Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, October 22, 2006

Keadilan Untuk Sabah


Perisitiwa bersejarah di Tambunan menyaksikan perasmian buku Justice for Sabah yang ditulis sendiri oleh Kitingan pada Ogos lalu. Proses pembikinannya hanya memakan masa selama empat bulan sahaja termasuk terjemahannya.

Untuk salinan diri aku untuk dibawa pulang, Jeffrey menulis, Dear Faisal, Let’s Put Things Right! Jeffrey, ( Kehadapan Faisal, Ayuh kita Perbetulkankanya!, Jeffrey).

Perasmian buku tersebut dibuat oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang dikatakan sama-sama graduan dari penjara ISA.

Dalam Ringkasan Eksekutifnya, Jeffrey mengatakan bahawa Sabah tidak pernah dilayan dengan adil oleh Kerajaan persekutuan sejak timbulnya kebangkitan kesedaran kebangsaan di kalangan rakyat Sabah.

Jeffrey juga membangkitkan kesedaran Singapura mengenai isu Persekutuan sehingga mengisytiharkan keluar dari Malaysia.

”Tanpa mengambilkira kehendak dan pendapat Sabah dan Sarawak, Kerajaan Prsekutuan melakukan dua perkara. Pertama; ia meminda Perlembagaan Prsekutuan untuk menghalang percubaan mana-mana pihak untuk keluar dari Malaysia, Kedua; ia mewujudkan lebih daripada 70 kerusi parlimen baru untuk mengurangkan kuasa undi Sabah dan Sarawak.”

”Sejak itu, Kerajaan Pusat dengan pantas secara diam-diam telah melakukan pindaan Perlembagaan uang melibarkan kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam persekutuan, menyebabkan terhakisnya kedudukan istimewa di dalam persekutuan, dan hampir telah menukar sistem kerajaan persekutuan kepada Sistem Unitari.”RMK9

RMK9

Jeffrey mengatakanahli-ahli politik BN bermegah-megah tentang peruntukan yang besar kepada Sabah berjumlah RM17 bilion di bawah RMK9. Namun, peruntukan tersebut tidak disalurkan sepenuhnya sehingga ramai kontraktor-kontraktor terpaksa beralih kepada ‘Along.’


Negeri Termiskin

Menurut Jeffrey, Sabah kini di antara negeri yang termiskin dengan 23,000 yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Sekiranya 300,000 hektar kelapa sawit diagih-aghihkan kepada mereka yang msikin tegar, mereka akan memiliki 13 ekar kelapa sawit setiap seorang.

Perkara ini bukan perkara baru, bahkan ianya sering diperbincangkan dalam perhimpunan-perhimpuan parti mereka. Tetapi, ia sekadar tong kosong.

Masa Untuk Perubahan

Jeffrey juga percaya bahawa inilah masanya untuk Malaysia, khusunya Sabah berubah. Bagaimana? Dengan mengubah Kerajaan yang sdia ada.

Sistem pecah dan perintah yang diamalkan oleh BN – yang diperkenalkan oleh penjajah mestilah digantikan dengan sistem yang tulen yang mengutamakan kerajaan perkongsian samarata dan berpenyertaan.

Kerajaan yang telus dan terbuka untuk kritikan dan ide-ide baru, dan autokrasi mestilah digantikan dengan demokrasi. Politik perkauman, menurut Jeffrey, mesti diganti dengan parti politik berbilang kaum.

Saya bersetuju bahawa kinilah masanya untuk kita perkenalkan Bangsa Malaysia, bukan Bangsa Melayu, Cina, India atau Kadazam.

Dalam blog Naib Ketua Angkatan Muda, kemasukan Dr Jeffrey akan memberikan perubahan kepada lanskap politik Sabah.

Sebagai sebuah parti yang berpegang kepada budaya berpolitik secara berprinsip dan bukannya mengamalkan budaya politik yang menjaga kepentingan, kemasukan beramai-ramai suku kaum Kadazan-Dusun-Murut (KDM) itu akan memberikan tekad baru kepada KeADILan untuk terus berjuang di atas landasan kepedulian terhadap masalah rakyat.

Kehadiran Datuk Seri Anwar dengan pidato politik beliau yang memukau pula telah memberikan harapan baru kepada rakyat Sabah khususnya dari kalangan KDM.

Kata Syamsul, ”Saya melihat sendiri bagaimana semangat baru dan harapan mereka tatkala bertemu dengan pimpinan muda KDM yang rata-rata mempunyai kecekalan luar biasa menyatakan pendirian mereka dan seterusnya memilih wadah Keadilan untuk meneruskan kelangsungan perjuangan.”

Ucapan yang bernas dari Dr Jeffrey khususnya ketika mengupas perjanjian 20 di antara Tanah Melayu dan Borneo serta pendedahan mengenai kepincangan dan ketidakadilan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Sabah sepanjang hampir 43 tahun menambahkan keyakinan kami bahawa Dr Jeffrey telah memikirkan dengan penuh teliti keputusan yang beliau terpaksa lakukan demi keadilan rakyat Sabah.

