Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, April 28, 2006

MGG Pillai dalam kenangan - Salut untukmu

MGG Pillai adalah satu nama yang menjadi idola saya sewaktu mula berjinak-jinak dalam arena penulisan.

Bagi mendapat rasional mengenai satu-satu isu, laman MGG Pillai lah menjadi salah satu sumber rujukan saya.

Malah, ada akhbar-akhbar yang kekurangan bahan untuk penulisan mereka akan menterjemahkan penulisan beliau - dan MGG Pillai tidak pernah menuntut sebarang bayaran.

Beliau dihentam, diheret ke mahkamah dan dikeji terutama sekali dari pihak Umno tetapi beliau tetap dengan semangatnya.

Saya menganggap pemergian MGG Pillai pada 28 April sebagai satu kehilangan yang amat besar dalam perjuangan reformasi di negara ini.

Pillai, 67, dalam penulisannya banyak membuahkan pendapat-pendapat bernas dan kritikan tajam terhadap puak pemerintah yang menganggap mereka berkuasa.

Beliau percaya kepada keadilan yang akan datang; hanya masa dan ketikanya sahaja tidak mendapat kepastian.

Pillai telah lihat akan manfaat yang dapat digunakan melalui penguasaan Teknologi Maklumat. Melalui e-group SangKancil, beliau mampu menarik pebagai kaum terutama dari golongan cerdik pandai untuk berforum dengannya, secara maya.

Saya bersama Angkatan Muda Malaysia inging merangkapkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga MGG Pillai yang banyak bersabar dengan perjuangan yang dipilih oleh mendiang sewaktu hidupnya.

Semoga bakti yang dicurahkan sepanjang hidupnya dijadikan pedoman dan semangat dalam menghidupkan api reformasi.

Sesungguhnya, pemergiannya adalahs atu kehilangan kepada dunia kewartawanan di negara ini.

2 Comments:

At 10:24 pm, Blogger Memorable Love said...

MGG Pilai sebenarnya ialah Abang Cikgu Matematik saya. Semasa di kelas tambahan , adiknya pernah menceritakan banyak tentang abangnya. Sayangnya apabila mengetahui berita ini saya terus menghantar sms kepeada adiknya untuk ucapan takziah. Lebih malang lagi isteri adiknya menelefon dan mengatakan adiknya iaitu cikgu saya yang dihormati turut meninggal dan lebih awal daripada mgg pillai beberapa hari. Sayang!!!!!!! Oh , tuhan! Rahmatilah dan lindungilah mereka. Ampunilah dosa-dosa mereka.!!!!! Salam bahagia di alam akhirat!!!

 
At 10:57 am, Anonymous Anonymous said...

Acai,

Sangat touching bila aku membaca tulisan kau ini mengenai MGG Pillai.
Kau tahu tak yang Pramoedya juga telah meninggal dunia...

Sayang, dua tokoh dari Malaysia dan Indonesia telah kembali ke sisi Allah.

Faisal, tolong linkkan blog aku http://blackinkorea.blogspot.com dan http://kugiranjalanan-black.blogspot.com

Terima Kasih.

Black.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com