Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, August 28, 2006

Himpunan Perdana Angkatan Muda



Ramai yang bertanya adakah pemuda bertopi di sebelah kanan poster itu akan memecahkan tradisi untuk menggegarkan pentas pemuda?

Mari sama-sama ke lokasi ceramah untuk mendapat tahu.

Jumpa anda di sana dan Selamat Berkongres!

4 Comments:

At 10:05 am, Anonymous Anonymous said...

Selamat Berkongress!

 
At 11:45 am, Anonymous Anonymous said...

Yang dipuji Tuhan yang Maha Besar. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis. Yang berusaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat , Datuk Seri Anwar Ibrahim , Pengerusi tetap , Haji Abdul Rahman Abdul Kadir , Presiden Parti , Datin Wan Azizah , dan Timbalan Presiden Dr Syed Hussein Ali. Yang dihormati kesemua Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat , Ahli Jawantankuasa dalam pemuda , wanita , negeri , bahagian dan cawangan. Yang dialu-alukan pihak media tempatan dan antarabangsa ( jika ada ) , para penyokong , para pejuang reformasi dan akhirnya kesemua ahli PKR yang berada di sini ataupun di luar sana. Seterusnya kepada tuan-tuan ,puan-puan , hadirin dan hadirat dan saudara dan saudari sekalian. Selamat sejahtera dan salam perjuangan reformasi kepada semua yang berpaksi pada kebenaran dan keadilan.

Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna dan saya percaya hari ini akan menjadi sesuatu yang bersejarah dalam sejarah politik negara. Hal ini demikian , saya percaya akan ada perubahan yang besar setelah 3 hari dan 3 malam kita semua berkongres di sini. Apakah perubahannya ? Jawapannya semestinya perubahan ke arah kebaikan. Sejarah yang memberi ruang kepada PKR dan kita semua memulakan titik permulaan ke arah perkembangan dan kemajuan PKR , negara dan rakyat.

Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya siapakah saya ? Siapakah orang itu yang bergelar shenyeeaun ataupun siapakah orangnya yang kini tengah berucap ? Jawapan saya itu tidak penting. Kalian hanya perlu mengenali diri sendiri. Teliti diri sendiri dengan mendalam. Teliti dan tanya kepada diri sendiri bahawa kalian apakah perjuangan kalian ? Siapakah diri kalian ? Apakah harapan kalian terhadap diri sendiri , parti , negara dan rakyat ? Apakah yang kalian telah lakukan kepada rakyat , negara dan parti dan apakah yang akan dilakukan seterusnya ? Tepuklah dada dan carilah identiti sendiri.

Saya akan memulakan ucapan saya mengenai krisis yang dihadapi oleh kita semua sama ada yang berada di sini ataupun di luar sana. Krisis-krisis ini akan meranapkan peradaban bangsa , membantutkan perkembangan tamadun dan memusnahkan kemajuan negara jika tidak diatasi.

Biar kita mula dengan isu politik. Politik di Malaysia semakin menakutkan. Kita lihat sahaja perjuangan UMNO untuk melayu sahaja , MCA untuk Cina sahaja dan MIC untuk India sahaja , dan PAS untuk Islam sahaja. Semangat assabiyah yang kuat ini seperti mana wujud dalam zaman masyarakat jahihiah arab dahulu masih wujud dalam dunia moden hari ini yang sudah pun berada dalam abad yang ke 21. Kabilah – kabilah masing-masing memperjuangkan puak mereka yang sendiri. Kita lihat sahaja bagaimana konflik antara Khairy dengan MCA wujud hanya kerana soal perjuangan puak individu tersendiri. Dengan berani lagi Khairy kata ini adalah demi parti dan bangsa maka saya tidak perlu memina maaf. Dengan beraninya ketua kabilah pemuda UMNOdengan kerisnya jangan mencabar kita. Sudahkah rakyat sudah lupa peristiwa 13 Mei pada suatu ketika dahulu ?

Mengapa tidak sebuah bangsa Malaysia benar-benar wujud ? Mengapa tidak cina , melayu dan india sudah tidak lagi dibeza-bezakan lagi. Mereka tidak semua kaum di Malaysia hanya digelar sebagai bangsa Malaysia ? Mengapa tidak hasrat Dato Onn Jaafar untuk membentuk sebuah parti bersifat multibangsa dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia ? Sampai bilakah semangat assabiyah dan sistem kabilah harus diamalkan ? Rakyat harus sedar akan implikasi-implikasinya sekiranya fenomena ini berterusan. Maka adalah tanggungjawab kita semua yang berada di sini untuk ke luar sana untuk menyedarkan mereka yang masih jahil. Seru mereka tinggalkan unsur-unsur jahiliah dan bersedia untuk berubah demi negara dan bangsa.

