Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, August 29, 2008

SeeYou at Arts For Grabs This Weekend


Sat 30 & Sun 31 Aug 2008, 12pm to 8pm

Presented by Central Market and The Annexe Gallery

Admission Free

You can't get cooler t-shirts, artworks & knick-knacks at cooler prices! Forty arty stalls including regulars like Munkao, Shahril Nizam, Saharil, Jacqueline Ann Surin, Danny Lim, Lisa Foo, Gerai Orang Asli, some young NGOs and many more. Let's see what Cenderahati Merdeka they've come up with for the masses! All items for sale are under RM100 each!

Labels: ,

 

 

Lihat Betapa tidak Efisiennya Parlimen Malaysia

Keratan-keratan di atas ialah keratan akhbar pada 28 Ogos lalu di muka hadapan akhbar cina yang melaporkan majlis mengangkat sumpah Ketua Pembangkang baru, Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan persiapan parlimen menghadapinya.


Keratan akhbar muka hadapan China Press 28 Ogos 2008 menunjukkan seorang kakitangan meletakkan tanda nama ahli parlimen baru

Keratan akhbar muka hadapan Oriental Daily News 28 Ogos 2008 menunjukkan kakitangan pejabat perundangan, Sujairi meletakkan tanda nama ahli parlimen baru

Keratan akhbar muka hadapan Sin Chew Daily 28 Ogos 2008 menunjukkan setiausaha parlimen, Rosmee Hamzah meletakkan tanda nama ahli parlimen baru


Baru aku sedar mengapakah parlimen membelanjakan berjuta ringgit dalam pentadbiran dan pengurusannya. Bagi tugas untuk meletakkan tanda nama bagi seorang ahli parlimen yang baru memerlukan tiga orang untuk melaksanakannya.



Menurut Wikipedia,

"Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.

Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara."

Daripada 17 tingkat itu, tingkat 2 untuk Perdana Menteri sahaja, tingkat 3 menempatkan Timbalan Perdana Menteri sahaja, separuh daripada tingkat untuk DAP, separuh untuk PAS separuh untuk pejabat Ketua Pembangkang. Tiada untuk keADILan. Yang lainnya ialah pejabat pentadbiran parlimen. Sungguhpun demikian, mereka masih memerlukan tiga orang untuk meletakkan sekeping kad untuk seorang ahli parlimen. Bayangkan Parlimen Malaysia mempunyai 222 orang ahli parlimen. Cuba bayangkan berapa lamakah mereka perlukan masa hanya untuk meletakkan tanda nama untuk di dalam Dewan Rakyat? Bagaimana pula sekiranya kita mengira jumlah ahli di Dewan Negara?

Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta.

Labels: ,

 

 

Thursday, August 28, 2008

Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Hari Ini



Seperti yang ditunggu-tunggu dan menjadi harapan rakyat Malaysia, Ketua Umum keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen dan mengikut perancangannya, beliau optimis mengenai peralihan kuasa bermula 16 September ini.

Lobi Parlimen hari ini sesak dengan orang ramai dan para wartawan yang menyaksikan dari lobi Parlimen.

Sekiranya diperhatikan, pada waktu Speaker memasuki dewan, dapat diperhatikan kerusi Perdana Menteri dan Timbalan Menteri kosong.

Siaran langsung RTM yang menjadi lazim menyiarkan sidang parlimen selama satu setengah jam bermula jam 10 pagi bermula lewat hanya selepas Anwar mengangkat sumpah. Mungkin Ahli Parlimen boleh mengutarakan perkara ini dalam sessi soalan lisan akan datang.

Aku musykil apabila Anwar hadir ke Parlimen bagi tadi apabila beliau hadir dengan lima kereta di hadapan dan dua kereta di belakang. Lagaknya seperti Ketua Negara. Persoalannya, adakah perlu beliau datang dengan kawalan sebegitu?

Mahathir Boleh Mula Kemas Barang

Apa yang menarik ialah kenyataan dalam blog bekas Perdana Menteri, Tun mengatakan bahawa beliau akan berpindah menjadi warga asing sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.

