti reformasi. Selain daripada Elizabeth; Fendy Ponomban rakan dari Indonesia juga membawa tayangan gambar yang menunjukkan perbicaraan terbuka pembunuhan terancang aktivis Moner di negara itu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home