Seterusnya , apakah negara Malaysia masih lagi bebas ? Apakah kita benar-benar bebas ? Makin hari semakin tertekan ,terkawal dan tersekat segala kebebasan yang diperuntukkan oleh perlembagaan kita. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Namun begitu , kertertinggan perlembagaan tidak seiring dengan tarafnya. Sebagai contoh , jika kita tidak menuruti kata Raja adakah kita tidak menghormati raja? Jika kita tidak menghormati raja maka adakah raja itu berkedudukan tinggi lagi ? Aplikasinya dalam perlembagaan ialah perlembagaan menekankan kebebasan bersuara , berhimpun , beragama dan sebagainya. Tetapi dalam setiap kekebasan ada kekangan , halangan dan syaratnya. Maka adakah arahan perlembagaan diikuti ? Adakah perlembagaan itu tinggi lagi ? Tidak usah saya bercerita pangjang lebar apakah kejadian-kejadian yang berlaku ataupun apakah jenis kebebasan yang disekat. Hal ini demikian , masing-masing sudah tahu apa yang telah dan sedang berlaku.

Senjata-senjata dicipta untuk menentang perlembagaan. Senjatanya tidak lain tidak bukan adalah polis , mahkamah , ISA , AUKU dan pelbagai akta dan halangan lagi. Apakah kita akan tunduk kepada senjata-senjata tersebut? Tidak ! Kalau mereka mahu berperang kita akan terus berperang demi menjaga ketertinggian perlembagaan kita. Biar putih mata jangan putih tulang. Senjata moden kita seperti Bom , Senapang akan menentang senjata tradisional mereka iaitu Keris. Persoalanya , apakah para hadirin di sini sudah ada senjata yang diperlukan untuk menentang segala tekanan dan halangan dalam hidup ? Jika ada , adakah seorang individu sahaja dapat menang dalam sesuatu peperangan ? Jika tidak mengapa tidak berpaksi pada bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh ? Tanggungjawab kalian bukan sahaja perlu memastikan diri sendiri sudah ada senjata yang diperlukan malahan juga memastikan dalam kalangan rakan seperjuangan kita juga bersedia untuk bersama-sama kita untuk berperang.

Cara permainan politik kita juga harus berubah. Jangan hanya kerana kita pembangkang maka segala-gala yang dilaksanakan dan dikatakan oleh kerajaan kita menentang. Kita perlu adil. Jika apa yang dikatakan dan dilakukan itu baik dan bermanfaat maka saya berseru kita bersama-sama kerajaan menjayakannya. Sebaliknya apa yang dikatakan dan dilaksankan mahupun dirancang iu tidak baik maka kita harus menentang secara keras-kerasan tetapi sebelum itu secara lembut dahulu. Kita perlu faham perjuangan dan kewujudan pembangkang dalam sebuah negara yang demokrasi. Kewujudan kita adalah demi kepentingan rakyat dan negara. Kewujudan kita adalah bukan untuk menjadi pemerintah , menjatuhkan dan menentang kerajaan. Kerajaan bukanlah musuh tetapi rakan seperjuangan kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan bahawa adalah tugas kita untuk menjatuhkan kerajaan dan menjadi pemerintah apabila dan sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak dapat memberi keselesaan dan segala kebaikan kepada rakyat dan negara. Walaupun pada pihak kerajaan , pembangkang adalah musuh mereka tetapi bila orang jahil kita janganlah jahil. Bukan ! Kewujudan demokrasi semestinya perlu pembangkang dan kerajaan. Jika ada kerajaan sahaja maka itu adalah negara komunis dan pemerintahan bersifat autokratik. Maka sekiranya kita berjaya mentadbir negara satu hari nanti , janganlah kita layan pembangkang sebagai musuh kita. Pembangkang adalah orang yang dapat mengingatkan kita terhadap salah laku kita sekiranya kita cuai ataupun berada dalam keadaan tidak sedar ataupun sedar seperti ibu dan bapa kita di rumah. Hormatilah pembangkang dan anggaplah mereka sebagai rakan seperjuagan jika sudah menjadi kerajaan satu hari nanti.

Masing-masing sudah tahu apakah punca kejatuhan sesuatu bangsa , tamadun dan negara. Sejarah berulang berkali – kali dan kita masih berada dalam keadaan tidak sedar. Tidak perlu kita pergi jauh-jauh. Ambil sahaja tanah melayu sebagai contoh. Apakah punca utama kesemua negeri di tanah melayu jatuh ke tangan pihak penjajah ? Bukankah pada masa itu masyarakat berpecah belah? Bukankah perebutan kuasa antara pembesar ataupun antara raja yang telah mempunyai peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan? Oleh itu , jika kalian datang ke sini ataupun menjadi ahli PKR kerana mengharapkan maafat ataupun apa-apa bentuk kuasa dalam politik maka saya seru kepada semua supaya meninggalkan parti sahaja dan pergi kepada parti yang lain. Bilangan dan kuantiti ahli tidak penting. Kualiti lebih dititikberakan. Jangan menghancurkan parti demi agenda dan kepentingan diri sendiri kita. Ahli-ahli PKR mesti terdiri daripada ahli yang ikhlas untuk berjuang demi rakyat , negara dan bangsa Malaysia. Adakah semua sudah bersedia menerima hakikat supaya berjuang untuk semua dan bukannya berjuang untuk diri sendiri ? Jika kita berjuang demi diri sendiri maka kita akan kehilangan seorang musuh dalam kalangan rakan seperjuangan sendiri tetapi jika kita berjuang untuk semua maka anak , cucu , cicit dan generasi kita yang akan datang yang akan menikmatinya.