Aku mencadangkan Mahathir untuk mula mengemaskan barang-barangnya untuk berpindah. Aku juga mencadangkan agar beliau memilih Zimbabwe sebagai negara migrasi beliau kerana Perdana Menteri negara itu cukup rapat dan sinonim atas faktor sejarah mereka.

Lagipun, Presiden Zimbabwe, Mugabe pada satu masa dahulu pernah mendapatkan kayu balak dari Malaysia bagi membina istananya.

Namun, aku juga melihat bahawa Zimbabwe di bawah Mugabe sekarang tidak akan lama. Sekiranya beliau diusir dari negara sendiri, Mahathir boleh bersama-samanya berpindah ke Libya.

Mengapa Libya? Libya pada satu masa dahulu pernah menganugerahkan angerah hak asasi manusia kepada Mahathir selepas banyak kezaliman dibuktikan berlaku di era beliau selama 22 tahun di tampuk kuasa.

Labels: , , , ,

 

 

Punggok Rindukan Bulan: Paparan Hidup Urban Kelas Bawahan



Synopsis: A film about a boy, barely in secondary school, Sidi and his father Adman, who both unknowingly cope with the sudden absence of a key female figure in their life. Set in the border town of Johor Bahru, Malaysia. The literal meaning of the title is a Malay saying "like the owl misses the moon" a reflection of unrequited (and unconsummated) longing.





Sinopsis:
Tentang Sidi (Saeful Nazhif Satria) yang meningkat remaja dan bapanya Adman (Sharonizam Noor) yang tinggal di sebuah flet kos rendah di Johor Bahru yang dihuni karakter-karakter unik. Suatu hari, suri mereka (Maya Karin) pergi tanpa meninggalkan pesan. Awalnya Sidi terbuai dengan kebebasan automatik yang timbul sesuai dengan gejolak remajanya dan mula bersekolah sendirian. Manakala memancing dan menikmati lagu dan filem Melayu lama, barangkali bagaimana Adman memenuhi ruang kosong raga dan jiwa. Lama kelamaan ruang-ruang sempit di flet itu menjadi terlalu luas dan akhirnya bisa merenggangkan mereka berdua.
Banyak bicara yang tak terungkap antara mereka semua, mungkin kerana rindu yang terlalu membungkam

Writer/ Editor/ Director bio/filmography:


AZHARR RUDIN (born in Johor Bahru, Johor, Malaysia) is a person based in Kuala Lumpur. He has had stints as pizza maker, web designer, contributing photographer/writer for a Malaysian music magazine, before venturing into filmmaking. He was editor for the documentaries THE YEAR OF LIVING VICARIOUSLY (2005) and LELAKI KOMUNIS TERAKHIR (THE LAST COMMUNIST). His MAJIDEE (2005) won awards at film festivals in *Hawaii, **Tokyo and ***Singapore. It has also screened in other festivals including Rotterdam, Sydney and Clermont-Ferrand. His compilation of shorts called THE AMBER SEXALOGY debuted at the 2006 Singapore International Film Festival. He served as a NETPAC juror in Jogja-NETPAC Asian Film Festival (2007). PUNGGOK RINDUKAN BULAN (THIS LONGING) is his first feature film.

Labels: ,

 

 

Wednesday, August 27, 2008

Filem KAMI: Cerita Budak Indie



PETALING JAYA, 26hb Ogos, 2008: Populariti siri TV, “KAMI” masih terasa hangatnya apabila perjalanan ceritanya dilanjutkan dan diangkat ke layar perak menerusi filem “KAMI” yang akan menemui penonton Aidilfitri ini.

Filem “KAMI”, sebuah persembahan Grand Brilliance dan terbitan syarikat Red Films, menyusuri perjalanan hidup lima remaja hasil garapan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, dua sutradara yang pertama kali bergabung idea dan menghasilkan karya yang pastinya menepati citarasa penonton masa kini.

