Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, May 28, 2006
My Team: Percayalah Kepada Kemungkinan
Idea untuk mencabar Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia melalui pasukan ‘mi segera’, My Team adalah melalui Penerbit Eksekutifnya, Khairy Jamaluddin.
Khairy, melalui pengaruhnya telah menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia bagi mencari bakat-bakat baru bagi menentang pasukan kebangsaan. Dan pasukan ‘segera’ ini hanya dilatih selama enam minggu.
Idea MyTeam ini sudah tentu mempunyai persamaan dengan Khairy. Kedua-duanya lahir dengan segera, dan sungguh berpengaruh. Di mana-mana, peminat sukan mula berbincang mengenai pasukan ini – dengan tayangannya setiap minggu memaparkan segala kemewahan, wang masuk melalui penajaan dan sebagainya.
Menurut Kadir Jasin dalam salah satu artikelnya menyebut bahawa selepas Mawi dan Siti Nurhaliza, MyTeam mendapat kepopulatian tempat ketiga dalam Negara.
Khairy dan pengaruh
Bagaimana program TV realiti ini berupaya mendapat tajaan beribu ringgit? Siapakah Khairy selain daripada menantu kepada Perdana Menteri?
Melalui penelitian, kepopularitian Khairy tidak lebih seperti Azalina Othman Said (Dato’ Menteri Belia dan Sukan) sebagai pengacara program TV.
Adakah jawatannya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno memberi pengaruhnya yang cukup kuat sehingga mampu menubuhkan pasukan yang sedia mencabar Pasukan Negara?
Program tersebut sungguh mewah sehingga mampu menjemput artis-artis terkemuka, termasuk Mawi untuk menghiburkan Karnival MyTeam di beberapa lokasi sessi pemilihan. Dalam salah satu siri yang ditayangkan, pihak penganjur MyTeam juga mampu menempah satu helikopter untuk mengeringkan padang yang basah supaya MyTeam dapat berlatih dan beraksi di padang.
Sudah tentu, jawatannya sebagai Pengarah kepada ECMLibra (salah satu syarikat perkhidmatan kewangan yang besar) tidak memungkinkan beliau menjelajah ke seluruh negeri bagi mencungkil bakat pemain bolasepak muda.
Sebelum ini, Khairy juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Polisi dan Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Tidak mungkin pengalaman di situ mampu menggerakkan satu pasukan elit!
Pengaruh besar kuat tidak memerlukan kekuatan sayap Pemuda Umno. Tidak perlu mendapat kelulusan exco Pemuda dan kelulusan Ketuanya, Dato Seri Hishamuddin Hussein.
Jadi, hanya peranannya sebagai menantu Perdana Menteri sahaja memungkinkan beliau melakukan semua ini.
Persamaan di antara Khairy & MyTeam
Terdapat beberapa persamaan di antara kedua-dua aspek ini; Khairy Jamaluddin dan program MyTeam. Pendekatan yang diambil dalam program ini menunjukkan sikap ‘determined’ kedua-duanya yang ditanam untuk berjaya dalam masa yang singkat.
Khairy tidak perlu kekutan Pemuda Umno sungguhpun jawatannya memungkinkan beliau berbuat demikian. Hanya Khairy dan Khairy sahaja. Beliau juga mampu mengedarkan borang keahlian Umno kepada setiap peserta yang ingin menyertai program ini, tidak perlu kain rentang berlogokan keris.
Kedua-duanya juga tidak ada profesionalisme dalam menempah nama. Mereka tidak perlu pengalaman puluhan tahun untuk berpengaruh, bagi MyTeam, mereka hanya perlukan enam minggu untuk menapak dalam dunia glamour.
Kedua-duanya mahu membawa perubahan; Khairy dalam kerjaya politiknya dan MyTeam dalam industri bola sepak yang semakin merudum.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Pada peringkat awalnya, FAM enggan menerima cabaran yang ditawarkan oleh Khairy melalui MyTeam nya. Kesannya amat besar, tidak kira menang atau pun tewas.
Tetapi, Timbalan FAM yang memberi kelulusan. Sudah tentu kelulusan tersebut diberikan atas pengaruh kuat yang ada pada menantu Perdana Menteri itu.
Buat apa satu pasukan negara mahu menerima cabaran sebuah pasukan setahun jagung itu? Risikonya amat besar.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Ibrahim Saad membuat kenyataan mengutuk kumpulan MyTeam sebagai sebuah pasukan ‘mi segera’ dan tidak layak untuk menandingi pasukan Negara, apatah lagi memberi cabaran kepada pasukan yang mewakili Negara ini.
Dalam wawancara yang dipaparkan oeh media, beliau seolah-olah mengugut peminat bolasepak Negara untuk tidak menyokong MyTeam malah sepatutnya menyokong pasukan Negara sebagai tandai patriotisme.
Patutkah beliau sebagai seorang figure politik dan penyandang jawatan penting dalam FAM menyatakan kenyataan sedemikian. Benarkah sekiranya peminat bolasepak Negara tidak menyokong Malaysia menandakan mereka ini tidak patriotik? Apakah FAM telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membanggakan peminat-peminat bolasepak Negara?
Bagaimana pula dengan amalan rasuah yang melanda teruk dalam industri tersebut sehingga menjahanamkan sukan tersebut?
Sekiranya MyTeam menang, satu tamparan hebat kepada pasukan Malaysia sehingga boleh dicadangkan kepada FAM untuk gugurkan sahaja semua ahli-ahli pasukan dan digantikan dengan MyTeam.
Sekiranya seri, ada beberapa andaian boleh diberikan; sama ada MyTeam bleh diberikan peruntukan untuk latihan seterusnya atau pasukan negara langsung tidak memberi ancaman kepada myTeam. Ini adalah kerana sekiranya diberi tempoh lebih panjang, sudah tentu perlawanan itu akan jadi 'kacang putih'.
Sekiranya kalah, peralawanan itu nanti akan memberi sedikit AMARAN kepada pasukan Malaysia, termasuk jawatankuasa-jawatankuasa yang mendapat ribuan ringgit melalui kutipan tiket yang tidak mencapai tahap minimum pencapaian satu pasukan bertaraf professional.
Sama-samalah kita menyaksikan perlawanan ini dan peralawanan ini akan menentukan masa hadapan Khairy dalam kerjaya politiknya, usahanya dan masa depan industri bolasepak Negara.
Menang, Seri atau Kalah?
Dalam beberapa jam lagi, perlawanan akan dimulakan di antara MyTeam dan pasukan Negara. APa yang kita perlu lakukan sebagai pengkritik dan pencinta kepada industri yang sudah korup ini ialah untuk melihat sama ada pasukan negara sengaja untuk tewas atau memang tidak mampu untuk menandingi pasukan segera ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home