Pada masa yang sama , kita jangan ketawa melihat konflik antara GERAKAN dan UMNO bergelut disebabkan jawatan Ketua Menteri dan juga pergelutan antara UMNO dengan MCA demi agenda masing-masing. Hal ini demikian , apakah kita sudah layak mengertawakan orang lain ? Kita sendiri perlu buktikan dahulu PRM dan PKR sudah sebati , semua orang dalam PKR yang pernah bersengkata dan bermusuhan kini berbaik kembali , dan seterusnya berkerjasama DAP dan PAS dengan mengetepikan segala perbezaan dan hanya berpaksi pada persamaan demi menuju ke arah perpaduan yang benar dan tulen.

Kita juga mahu terus mengekalkan budaya ketimuran kita yang penuh dengan unsur mengenang jasa dan tidak seperti kacang melupakan kulit , menghormati pemimpin kita tidak kira yang dahulu ataupun terkini. Jangan suatu hari nanti bila Wan Azizah sudah bukan Presiden kita maka kita sudah mula menentangya. Kita hanya menentangya sekiranya Datin sendiri bersalah kerana kita semua berpaksi pada keadilan. Walaubagaimanapun , jika kita menentang pun kita perlu menentang secara lemah – lembut dahulu sebelum secara keras-kerasan . Jangan kita terus menentang dengan liar seperti seorang binatang yang hilang kawalan. Seterusnya jika ada kongres tahunan PKR yang akan dianjurkan , diharapkan sekiranya bekas pemimpin parti PKR yang sudah banyak berjasa dan berbakti akan dijemput untuk memberi sepatah dua kata walaupun pada masa itu diandaikan bekas pemimpin kita sudah tidak baik ataupun dianggap mempunyai niat yang jahat. Janganlah kita merendahkan martabat parti kita sehingga pemimpin parti kita perlu bertanding sebagai delegasi untuk bercucap dan lebih parah lagi jika sudah menang untuk menjadi delegasi tetapi masih belum pasti akan dibenarkan dipilih untuk bercucap. Jika pun andaikan Wan Azizah ingin menyerang PKR pada masa itu kita tetap perlu memberi peluang kepada beliau kerana kebebasan bersuara diperjuangkan. Hal ini demikian , takut kerana salah dan berani kerana benar. Kita perlu percaya pada ahli-ahli PKR bukannya bodoh. Ahli PKR berakal dan dapat berfikir dengan rasional. Jika apa yang diserang itu tidak benar maka tiada orang yang akan mempercayainya tetapi apa yang diserang itu benar maka kita perlu sehati sejiwa menyokonhnya kerana kita harus berpaksi pada kebenaran dan keadilan.

Sementara itu , politik dalaman PKR perlu diubah sama sekali. Jangan lagi kita anggap ini parti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukan partinya. Ini parti rakyat. Ini adalah parti untuk semua. Jangan ingat kita sedang memperjuangkan kepentingan dan agenda Anwar. Tidak. Jika ada yang berfikiran sedemikian saya sarankan tinggalkan parti. Parti ini adalah demi keadilan , kebenaran dan perjuangannya adalah untuk negara , rakyat dan bangsa. Mulai saat ini anggaplah diri sendiri kita adalah Anwar. Biar beribu-ribu orang di sini semuanya adalah Anwar. Biar suatu hari nanti jika Anwar sudah tiada ada dalam parti tetapi perjuangan kita masih hidup sehingga ke akhir hayat. Kini , ada anwar ataupun tidak sudah tidak penting kerana mulai saat ini Anwar akan hidup selama-lamanya jika semua ahli menjadikan mereka seperti dan sehebat Anwar.

Ada yang berpendapat jika ini bukan parti Anwar mengapa parti ini ditubuhkan untuk membebaskan Anwar pada tahun 1998? Jawapannya ialah parti ini ditubuhkan bukan untuk membebaskan Anwar. Parti ini ditubuhkan untuk membebaskan seorang rakyat Malaysia yang ditindas. Parti ini ditubuhkan untuk menentang ketidakadilan.Justeru nama parti pun digelar Keadilan. Adakah parti ini dinamakan Parti Anwar ? Tidak. Parti ini adalah untuk semua. Jika Anwar tidak wujud pada masa itu. Andai kata seorang rakyat Malaysia tertindas maka sebuah parti juga akan ditubuhkan untuk membebaskannya walaupun orang itu mungkin bukan Wan Azizah.