Dalam mensasarkan golongan remaja, minat terhadap filem ini dihebatkan lagi dengan kehadiran band-band indie serta gig yang menjadi latar penceritaan kepada perjalanan lima sahabat itu yang bakal menamatkan persekolahan mereka. Pendekatan seumpama ini memang menjadi daya tarikan Red Films, yang giat dengan usaha menerbitkan karya baru untuk penontonnya. Sutradara dan jalan cerita yang bukan lazim bagi karya mainstream ini pula sejajar dengan usaha Grand Brilliance untuk memartabatkan industri perfileman tanahair.

Penerbitan filem seperti ”KAMI” ini, mewujudkan landasan buat sutradara aliran baru yang diharap menyuntik pembaharuan serta kelainan untuk menarik serta meningkatkan minat penonton kepada karya anak tempatan.

Pengurus Besar Grand Brilliance, Ahmad Puad Onah berkata, pihaknya menyedari bahawa populariti siri TVnya adalah antara kelebihan buat “KAMI”. “KAMI”, pada asasnya sudahpun mempunyai fan base yang agak kukuh. “KAMI” ada peminatnya, namun ia masih menjadi cabaran kerana penonton, terutama peminatnya menaruh harapan tinggi - apakah versi filem mampu memberi kepuasan?

“Harapan ini disandarkan di bahu dua sutradara muda Effendee Mazlan dan Fariza Azlina,” katanya ketika berucap di majlis pra-tonton “KAMI” di sini semalam yang dihadiri lebih 300 tetamu, termasuk pelakon utama dan wakil media tempatan.


Penerbit Eksekutif Red Films dan “KAMI”, Cik Lina Tan berkata, “KAMI” adalah sebuah filem yang memaparkan kehidupan, persahabatan dan cabaran segolongan remaja masakini, Kami yakin penonton dapat mendekati dengan cerita dan watak – watak yang ditonjolkan serta dihiburkan dengan muzik daripada band-band Indie Malaysia seperti Meet Uncle Hussain, Laila’s Lounge, Hujan dan sebagainya”.



Filem “KAMI” mengekalkan Liyana Jasmay sebagai Lynn, Syarul Ezani (Ali), Nas-T (Abu), Juliana Evans (Sofie) dan Zayanah Ibrahim (Adii) juga Zahiril Adzim sebagai (Boy). Ia meneruskan kisah lima sahabat ini yang bakal meninggalkan zaman sekolah.

Lynn, tanpa diketahui rakan-rakannya telah berpindah dari kampung bersama ibunya untuk membina hidup baru setelah Lynn didapati bekerja untuk Boy, seorang pengedar dadah.

Lebih mengeruhkan keadaan, Lynn yang menulis majalah terbitannya sendiri iaitu KAMI dibawah nama samaran Teka Teki telah menyumbangkan ulasan yang mengkritik pedas band Ali di dalam sebuah majalah muzik tempatan. Dalam kesukaran menyembunyikan rahsianya, Lynn mendapati semua rakannya juga mempunyai rahsia masing-masing.

”KAMI” bermula dengan Abu melarikan diri dari rumah akhlak untuk bersama Ali meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, kegembiraan mereka tidak kekal apabila kehidupan lampau Lynn kembali menghantui dan mencetus konflik lalu memaksa setiap daripada mereka untuk berhadapan dengan pergolakan hidup masing-masing dan membuat keputusan yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.

Ahmad Puad dalam ucapannya berkata, ”KAMI” dibikin pada bajet kurang RM1 juta, ”KAMI” juga membuktikan hal berkaitan bajet bukan penghalang dalam menghasilkan karya yang bermutu. “Biarpun bukan dengan bajet biasa bagi filem-filem mainstream, ”KAMI” langsung tidak berkompromi dengan mutu.”

“Saya kira, tidak keterlaluan untuk mengatakan filem ini ada rencahnya untuk menjadi sebuah karya yang bukan saja menarik dari segi jalan ceritanya, malah mampu menarik minat penonton sekaligus memberi pulangan, tambahan ditayang pada musim cuti Lebaran,” jelasnya.

