Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, July 02, 2006

Hari Pooh-rific



Saya telah meluangkan masa untuk menerima jemputan TIGA Events menyaksikan pementasan Disney Live! Yang membawakan Winnie the Pooh 1 Julai semalam.

Sungguhpun mendapat layanan karpet merah, saya merasakan sungguh kecewa melihat kehadiran. Tidak sampai suku daripada isi stadium dipenuhi. Fikir saya, TIGA Events tentu rugi besar. Jelas, menurut sumber yang diperolehi, program tersebut telah membawa kerugian melebihi RM1juta. Lantas saya mula membuat andaian bahawa tiket jualannya terlalu mahal.

Saya tidak salahkan pementasan yang tidak bertenaga dalam Winnie the Pooh kerana watak yang berusia lebih 80 tahun itu dicipta sedemikian rupa dan tidak berubah dan rasanya tidak akan diubah.

Bukan seperti pementasan sejarah lagenda Puteri Gunung Ledang yang diubah jalan sejarahnya hanya untuk memberi kepuasan kepada segelintir pihak.

Faktor kedua pada firasat saya ialah kuasa pembeli yang berada di tangan ibu bapa. Pada ibu bapa, watak Winnie tidak sehebat Mickey Mouse mahupun Goofy.

Saya juga hadir dalam persembahan Disney on Ice baru-baru ini di Stadium Tertutup Bukit Jalil dan kehadirannya luar biasa.

Ya, saya juga beranai mengaku bahawa sekiranya tidak dijanjikan layanan karpet merah, saya mungkin tidak akan datang ke pementasan tersebut dan meluangkan har Sabtu untuk menyiapkan ‘buku’ saya.

Kereta saya mendapat pelekat VIP yang terus dapat diletak di hadapan pintu masuk.

Kehadiran kami diiring pegawai untuk ke kerusi khas.

Di akhir pementasan, kami dibawa ke belakang pentas untuk sessi khas bersama Winnie dan Tigger.

Hari jadi Winnie

Pementasan Disney Live! Menceritakan persiapan rakan-rakan Winnie; Tigger, Piglet, Rabbit, Kanga dan anaknya Rhu, Eeyore dan Owl untuk memberi satu kejutan kepada Winnie yang meneyambut hari jadinya.

Persiapan tersebut mendapat gangguan atas sikap Tigger yang tidak berhati-hati (sebut clumsy).

Disney Live! Winnie the Pooh diterbitkan oleh Kenneth Feldd dan diarahkan oleh BT McNicholl.

Ia berada di Kuala Lumpur dri 29 Jun hingga 2 Julai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com