Dalam pada itu , adakah kalian faham maksud reformasi ? Reformasi bermaksud perubahan ke arah segala kebaikan. Jangan kita tahu laung-laungkan perkataan ini tetapi tidak mengamalkan ataupun berusaha ke arah itu seperti laungan Malaysia Boleh dan Bangsa Malaysia yang glokal oleh pihak tertentu. Jangan laungkan sehingga kalian benar-benar faham erti reformasi dan menuju ke arah itu. Jangan memalukan dan mencermarkan perkataan ini. Mulai saat ini reformasi dalaman perlu dilakukan sebelum reformasi luaran. Apakah reformasi dan perubahan yang baik kita mahukan daripada orang lain kita sendiri perlu memberi contoh yang baik dahulu. Kita jadikan apa yang baik kita mahukan pada orang lain pada diri sendiri. Setiap kali kita melaungkan REFORMASI maka setiap kali itulah kita berjanji menuju dan berusaha kea rah itu. Reformasi tidak semestinya satu perkataan untuk tujuaan politik sahaja tetapi satu perkataan motivasi untuk kita pergi lebih jauh dalam hidup ini. Kita perlukan tingkatkan usaha , penuhkan ilmu pengetahuan , isikan dengan sifat-sifat terpuji dan berkualiti dan sedang menuju ke arah kesempurnaan dan seterusnya menjadi insane yang berkebolehan , baik dan unggul. Lepas itu REFORMASI dalam parti perlu ada selepas setiap individu yang berkualiti sudah dibentuk. Parti perlu diperkukuh dan diperkuat.Parti hanya berusia 8 tahun dan masih kanak-kanak lagi dan kanak-kanak ini perlu terus berkembang dan maju sehingga menjadi seorang remaja , dewasa dan gologan tua yang cemerlang , gemilang dan terbilang. Akhirnya kita akan keluar turun ke padang dan melaungkan REFORMASI terhadap segala rasuah , kesalahan , kezaliman , keburukan , ketidakadilan dan pelbagai lagi kejahatan yang berlaku. Kini , adakah semua sudah sedia untuk reformasi ? Jika ya. Marilah kalian beramai-ramai mempunyai mentaliti seorang pemikir rasional , liberal , kreatif , hebat , berilmu , berpengalaman dan hebat seperti Khalid Jaafar. Terus belajar meningkatkan diri dan ilmu pengetahuan tanpa mengira ilmu. Selamat berusaha

Semalam merupakan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 49.Saya hairan mengapa ahli PKR konvoi untuk meraihkan kemerdekaan negara kita? Sekiranya kita berada pada zaman Tunku maka saya faham kerana kita baharu bebaskan diri daripada penjajah asing. Kini , adakah kita benar-benar merdeka ? Adakah yang berkonvoi dan meraikan itu faham apakah maksud merdeka ? Rujuklah kamus dewan untuk mendapat maksudnya. Merdeka dalam kata erti lain ialah BEBAS. Adakah kita sudah bebas ? Adakah kebebasan kita sudah dijamin 100 % ? Bukankah pemikiran kita masih dijajah , dikongkong , disekat, dihalang dan dikawal ? Bukankah sekatan dan jajahan ini telah melembabkan perkembangan Malaysia ? Bukankah mentaliti sesetengah ataupun majoriti rakyat kita masih kebudak-budakkan ? Bukankah kreativit dan inovasi semakin terbatas ?

Apakah bukti saya ? Buktinya , adakah kalian benar-benar bebas berucap? Kita jangan kata rakyat biasa sedangkan bekas pemerintah selama 22 tahun yang banyak berbakti sendiri kata sudah dihalang dan disekat daripada terus bercakap. Pemikiran kita dijajah oleh senjata seperti pelbagai akta , undang-undang , ISA , AUKU , polis dan sebagainya. Oleh itu , masing-masing tidak berani menyoal. Masing-masing tidak berani merangsangkan pemikiran dan memberanikan diri untuk berfikir di luar petak ataupun berfikir lebih daripada apa yang ditetapkan. Tidakah ini semua adalah bentuk penjajahan ? Kita masih dijajah oleh orang sendiri. Media kita dijajah. Mahasiswa kita dijajah. Parti tertentu dalam negara dijajah. Individu tertentu masih dijajah. Apa lagi tidak lagi dijajah ? Pemikiran yang terbatas dan jajahan ini telah membantut perkembangan ekonomi , pendidikan , dunia hiburan sebab itu kita tiada ada holloywood atau bollywood.Jadi , mengapa semalam semua konvoi kemerdekaan ? Kita patut konvoi untuk menuntu kemerdekaan. Semangat nasionalisme dan kebebasan harus dibangkitkan seperti zaman Tok Janggut , Rentap , Antanom , Dato Bahaman , Dol Said dan sebagainya. Saya hendak tanya sekali lagi. Adakah kita sudah merdeka ? !!! Jika Tunku laung Merdeka 7 kali kalian perlu laung REFORMASI 7 kali.