Bagi memperhebat promosi ”KAMI”, siri jelajah negara menerusi persembahan band-band indie di gig anjuran Hotlink telah diadakan. Band, antaranya Meet Uncle Hussain, Laila’s Lounge, Bittersweet, OAG dan Couple bergabung bagi memeriahkan siri jelajah itu yang diadakan beberapa bulan sebelum penayangannya.

Filem ”KAMI” mula ditayangkan diseluruh pawagam mulai Hari Raya Pertama ini.

Labels: , , , ,

 

 

Tuesday, August 26, 2008

Senarai Pemilih P44 Meragukan!

Labels: , , ,

 

 

Diskusi & Dialog: Gerakan Buruh Indonesia Masakini

Strategic Information and Research Development Centre

Diskusi & Dialog: Gerakan Buruh Indonesia Masakini

Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) dengan sukacitanya ingin menjemput anda hadir ke diskusi 'Gerakan Buruh Indonesia Masakini' bersama-sama dengan rakan aktivis buruh dari Indonesia.

Tarikh : 27hb Ogos 2008, Rabu

Masa : 7.30 malam

Tempat : Pejabat SIRD. 11, Lorong 11/4E 46200 Petaling Jaya Selangor

Ahli panel :

1) Irwansyah, Sekretaris Jenderal Perhimpunan Rakyat Pekerja

2) Khamid Istakhori, Sekretaris Jenderal Kongres Aliansi Serikat Buruh Indonesia

3) Anwar 'Sastro' Ma'ruf, Koordinator Nasional Aliansi Buruh Menggugat (ABM) & Front Pembebasan Nasional (FPN)

Semua dijemput hadir dan masuk percuma. Jamuan dengan menu nasi lemak istimewa akan dihidangkan.


Sebarang pertanyaan sila hubungi Zul atau Pak Chong di talian 03-7957 8342/8343 atau 013-389 3804. Sekian terima kasih.

 

 

Monday, August 25, 2008

Arif Shah breaks law by employing "intelligent agents"

Press Release

The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) demands the police to immediately initiate investigation against the Barisan Nasioanl candidate in Permatang Pauh by-election, Arif Shah Omar Shah for breaking the Election Offences Act 1954 of making illegal employment by paying "intelligent fees" to voters. If convicted, Arif Shah shall be fined RM 5000 and disqualified from voting and being elected.

As reported by the Chinese language daily Sin Chew Jit Poh in its frontpage headline on August 22 2008, "Arif Shah: employ locals as campaign workers; BN PAYS "INTELLIGENT FESS" NOT BUYING VOTES", Arif Shah Omar Shah has openly admitted that the Barisan Nasional has been giving away RM 100 to RM 500 for "a great number" of locals to function as "campaign workers" and "covert intelligent agents" but denied that this was not vote-buying.

BERSIH slams the BN candidate for lying as Section 21 of the Election Offences Act 1954 ("Certain Employment to be Illegal") categorically prohibits employment of anyone "for the purpose of promoting or procuring the election of a candidate at any election" except one election agent, one polling agent per polling station and "a reasonable number of clerks and messengers having regard to the area of the constituency" and "the number of electors on the register or list of electors for such constituency".

Given his own admission of the illegal practice, the police must immediately investigate the illegal employment. If convicted, under Section 27 of the same Act, Arif Shah will be fine RM 5000 and "become incapable of being registered or listed as an elector or of voting at any election under this Act or of being elected at any election, and if at that date he has been elected at any election, his seat shall be vacated from the date of such conviction". As the candidate's qualification is now in question, the police must act swiftly to enable the voters of Permatang Pauh to form their informed decision.

BERSIH also calls upon the Anti-Corruption Agency to investigate if such illegal employments, which may incur great expense, is funded by any illegal means.



BERSIH: Arif Shah Langgar Undang-undang Ambil “Agen Risikan” Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mendesak pihak polis dengan serta-merta mengusahakan siasatan terhadap calon Barisan Nasional di pilihanraya kecil Permatang Pauh, Arif Shah Omar Shah kerana melanggar Akta Kesalahan Undang-undang 1954 kerana mengambil pekerja haram dengan mengupah “bayaran pakar” kepada para pengundi.

