Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, May 14, 2006

Dominique buat serang balas Lily Yong



KUCHING 15 Mei: Calon keADILan, Dominique Ng Kim Ho tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit seperti calon lawannya dari Barisan Nasional (BN), Lily Yong yang mengatakan bahawa beliau tidak boleh menandingi calon wanita berkenaan kerana ‘melompat’ dari parti lain dan kini bertanding di bawah tiket keADILan.

Dominique yang sewaktu Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2001 bertanding di bawah tiket Parti Demokratik Rakyat (DAP) berkata tindakan beliau untuk berdiri di belakang keADILan bukanlah satu isu tetapi apa yang lebih penting ialah prinsip beliau yang lebih penting iaitu mahu membela nasib rakyat.

“Bagi kami, parti politik hanyalah satu lapangan dalam berjuang dalam platform politik,” ujarnya ketika mengadakan sidang media di Satok.

Menurut salah seorang pemerhati politik di Sarawak, sekiranya Dominique tidak di’pinang’ keADILan, beliau berhasrat untuk menyertai pilihanraya pada thun ini sebagai calon bebas.

Dominique mengakui serangan Setiausaha Parlimen Kementerian Industri Pertanian dan juga Ahli Parlimen Batang Lupar, Puan Rohani bahawa beliau tidak ada tandingan dengan Lily Yong kerana beliau bukanlah seperti Lily yang mengaku seorang pejuang tetapi sebaliknya seperti seorang ibu di Dewan Undangan Negeri.

Menurut Dominique yang kini dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan juga memberitahu para wartawan bahawa beliau tidak mampu menjadi seperti Lily yang melakukan perkara untuk memuaskan hati Ketua Menteri dan ahli-ahli politik PBB yang korup.

Beliau juga bernekad untuk menyatakan kebenaran, sungguhpun gagal dalam pilihanraya yang akan ditentukan pada 20 Mei akan datang ketika pengundi-pengundi Pandungan N9 membuang undi mereka.

Beliau juga akan meneruskan perjuangan membela rakyat Sarawak tidak mengira bangsa, agama, samada kaya mahupun yang miskin.

Mewakili suara hati Sarawak

Dominique yang mempunyai firma peguamnya sendiri berkata, sekiranya seorang ahli parlimen atau ADUN gagal untuk menyatakan pemasalahan rakyat, maka seorang wakil rakyat itu tidak layak untuk dipilih dalam pilihanraya.

“Kita tidak akan rugi apa-apa pun kalau kita tidak ada Lily Yong,” lata Dominique lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com