Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, July 23, 2006

Masyarakat Islam dianiaya untuk pastikan penerusan dana



Kali pertama saya menjejak kaki ke Kerisik, Pattani pada 15 Julai lalu meninggalkan satu kenangan yang bercampur-baur.

Perasaan takut diserang tentera dan polis pengaman Thailand; perasaan gembira kerana berpeluang melihat sendiri tempat kejadian dan pembunuhan syahid di Masjid Sultan Muzaffar Syah Pattani Darul Islam; perasaan bangga kerana berkesempatan berjumpa dengan aktivis-aktivis hak asasi dari Thailand.

Tiada alasan khusus yang diberikan oleh penduduk kampung di Kerisik tentang serangan yang dilakukan oleh pihak tentera.

Menurut mereka, serangan yang biasanya dibuat pada minggu terakhir setiap bulan hanya untuk memastikan dana sebanyak 40juta Baht (kira-kira RM400 ribu) sebulan diperuntukkan kepada pihak tentera, khususnya di selatan Thai.

Namun, ia menjadi satu lagi rekod simpanan saya mengenai kekejaman yang dilakukan oleh pihak tentera Thailand terhadap masyarakat Islam di Thailand khususnya di Narthiwat, Yala, Pattani.

Tempat pertemuan saya bersama aktivis masyarakat Islam Thailand, Nik Mohd Nasir Nik Abdullah dan Abd Asis Tade-In ialah di masjid tempat berlakunya pengeboman.

Seramai 96 telah terkorban dalam kejadian 28 April dan 12 keluarga dilaporkan hilang.

“Berbeza dengan kejadian di Tak Bai kerana enam orang terkorban akibat daripada mati lemas kerana dihimpit oleh tubuh-tubuh manusia lain berjam-jam semasa dibawa ke kem tahanan,” terang Abd. Asis.

Menyorot kembali peristiwa hitam tersebut. Serangan bermula sewal Subuh ketika beberapa jemaah berada di dalam masjid menunaikan tuntutan Allah manakala yang penduduk yang lainnya bersiap-sedia keluar dari rumah untuk mencari nafkah.

Mereka yang berjalan kaki diserang dari arah bertentangan yang memulakan tembakan. Akibat kalut dengan tindakan tersebut, mereka berpatah-balik dan cuba mendapat perlindungan dengan memasuki kawasan masjid.

Dalam beberapa jam, terdapat 43 rakyat marhaen berada dari pelbagai arah sudah berada di dalam masjid.

Pihak tentera tanpa henti-henti membuat tembakan dari arah luar.

Dalam waktu tengahari, satu bom dilepaskan dari arah atas dan mengena terus kepada masjid.

43 orang yang berada dalam masjid itu diisytiharkan mati syahid.

PS: kalau diberi peluang, aku juga mahu tersenarai dalam nama syahid.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com