Sekiranya didapati bersalah, Arif Shah boleh dikenakan denda RM5000 dan ditolak keyakan daripada mengundi dan dipilih.
Seperti yang dilaporkan di tajuk utama muka hadapan akhbar berbahasa cina Sin Chew Jit Poh bertarikh 22 Ogos 2008 yang diterjemahkan sebagai “ Arif Shah: mengambil pekerja kempen: BN BAYAR “UPAH PAKAR” BUKAN BELI UNDI”, Arif Shah secara terbuka mengakui Barisan Nasional telah membayar RM100 hingga RM500 untuk sejumlah pekerja yang ramai berfungsi sebagai “pekerja-pekerja kempen” dan “menyelindung agen risikan” tetapi menafikan ia bukanlah tindakan untuk membeli undi.

BERSIH mengecam calon BN kerana memutarbelitkan Seksyen 21 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (“Pengambilan Pekerja Haram”) secara kategori menghalang pengambilan mana-mana “bertujuan untuk memperkembangkan calon pilihanraya” kecuali seorang agen pilihanraya, seorang agen pengundian setiap pusat pengundian dan “beberapa orang kerani dan kerani perutusan di dalam kawasan pilihanraya” dan beberapa pengundi yang disenaraikan di dalam senarai pemilih di kawasan pilihanraya tersebut”.

Berdasarkan kepada tindakan beliau yang menyalahi undang-undang, pihak polis mestilah serta-merta menyiasat pengambil pekerja secara haram ini sekiranya bersalah di bawah Seksyen 27 akta yang sama, Arif Shah akan dikenakan undi RM5000 dan “ menjadi tidak berkeupayaan dipilih dalam mana-mana pilihanraya, dan sekiranya beliau telah dipilih dalam mana-mana pilihanraya, kerusinya perlulah dikosongkan berkuatkuasa dari tarikh jatuh hukuman”.

Memandangkan kelayakan calon kini dipersoalkan, pihak polis mestilah bertindak pantas bagi membenarkan pengundi-pengundi di Permatang Pauh bagi membuat keputusan.


BERSIH juga mendesak agar Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat pengambilan pekerja yang mungkin melibatkan perbelanjaan yang tinggi, dan dibiayai oleh cara-cara haram.

Labels: ,

 

 

Sunday, August 24, 2008

Permatang Pauh By-election: Police Acted Bias

Halim Berbar sat far left during the press conference


On the 21st August 2008, after I organized a press conference on the issue of postal votes by BERSIH which were attended by Sivarasa Rasiah [PKR-Subang], Teresa Kok [DAP-Seputeh] and Salahuddin Ayub [PAS-Kubang Kerian], I stayed to listen the next press conference on the issue of response to the incident of Mohamad Sairien Mohamad Nafiz from New Straits Times Press (NSTP) and French national Halim Berbar from the HBL Press Agency. Police identified supporters of the People's Justice Party (keADILan) during the nomination for the by-election in Permatang Pauh on 16 August to responsible on the assault.

BERSIH's press conference


I feel police have acted bias in conducting the investigation and arresting a few keADILan grassroot leaders who were alleged harmed the said photographers.

According to The Centre for Independent Journalism (CIJ), the organization highlighted that police have acted swiftly in identifying and arresting the suspects, but they wish to highlight the fact that assault on media professionals has been on-going and in the recent two years, a rising
trend.

I quote;

As a civil society organization, we at the Centre for Independent Journalism (CIJ) are concerned that there have not been conclusions to cases of attack on photographers and journalists since 2007. We would like inquire about the progress of the investigations into the previous
cases, whose victims have lodged police reports as well. Among the cases are;

* 11 June 2008 - Chen Shi Chuan, a Sin Chew Daily reporter based in Sitiawan, Perak, was attacked by nearly thirty people while covering a fatal road accident.

* 27 May 2008 - Merdekareview journalist Chow Z Lam, and Utusan Malaysia photographer Roy Azis Abdul Aziz were attacked by a group of 20-30 people armed with clubs, parangs, and helmets, allegedly connected to the highway concessionaire Grand Saga. They were covering the
residents of Bandar Mahkota Cheras tearing down the concrete barricade erected by Grand Saga to block the exit to the toll-less bypass.