Orang-orang politik senantiasa merasakan orang melayu yang paling susah tetapi hakikatnya saya perlu berterus-terang bahawa masyarakat indialah yang paling ke belakang jika dibandingkan dengan kaum yang lain. Jangan kerana masyarakat india adalah golongan minoriti maka suara mereka kurang berkesan. Menjurus kepada soal ini maka sekali lagi Parlimen yang amat mulia telah dihina. Sesiapa bebas berjuang untuk apa-apa di Parlimen. Mereka dipilih untuk berjuang untuk rakyat dan bukan kerajaan. Nama ahli parlimen ialah wakil rakyat bukannya wakil kerajaan ataupun pembangkang. Kita lihat Sothinathan wakil dari MIC digantung jawatan kerana memperjuangkan isu mengenai pelajar perubatan Rusia yang majoritinya kaum india di sana. Sekali lagi apabila MP Sharir berpaksi pada kebenaran menyokong usul Lim Kit Siang mengambil langkah meletak jawatan. Apakah sesuatu parlimen yang tertinggi dan mulia juga ada sekatan dan halangan tertentu ? Kembali kepada isu tadi. India juga bukan yang paling susah. Habis ? Siapa yang paling susah ? Orang susah adalah orang-orang sengsara , kurang sihat , miskin , fakir yang terdiri daripada bangsa Malaysia tidak kira mereka adalah melayu , cina , india , kadazan , melanau dan sebagainya. Apakah sesuatu bangsa itu 100% hidup dalam keadaan baik ? TIDAK! Apakah sesuatu bangsa tinggal dalam keadaan 100% tidak baik ? TIDAK! Jika begitu mengapa tidak kita berjuang untuk semua ?

Kita beralih kepada isu ekonomi. Singapore mencapai kemerdekaan pada waktu yang sama dengan Malaysia tetapi hari ini adakah Malaysia semaju Singapore dari segi ekonomi? Singapore hanyalah sebuah pulau kecil yang tiada apa-apa. Singapore hanya sebuah pulau mini yang tidak ada sumber hasil. Tidak malukah kita sebuah negara yang jauh lebih besar dan jauh lebih banyak hasil dan sumber kini jauh dibelakang Singapore ? Tun mengambil 22 tahun untuk mengeluarkan kita daripada belenggu pertanian dan digelar sebagai bapa pemodenan. Raja Meiji , Chulalongkom dan Tung Shih masing-masing mahukan pembaharuan dan juga ingin memajukan negara dengan mengalih struktur ekonomi mereka dari pertanian kepada perindustrian dan seterusnya perdangangan bebas. Pemerintah terkini dengan gayanya hendak mengubah focus ekonomi kembali kepada pertanian. Saya tidak mengatakan pertanian tidak penting. Saya cuma merasakan pertanian perlu dimajukan dan dibangunkan tetapi fokus kita kini adalah kepada sektor perkhidmatan iaitu semakin ke hadapan dari sekotor utama kepada kedua dan seterusnya ketiga. Bukannya semakin ke belakang.

Isu DEB. Apa gunaya DEB jika hanya satu dasar untuk menjadikan seseorang yang sudah kaya menjadi lebih kaya ? Buktinya cukup jelas. Jika seseorang bumiputera ingin memiliki 30% saham sesuatu perniagaan atau syarikat maka seseorang bumiputera itu sekurang-kurangnya mesti golongan pertengahan. Jika tidak , golongan fakir ataupun miskan mana mampu membeli 30% saham itu ? DEB harus dihapuskan. Globalisasi dan dunia tanpa sempadan hari ini perdangangan haruslah bebas 100%. Dengan ini KNK dan KDNK negara akan meningkat. Apabila meningkat , kualiti rakyat juga akan bertambah. Saya menentang DEB bukan kerana menentang membantu golongan fakir miskin tetapi menentang ketidakadilan dan dasar yang dianggap akan membantutkan perkembangan ekonomi. Orang miskin dan fakir harus dibantu tetapi bukan dengan pendekatan sedemkian. Antara bantuan yang harus dimulakan ialah pendidikan dan bukannya harta atau wang. Jika tidak lagi miskin lagi generasi akan datang.

Pengurusan dan pentadbiran yang tidak cekap telah merugikan PROTON , MAS dan syarikat-syarikat tertentu dalam negara. Mengapa tidak beri peluang kepada orang yang mampu dan berkebolehan untuk mentadbir dan mengurus ? Masalah pengganguran semakin bertambah disebabkan pernawaran melebihi permintaan. Setiap tahun bilangan mahasiswa bertambah tetapi bilangan industri semakin berkurangan. Ini akan bertambah dahsyat apabila fokus kita kepada pertanian kini. Adakah kita mahu semua mahasiswa kita menjadi petani? Bagi saya petani adalah satu pekerjaan yang mulia tetapi adakah mereka bersedia untuk menjadi petani ?

Tengku Adnan yang merupakan Menteri Pelancongan yang baharu sebenarnya berfikiran terbuka dan jauh tetapi beberapa cadangannya tidak diterima dan tidak dapat dikuatkuasakan. Apakah pemikiran sempit ini akan terus membantutkan segala perkembangan kita ?

