Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, October 03, 2006
Oktober, Ramadhan & Luruh
Bulan Ramadhan, bulan menguji kesabaran; kesabaran dari nafsu makan. Bagi kaum Cina pula, setiap 15 haribulan dalam bulan kelapan mereka, mereka merayakan Pesta Tanglung dan mengidangkan Kuih Bulan. Nama sebenar bagi perayaan tersebut ialah Pesta Pertengahan Luruh (???).
Bagi memperingati perjuangan rakyat China, keADILan melancarkan “Kuih Bulan Reformasi”.
Pada waktu itu, rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan menyeksa pada suatu ketika dahulu.
Rakyat di bawah pimpinan Zhu Yuan Zhang (???) bersama pengikutnya, Liu Bo Wen telah menggunakan kuih bulan sebagai alat sebaran maklumat.
Kuih bulan yang dijual secara meluas di pasaran pada ketika itu telah diselitkan sepucuk nota menyeru rakyat untuk bangkit menggulingkan kerajaan pada malam 15 haribulan, yakni bulan kelapan dalam kalendar lunar.
Pemberontakan itu akhirnya berjaya menjatuhkan pemerintah zalim. Sejak itu, kuih bulan bukan sekadar menjadi makanan tradisi, ia juga melambangkan nilai dan simbol memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.
Pada bulan September 1998, mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan jawatannya oleh Dr Mahathir dan ditahan serta dizalimi. Maka tercetuslah pergerakan Reformasi yang dipelopori rakyat.
Pada masa yang sama, kebetulan Pesta Tanglung juga pada masa itu. “Reformasi” telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Tionghua buat pertama kalinya dengan ertikata “Perjuangan tetap diteruskan”. Tanglung yang tertera “Reformasi” dalam Bahasa Tionghua telah dibawa dalam perarakan Pesta Tanglung.
Stok Kuih Bulan Reformasi masih boleh didapati dengan melayari TOKOBUKU.
1 Comments:
kewlllll blog...
but i can't see what really u up to...
Post a Comment
<< Home