* 22 November 2007 - 15 journalists in Kedah lodged police reports against an assistant superintendent of police (ASP) who, using abusive words, barred them from covering a murder scene and ordered the use of dogs to chase them away.

* 16 November 2007 - an UMNO member punched photographer Koh Chun Seng who was on duty covering DAP politician Tan Kok Wai in Kuala Lumpur

* 13 November 2007 - Malaysian Nanban journalist M. Nagarajan received death threats for writing critically about the state of Tamil schools

* 2 November 2007 - Nagarajan's colleague R. Raman, a photojournalist was targeted for attacks in Johor, believed to be over his articles. He was hospitalised in a state of coma for about a month.

* April 3 2007 - journalist R. Malini from a Tamil daily Malaysian Nanban, was hurled vulgarities by the members from the ruling party MIC. Photographer P. Malayandi from Makkal Osai was allegedly pushed and punched by former MIC official, SA Vigneswaran, while covering the
nominations for the Machap by-election.

The last two cases drew international attention as threats against journalists is recognised as a serious crime and an affront on press freedom.

The police should firstly announce the outcome of the investigations of the above reports before the latter. Have you ever heard about the term "First-in-first out" or FIFO?

PS: "Last-in-first-out" does not apply in this case, my friend.

Labels: , ,

 

 

Thursday, August 21, 2008

Seronok Kenali Syed Ahmad Jamal



Pada 21 Ogos 2008, aku mengambil kesempatan untuk hadiri sidang media sempena Pemeran Seni Solo Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal bertajuk "Pelukis dan Peristiwa."

Pameran solo ni adalah untuk meraikan perjalanan seni Syed Ahmad Jamal yang melangkaui lima dekad. Lukisan-lukisan yang dipamerkan sebagai respons terhadap peristiwa yang berlaku termasuk di peringkat global. Sebahagian dari lukisan tersebut termasuklah Duel In The Snow (1955), Mei 13 (1969), Sidang Roh (1970) dan Soal Palestin (1983).

Syed Ahmad Jamal bersama Duel In The Snow



Dalam sidang media itu, Syed Ahmad Jamal menceritakan bagaimana beliau meluahkan peristiwa yang dilaluinya melalui lukisan.

Beliau menghabiskan kira-kira setengah jam untuk menceritakan kisah hidupnya melalui lukisan yang dinamakan "80".

Syed Ahmad Jamal menerangkan zaman 1941 ketika beliau berada di Sekolah Inggeris SM II / Jepun serang Malaya


Sidang Roh

Aku berminat dengan lukisan Sidang Roh (1970) yang dihasilkan berdasarkan kepada sajak tulisan Kassim Ahmad di bawah tajuk yang sama. Sajak tersebut pernah menimbulkan kontroversi apabila Kassim Ahmad menggunakannya di dalam kempen pilihanraya yang disertai. Banyak media telah mentafsirkan sajak tersebut dengan pelbagai interpretasi.

Sajak "Sidang Roh" turut dipamerkan di sebelah lukisan


Aku mendapat tahu bahawa Syed Ahmad Jamal enggan menjual lukisan tersebut pada apa harga sekali pun. Lantas, aku pun bertanya alasannya.

Baginya, lukisan tersebut amat menyentuh jiwanya dan begitu bermakna. Ianya dihasilkan pada waktu itu dengan penuh emosi. Apabila membaca sajak itu sahaja, aku sudah dapat merasakan 'hantu'nya. Apatah pula apabila kita menghayatinya melalui lukisan !

Terdapat juga satu siri lukisan yang bertajuk 2.9.98, 14.4.99, 16.9.99, 19.9.99, 20.9.98.

Peristiwa pada 19 September 1999 ketika rakyat menyerahkan memorandum kepada DYMM Agong untuk campurtangan kes Anwar Ibrahim



Aku cuba mentelaah lukisan-lukisan tersebut dan aku tekaan aku betul apabila aku bertanya sendiri kepada Syed Ahmad Jamal. Tajuk-tajuk tersebut ialah tarikh mulanya reformasi dan sehingga Anwar Ibrahim mula dipenjarakan.