Soal mengenai bangsa yang paling banyak di negara ini. Bagi saya , mengapa tidak menggalakkan orang melayu untuk memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan ? Belajar lebih tinggi ? Mendapat pendidikan yang baik dan lebih sempurna ?

Melalui pendidikan dan pengetahuan yang ada pada orang melayu akan menjadikan mereka lebih dinamik dan berkualiti. Maka dengan ilmu dan pengetahuan yang sedia ada orang melayu sudah tahu berkembang dengan diri sendiri. Mereka sudah tahu bagaimana mencari dan memperoleh wang. Dengan pengetahuan yang ada orang melayu sendiri tahu bahawa adakah perniagaan itu sesuai dengan mereka? Jika sesuai apakah perniagaan yang dianggap boleh menggungtungkan dan seterusnya dan seterusnya..

Jarang saya dengar suruh orang melayu belajar dan mendapat keputusan dengan cemerlang dalam pelajaran.

Betul! Orang melayu tidak erlu menindas kaum lain kerana mereka sendiri boleh memperoleh kekayaan dan menguasai ekonomi.

Persoalannya , apakah hanya dengan berniaga mereka boleh memperoleh kekayaan tersebut? Minta maaf banyak-banyak. Dunia perniagaan tidaklah semudah yang disangkakan. Oleh itu , minta maaf sekali lagi kerana banyak orang melayu gagal dalam perniagaan mereka dan minta maaf untuk kali ketiga kita sering lihat syarikat besar yang dipimpin oleh melayu biasanya kerugian.

Dalam isu ini , adakah melayu lemah ? Tidak!!!!!! Melayu tidak lemah tetapi hanya dilemahkan. Mereka dilemahkan oleh pemimpin melayu sendiri yang lemah…Mereka dilemahkan oleh sistem pendidikan yang sedia ada. Mereka dilemahkan dengan rancangan pemimpin melayu sendiri yang lemah untuk membantu mereka. Mereka dilemahkan dengan rasuah…

Antara rancangan yang bodoh ialah felda iaitu beri 500 000 ribu kepada setiap keluarga. Apakah pemberian wang ini dapat berkembang dan kekal tanpa ilmu untuk mengembangannya mahupun mengekalkan? Ataupun wang ini akan habis dalam jangka masa yang pendek sahaja sebab tidak tahu mengurus ?

Jika saya ialah pemimpin melayu. Wang-wang tersebut akan saya gunakan untuk bina lebih banyak insitusi pendidikan untuk membantu orang melayu.

“If you give me a fish , I will eat it for a day but if you teach me how to fish I will know how and where to get the fish for the rest of my life “

Tidak perlu susah-payah menyuruh orang melayu berniaga. Suruh belajar cukup.Lepas itu percaylah mereka tahu apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan apa yang mereka ingini.

Dengan adanya DEB akan secara tidak langsung membunuh orang melayu sekali lagi. Tidak percaya? Kita tunggu dan lihat.

Ada cara dan pendekatan yang lebih baik yang boleh digunakan untuk memajukan orang melayu. FELDA , DEB dan sebagainya yang dirancang oleh orang yang lemah dengan rancangannya yang lemah hanya akan melemahkan orang yang dirancang dan akhirnya kesannya juga akan lemah..

Rata-rata keluarga cina yang sederhana majoritinya menekankan pelajaran daripada mempunyai perniagaan. Tak percaya tanyalah rakan-rakan cina. Jika ada peluang mereka mahu mencari pekerjaan yang tetap dengan berniaga. Saya tidak kata semua tetapi majoriti golongan sederhana. Yang miskin lagi tiada peluang untuk membuat perniagaan sebab hendak memulakan sesuatu perniagaan faktor wang hanya salah satu daripadanya. Banyak lagi aspek yang perlu dikira.

Kepada yang tidak dapat mencari pekerjaan dan mahu terus hidup dalam survival hidup ini maka mereka akan cuba membuat pekerjaan dari kecil sehinggalah besar. Dari bawah sehinggalah ke atas.Itupun dalam kalangan orang cina sudah ada banyak penapisan sebelum mereka boleh benar-benar naik ke atas. Hal ini demikian , dunia perniagaan bukanlah mudah. Banyak pesaing-pesaing hebat yang ingin hidup dalam survival dunia ini akan bekerja dengan lebih kreaftif , kuat dan hebat. Oleh itu , jika perniaga cina yang tidak cukup hebat sudah akan keluar daripada untuk mara ke hadapan. Sebab itu yang berjaya itulah kita biasa dengar mereka adalah jutawan dan ada juga yang berada dalam 20 orang terkaya Malaysia.

Apakah dalam kalangan orang melayu sudah ada penapisa ? Dengan adanya 30% DEB secara automatik lagi sukar untuk menapis supaya yang benar-benar hebat dapat dihasilkan.

Oran cini disebelah cini mahukan anak berpendidikan dan fokus utama mereka ialah pendidikan daripada kekayaan wang di dunia. Hanya daripada pendidikan yang ada anak-anak mereka sendiri yang mengeksploitasi segala peluang dengan peluang yang ada untuk mencari wang dan secara tidak langsung sudahpun menguasai ekonomi negara.

