Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, June 20, 2006

Blog Baik Lawan Blog Jahat 2

Berikut hasil tulisan yang saya dapat dari satu blog 'setahun jagung' yang teruja dengan evolusi blog melalui jimadieshah.blogspot.com

Tak perlulah diberi publisiti banyak sampai bahagian kedua. Banyak lagi blog-blog menarik yang mungkin perlukan publisiti sedemikian. Bukan yang ini.

Kejian yang dilontar terhadap blog ini bagi sesetengah pihak seolah-olah bahan ketawa. Bagi diriku, aku akan terus blog selagi mampu.

PS: Tun Mahathir and other selected bloggers; see you tomorrow.



"Blog komunis pun tak macam tu," kata Khalid semalam di Jalan Telawi.

Faisal Mustaffa mula blogging tiga tahun lalu. Sejak dia berkhidmat dengan akhbar tak ada permit Suara Keadilan, hingga dia berhenti. Sejak aku menulis tentang siri pertama entri semacam ini, aku fikir barangkali kelakuan sebegini tidak diterima kaum Internet. Kerana itu aku sengaja selang beberapa hari untuk itu.

Semalam Faisal angkat entri dari Yang Separuh Israiliyat ke dalam blognya untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar terbuka menerima kritikan. Aku tinggalkan nota dalam ruangan nota,
Dah sah jahat. Lain kali letakkan kredit. Bahawa entri ini diangkat dari blog aku. Tak cukup setakat letak link. Nanti orang kata aku tulis surat layang.

Confirm jahat. (:

Andai saja aku tidak kenal penulis ini. Blog usang ini dipenuhi keghairahan dan slogan-slogan yang berkarat. Boleh membius orang yang fikiran tidak matang atau yang bawah pengaruh alkohol ideologi. Adakah ini sebuah blog mendepani hati nurani pekerja? Adakah cukup dengan slogan, "Bangkitlah Kaum Buruh & Petani Menentang Kapitalisme & Imperialisme!"

Jangan baca blog ini. Berdosa.

* * *

Andaikan aku tidak kenal Faisal Mustaffa? Tidak boleh sebab ini adalah blog. Blog ialah catatan harian di Internet yang bersifat peribadi.Ini adalah b-l-o-g. Ini bukan Suara Keadilan atau Malaysia Today atau mana-mana surat khabar. Adakah Faisal Mustaffa faham?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com