Berikut pula petikan rencana yang dipetik daripada buku "Syed Ahmad Jamal - Pelukis dan Peristiwa" oleh Raja Ahmad Amnullah:

Syed Ahmad Jamal had by then travelled abroad to receive his education in fine arts. In the United Kingdom, he met the legendary Indonesian artist, Affandi, It should be borne in mind that Affandi was a participant in the Indomesian revolutionary struggle for independence from the Dutch colonial masters. While in London, Syed Ahmad Jamal also met with the artist Saptoehudoeyo and Kartika Affandi who by then was a young bride of Sapto, Kartika and her father Affandi had come to London after a spell at the Tagore Institute in India. I remember Syed Ahmad Jamal telling me of the various encounters and engagements with these artists.

Secara umumnya, pameran ini diilhamkan oleh rasa tanggungjawab serta kepedulian sosial seorang seniman terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di persekitarannya. Lukisan-lukisan yang dipamerkan dalam pameran ini dihasilkan di antara 1955-2008, suatu jangkamasa panjang dalam perjalanan seni satu-satunya Seniman Negara dalam bidang seni rupa.

Pameran ini dibuka pada umum dari 18 Ogos hingga 15 September 2008. Majlis peramiannyaakan diadakan pada 25 Ogos 2008 pada jam 3 petang oleh Pengerusi MAS, Tan Sri Dato Dr Mohd Munir bin Abdul Majid di RA Fine Arts, No 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur.

Labels: ,

 

 

Friday, August 15, 2008

Kerajaan Baru Pastikan Pulau Pinang kekal Tapak Warisan




Kejayaan Pulau Pinang dipilih UNESCO sebagai tapak warisan adalah dari sumbangan rakyat negeri itu dalam memelihara bangunan bersejarah sejak dua kurun yang lalu serta kekayaan warisan budaya negara serta penganjuran aktiviti-aktiviti budaya dalam menarik pelancong datang melawat ke Pulau Pinang.

Tidak dinafikan juga sumbangan kerajaan negeri yang lalu di bawah pemerintahan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang juga memainkan peranan penting. Namun, tanggungjawab kerajaan yang diambilalih (Parti Tindakan Demokratik) DAP melalui pilihan raya umum 12 lalu untuk mengekalkan pengiktirafan tersebut.

Menurut kenyataan UNESCO, terdapat dua anugerah bangunan yang tersenarai sebagai bangunan warisan iaitu Cong Huat See Mansion dan Persatuan Teow Chew (2006). Namun, pengiktirafan badan antarabangsa itu juga menyebut tokong Khoo Kong See sebagai tarikan plancong. Malah,terdapat lebih 12,000 banguan warisan yang terdapat di sekitar Georgetown dan pada waktu ini terdapat 500 buah rumahyang dibina sejak zaman penjajahan yang dikenalpasti terbiar dan tidak dibubahsuai. Georgetown dianugerah sebagai Tapak Warisan Dunia.

Kerajaan Pusat sejak 10 tahun lalu tidak memainkan peranan aktif dalam usaha tersebut dengan tidak memberikan peruntukan yang mencukupi. Menurut Rancangan Malaysia ke Sembilan, peruntukan yang disediakan hnaya merangkumi:

• RM40 juta untuk membaikpulih projek keretapi Bukit Bendera
• RM7 juta untuk Taman Kebun Bunga
• RM2 juta untuk Taman Relau
• RM6 juta bagi mencantikkan pusat penjaja di Batu Feringgi

Peruntukan-peruntukan tersebut tidak termasuk projek-projek lain yang tidak kurang penting. Kerajaan diperlihatkan banyak menumpukan kepada projek-projek di pusat pelancongan di Pulau Langkawi dan Melaka.

Namun, kerajaan negeri telah mengambil inisiaif sendiri dalam mempertingkatkan ekonomi melalui sector pelancongan.