Orang melayu di sebelah sana asyik mahu jalan pintas untuk mencari wang. Tengok orang cina berniaga maka mereka mahu mencuba dan dalam kalangan besar mereka gagal. Keadaan ini bertambah buruk apabila pemimpin sendiri menyeru mereka berniaga…

Orang melayu percayalah bahawa kaum cina lebih menekakan pelajaran daripada peniagaan. Penulis disini berasal dari keluarga cina dan ibu bapa serta saudara mara saya akan mengetawakan saya sekiranya saya kata saya hendak membuat business.Ini menunjukkan betapa sukarnya sebenarnya untuk memnuat business. Mereka akan sindir ;agi. Ijazah ataupun sarjana muda masih belum ada sudah fikir mahu buat perniagaan. Mereka kata belajar baik - baik dahulu. Yang lain kita rancang kemudian dan tuhan baru tentukan. Kalau hendak buat business pun kita juga perlu ada modal. Justeru mesti belajar baik - baik supaya dapat perkerjaan yang baik. Melalui pekerjaan tersebut kamu pandai-pandai menabunglah untuk mendapatkan modal minima untuk memulakan perniagaan. Apa-apa pun belajar dan berkerja untuk memperoleh pengalaman hidup dahalu.

Mengenai isu sosial , remaja kita semakin hari semakin rosak. Semakin banyak gejala yang tidak sihat berlaku dalam kalangan remaja kita. Apakah rancangan yang dirancang untuk mengatasi remaja-remaja yang bermasalah ini ? Apakah dengan menghantar mereka ke Sekolah Henry Gurney dapat mengatasi masalah ini ? Tidak. Selangkah kaki ke sana akan menghancurkan seluruh masa depan mereka. Di situlah semua pengaruh dan keadaan persekeliling yang jahat hanya akan menjahatkan mereka lagi. Ini yang dikatakan cara merawat penyakit yang tidak cekap. Jika kita batuk tetapi dicampur adukan dengan pesakit AIDS. Adakah kita akan dijangkiti AIDS sedangkan penyakit kita hanya setakat batuk sahaja ?

Masalah pembunuhan , rompakan , ragut dan rogol menguasai media tempatan kita pada setiap hari. Rakyat kita hari mempunyai 26 juta rakyat . Dengan jumlah sekecil ini keselamatan dan keamanan tidak terjamin maka apatah lagi mencapai sasaran wawasan 2020 untuk memcapai 70 juga rakyat ? Sedar Malaysia! Sedar Tun ! Sedar wawasan 2020. Kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti ! Lihat Singapore sebagai contoh. Hentikan galakkan melahirkan anak dengan baik. Biar bilangan anak yang kita lahir sedikit tetapi kita menjaga dan membimbing mereka sehingga menjadi seorang insan yang hebat. Biar sedikit bilangan anak yang kita ada tetapi kualiti hidup mereka baik kerana pendapatan KNK dalam sesebuah negara lebih stabil dan kukuh. Jangan lahir banyak-banyak jika tidak mampu. Jangan lahir banyak-banyak jika tak mampu mengawal semua. Dalam dunia hari kita pentingkan kualiti. Kuantiti sudah tidak lagi menjadi pengukur.

Tidak harus dilupakan juga sistem pendidikan kita yang makin hari makin memusnahkan kita semua. Selepas 48 tahun kita merdeka. Apakah perubahan ataupun reformasi dalam pendidikan ke arah kebaikan ? Lihat sahaja perogol , pembunuh , perompak dan pencuri yang dilahirkan pada setiap hari yang menjadi paparan media tempatan. Saya sering dengar Cikgu A kata mata pelajaran ini bukan bidang saya dan Menteri sendiri kata sekarang sudah ada lebihan guru. Saya sering lihat guru-guru terlampau sibuk kerana terpaksa menjaga isu displin , kaunseling , kokurikulum , pelajaran dan pelbagai lagi kerenah pelajar dan sekolah. Ini pula menteri kata sudah ada lebihan guru. Saya sendiri melihat hari ini masyarakat seolah-olah sudah tidak dapat hidup tanpa tuisyen kerana masing-masing pelajar mengatakan entah apa yang cikgu ajar di sekolah. Entah apa yang mereka peroleh dan faham di sekolah. AUKU sekali lagi melayan mahasiswa kita sebagai kanak-kanak dan membantutkan perkembangan dan permikiran mereka. Mengenai insitutisi pelajaran tinggi saya tidak mahu soal banyak sebab nanti menteri kata bagi dia masa kerana dia baharu bermain bola sepak selama 10 minit. Saya perlu bersikap adil. Jangan nanti main sampai 120 minit sehingga penalti masih belum ada perubahan. Namun , 10 minit sudah ada kad kuning kerana pelajar masih terikat dengan AUKU. Tetapi sudah hampir menjaringkan satu gol apabila menyarankan agar pensyarah bukan bumi yang berkualiti dan berkelayakan akan diupah.