Dengan nada yang sama, mengambil semangat perjuangan Mat Salleh yang cukup sinonim dengan Tambunan, saya nasihatkan Datuk Seri Pairin untuk segera meninggalkan BN dan lakukan perubahan untuk kepentingan dan masa depan rakyat Sabah.

Sutera Harbor

Aku pulang dari Tambunan dan bermalam di Pacific Harbor di Sutera Harbor – satu lagi tempat penginapan yang berprestij di Sabah.

Aku terhibur dengan persembahan tiga gadis dn pemain keyboard di lounge Hotel. Hati keciclku berkata, aku tidak menyangka aku berpeluang untuk memasuki dan menginap di tempat ini. Rasa seperti tidak layak.

Aku tidak berpeluang untuk menikmati permandangan di luar Sutera Harbor kerana kami tiba dari Tambunan sudah agak lewat malam. Justeru selepas mendapatkan bilik penginapan, kami terus dipanggil untuk menyertai Mesyuarat Tertutup Perhubungan Negeri Sabah di hotel yang sama.

Perut lapar – terus aku memanggil Ali- rakan Angkatan Muda PRM yang kini bertugas di Sabah. Kami bertukar-tukar berita dan mengemaskini mengenai kisah masing-masing.

Tidak kusangka Setiausaha Agung kemudiannya menyertai perbualan kami sehingga 2 pagi.

7 Comments:

At 10:09 pm, Anonymous Anonymous said...

selamat hari raya

 
At 10:10 pm, Anonymous Anonymous said...

selamat hari raya

 
At 2:12 pm, Anonymous Anonymous said...

The Sabahan should help themself first. Tidak akan ada sesiapa lain yang akan membantu raayat sabah kecuali mereka sendiri.... Gifted with so many natural resources, I am suprised and sad that Sabah is the poorest state in Malaysia....

 
At 12:04 am, Anonymous Anonymous said...

tetapi sekarang apa ceritanya..adakah sabah masi meskin,dulu panas hal politik,masa itula yang sepatutnya d gunakan untuk memajukan sabah.dulu masa ku d sekolah pun tiada keadilan sama sekali,guru pun ala ala politik BN,mau itu ini tidak boleh...tidak boleh kita ikut campur hal ibubapa tentang politik katanya.tapi dasar punya guru,ceritakan hal hal yag saya tidak faham masa itu sama juga gila politik punya guru.memangla sya ne pelajar,suda nyata pun saya tidak tahu hal politik..tak kan kami ne cerita hal politik,bodoh punya guru.klo la guru masa itu tidak demam politik dan gunakan waktu itu untuk mengajar kamai tidakla aku mengangur d negara orang.dasar ajaran semua yang guru beri itu semua nasihat yang tdak habis habis,kemahiran pula tiada sama sekali,patutla semua guru d sabah smk bingkor TIDUR.TAMBA PULA PENGETUA DIA TU MACAM D NEGARA IRAQ.skrang sya adilkan diri saya dan berani mengata politik luar penjejas prestasi dan kaum d sabah.

 
At 12:20 am, Anonymous Anonymous said...

siapa yang berani mengata saya,OK aku sedar saya hanya bersekolah sampai tingkatan lima,aku bukan menegakan hal politik ato mana2 kaum...saya hanya berharap pada gajibulanku sebagai kuli.kamu gajibulan kerna nasib yang baik,otak yang pandai,ya..aku tidak sepintar orang yang mengata dia pintar tapi asalkan aku punya tanah dan dapat bercucuk tanam sendiri so boleh makan,biarla orang yang mengatur kan bagus.tak paya golojoh,hina sekali....penindas.harap harap orang d negeri sabah tidak d tindas.mana mungkin..sabah akan jatuh.

 
At 12:43 am, Anonymous Anonymous said...

banyak yang inginku katakan d sini.klo kamu tahu saya menyesal punya kehidupan begini,tetapi tidak pa...satu hari sya pulang d sabah nanti dptjuga mendirikan rumah dan brkja sendiri,putung getah suda...buka workshop ok,syukur jugala.asal aku tidak sombong,tamak dan dengki dgn orang ala ala maly,ba biasala orang sabah sekarang bnyk yang rasa gelihati klo dgr bhasa kadazandusun,pada hal dia pun basar dari tabasan,sya tak mengata tabasan itu buruk,mala itu yang beriku hidup,mengejarku berusaha..ini d buat satu ejekan pula,buktinya kenapa orang kita d kl menghina orangnya sendiri.

 
At 4:56 am, Anonymous Anonymous said...

The PTPTN is killing the borrowers. Those who are still jobless , are forced to pay the entire cost with monthly interest e.g. RM20k loan will have to pay RM50.00 per month just for interest. A year they are charged with a minimum of RM600.00 + the RM20k? Please think my fellow Sabahans (Momoguns). Ours have been robbed by those people. You know them! God will not help us unless we help ourselves!

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com