Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, May 03, 2006

Filem A Clean Well-lighted Place: Kesepian, salah satu ketakutan manusia



Manusia takut kepada keseorangan. Ketakutannya kemuncak terutama sekali apabila kehilangan seseorang yang sudah berada bersama kita bertahun-tahun dan kemudiannya dipisahkan oleh keadaan.

Kisah cerita pendek karya N A Halim Nik Hassan dan Sheridan Mahavera ini menyatakan dengan sinis kisah seorang warga emas bisu yang tidak dapat menyatakan perasaan kesepiannya apabila isterinya pergi buat selama-lamanya sehingga membuat keputusan untuk menggantungkan dirinya.

Mujur anak saudaranya yang membelanya dapat menyelamatkannya.

Jadi, cara si tua yang punyai harta bergunung itu melepaskan kesepian yang mengelumuni perasaannya ialah dengan mendapatkan alkohol dan berlepak di sebuah kafeteria yang sederhana di pekannya.

Cerita yang diadaptasikan dari Ernest Hemingway juga menegaskan bukan hanya seseorang tertentu sahaja yang mengalamai ketakutan tersebut tetapi ia berada pada setiap seorang daripada kita.

Ia diceritakan oleh pekerja-pekerja kafe yang sering memerhatikan gelagat orang tua itu masing-masing memberi pendapat mengenai sikap pelanggan setia orang bisu itu tetapi sebenarnya mereka mengisahkan kisah-kisah yang bakal dialami oleh mereka pada satu masa yang akan ditetapkan Tuhan.

Salah seorang pekerja merasakan jijik terhadap sikap orang tua itu yang minum sehingga mabuk dan cuba menghalau orang tua itu keluar dari kafe tetapi tidak dapat membohongi perlakuannya apabila tergesa-gesa untuk pulang ke rumah menemui isterinya.

Mungkin pekerja itu takut untuk menghadapi realiti yang akan menemuinya.

Malah, melalui pertuturannya juga menunjukkan sikap kalut. Beriya-iya dia mahu menutup kafe tersebut dan tidak mahu melihat keadaan orang tua yang duduk berseorangan dan melayan brandynya.

Bagi seorang pelayan lain, beliau dapat merasakan kesepian yang dilalui oleh pelanggan tersebut dan tidak menafikan masa tuanya juga tidak akan banyak berbeza dengan nasib pelanggan tersebut.

Bagi Halim, kisah-kisah Hemingway seperti "Hills Like White Elephants" berbentuk tekstual dan sukar untuk difahami oleh orang ramai.

Filem pendek ini dilakonkan oleh N.A. Halim sendiri sebagai pelayan 1, Sheridan Mevira (pelayan 2), Saiful Razman (pelayan bar) dan Nam Ron (orang tua).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com