Akhir sekali. Apakah wawasan yang ada dalam PKR. ? Jika Malaysia ada rancangan Malaysia pertama hinggalah kesembilan. Jika Malaysia ada wawasan 2020. Bagaimana dengan PKR ? Saya sarankan GERAKAN MEMPERKUAT DIRI DAN PARTI dimulakan. Kita dengan sepakat menetapkan garis panduan dalam Gerakan ini. Kita mahukan ahli dan parti bertambah kuat , berkualiti , berpengaruh dan unggul. Kita baharu berusia 8 tahun dan hanya bermain bola sepak 10 minit tetapi Gerakan untuk Menguatkan diri hanya dilaksanakan supaya apabila sampai 90 minit nanti kita menang 3-0. Jangan kita memberi alasan hanya 10 minit maka tidak perlu bertindak dengan cepat dan mengambil langkah tertentu untuk menguatkan dan mempertingkatkan diri. Ahli-ahli diharapkan lebih banyak berusaha dan bersemangat. Ahli-ahli harus banyak berkorban demi negara , rakyat dan bangsa. Ahli-ahli harus bersatu padu. Ahli-ahli harus memperbanyak akitiviti. Ahli-ahli harus banyak berjuang dan menyumbang kepada parti , masyarakat , rakyat dan negara. Ahli-ahli perlu terus belajar dan terus memperoleh sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh. Biarlah bila kalian menjadi pemimpin negara satu hari nanti adalah pemimpin yang bijak , berpengetahuan , berkeyakinan dan biarlah jika disuruh menyanyi lagu negaraku pun tidak perlu memandang kertas. Kita perlu ada sasaran. Biarlah GERAKAN ini mengambil masa 5 tahun. Biar lambat asal selamat. Rome tidak dibina dalam satu hari. Kita perlu sabar. Kita juga mesti ada sasaran dalam jangka masa 10 ataupun 15 tahun yang akan datang yang mungkin dijadikan wawasan PKR yang mana pada masa itu PKR sudah berjaya menawan negara. Kerajaan ada wawasan 2020. PKR perlu ada wawasan menawan negara. Tetapi adakah kalian sudah bersedia ? Adakah kalian sanggaup berkoban dan berjuang ? Adakah kalian sudah menjadi seorang yang berkualiti dan berkebolehan ? Kita juga perlu ada wawasan untuk mendapatkan dan mempertingkat dana parti dalam masa 5 tahun. Kita perlukan lebih banyak sumber kewangan. Dengan itu , diharapkan satu wawasan dan rancangan yang terperinci mengenai kewangan , matlamat ,perjuangan , dan segala-galanya dapat dirancang dalam satu wawasan. Dengan itu ,semua orang sehati sejiwa menuju ke arah wawasan PKR itu seperti mana kita sedang menuju kea rah wawasan 2020.

Seterusnya , apakah strategi dan rancangan masing-masing dalam pilihan raya yang akan datang ? Sudahkah kalian menyediakan payung sebelum hujan ? Ataupun kalian masih berada dalam keadaan tidak sedar ? Adakah kalian masih mempunyai sifat kepentingan diri sahaja ? Gila kuasa dalam parti jika ada dan bermusuhan dengan orang sendiri ? Jangan. Kita sudah pun ada kuasa daripada Tuhan. Tidak perlu lagi kita cari kuasa politik yang lebih tinggi. Gunakan kuasa tuhan yang kalian ada dan bersyukur dan seterusnya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Bermusuhan ? Jangan! Musuh kita ialah segala kesalah , kezaliman dan ketidakadilan. Musuh kita bukan individu tertentu.

Sebelum saya menamatkan ucapan saya. Saya berharap semua dapat ambil masa 5 minit untuk berdoa tidak kira apa agama dan tuhan. Berdoa perjuangan kalian direstui tuhan dan berdoa masing-masing akan terus tabah dan cekal mengharungi perlbagai rintangan , halangan dan tekanan. Berdoa agar semua di sini dan di luar dapat menjadi insan yang baik dan berkualiti. Berdoa agar memberi kuasa yang lebih untuk menentang rasuh , kezaliman , kekangan. Berdoa agar segala musuh kita akan menjadi rakan kita dalam menuju ke arah sebuah negara yang baik , selamat ,aman , damai dan terunggul.

Titik permulaan bersejarah akan bermula. Kebangkitan akan bermula. Kebaikan akan wujud.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat Salam bahagia Salam reformasi Salam perjuangan

“KESALAHAN DIMUSNAHKAN” “KEZALIMAN DIHAPUSKAN” “KEHINAAN DIHANCURKAN” “KEADILAN DITEGAKKAN” “KEBENARAN DIPERJUANGKAN” “KEBAIKAN DIUTAMAKAN” “KEPIMPINAN DITERUSKAN”… Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!

 
At 2:53 am, Blogger Unknown said...

Dear Ice Cream

Thanks for your contribution.

Its long but interesting....

 
At 11:01 pm, Anonymous Anonymous said...

Thank you for willingly spent your precious time to read it. All the best

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com