Menurut exco Pelancongan Negeri Pulau Pinang yang baru dilantik, Law Heng Kiang, satu unit baru yang merupakan sebuah anak syarikat milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang akan diwujudkan bagi tujuan ini. Unit ini akan menjadi agensi tunggak dan akan melihat kepada semua aspek termasuk merancang, membangun, mempromosi, menyelenggara serta menyelaras produk-produk pelancongan di Pulau Pinang. Untuk jangka masa pendek Kerajaan Negeri menumpu kepada acara pelancongan di samping memperkukuhkan aktiviti promosi pelancongan di dalam dan luar negara.


“Dengan pelaksanaan projek-projek ini pasti akan terus menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pilihan seterusnya menjadi pembangunan sosial ekonomi negeri. Untuk memastikan objektif ini tercapai perkara berikutan akan diberi tumpuan,” jelas Heng Kiang dalam temuramahnya.

Tumpuan Kerajaan Pulau Pinang dalam Pembangunan Industri Pelancongan:

1. Membentuk rangka organisasi pelan tindakan pelancongan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan untuk merancang, menyelaras dan memantau pembangunan pelancongan Negeri Pulau Pinaang.

2. Memelihara dan menjaga persekitaran fizikal dan warisan yang merupakan produk pelancongan utama.

3. Menumpukan pembangunan pelancongan kepada empat zon utama iaitu zon warisan sejarah, zon pantai peranginan, zon pelancongan eko dan zon pelancongan agro.

4. Mengenal pasti produk dan pengurusan pelancongan terpilih untuk mendapatkan pengesahan dan pentauliahan antarabangsa seperti green flags international.

5. Mewujud dan menggalakkan photo quality management untuk pengurusan dan pembangunan produk pelancongan.

6. Membangun dan mempertingkatkan lagi produk pelancongan pantai dengan meningkatkan tahap kebersihan serta kualiti air marin dan memastikan kegunaan kemudahan sokongan pelancong di kawasan pantai sentiasa diselenggara dengan baik.

7. Membangun dan mempromosikan produk pelancongan warisan dengan menjadikan produk pelancongan warisan sebagai satu keunikan utama Negeri Pulau Pinang, menonjolkan kepentingan sejarah dan warisan seni bina Negeri Pulau Pinang melalui pemeliharaan bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan warisan yang dikenalpasti dan menyediakan katalog komprehensif yang merekodkan bangunan-bangunan yang penting bersejarah dan bernilai warisan.

8. Membangun dan mempelbagaikan produk pelancongan eko dan agro dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi dan mempromosi Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi yang menawarkan produk eko dan agro pelancongan.

9. Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi yang menawarkan produk-produk pelbagai dan mengutamakan value for money.

10. Menyediakan kepentingan kraf tangan tradisional Negeri Pulau Pinang dengan menyediakan dokumentasi yang jelas dalam pelbagai bahasa.

11. Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi terpilih untuk mereka yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H).

12. Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan untuk accessbility secara langsung yang lebih baik melalui perhubungan udara laut dan darat ke Negeri Pulau Pinang.

13. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai world class tourism destination dengan memastikan semua kawasan tarikan pelancongan utama dengan lengkap dan kemudahan sokongan yang berkualiti sentiasa diselenggara dan mempunyai kemudahan yang cukup dan selesa, mewujudkan pusat informasi pelancongan Pulau Pinang, menaik taraf dan mengindahkan semua pintu masuk utama ke Negeri Pulau Pinang termasuk, feri, pelabuhan, Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa, penyediaan kemudahan pengangkutan yang cekap dan akhir sekali penyediaan kemudahan penginapan yang mencukupi dan selesa dengan harga yang berpatutan.

Lebuh Aceh telah dipersetujui sebagai pusat pelancong yang menyediakan segala maklumat terhadap pelancong.

Pelaburan Industri Pelancongan



1. RM1.5 Juta untuk mengendalikan satu Cruise Way Rules di mana Pulau Pinang dikelilingi laut untuk melawat Sunset Cruise.
2. RM 80 juta untuk mengendalikan kereta kabel dari Telok Bahang naik ke Bukit Bendera dan di kawasan youth park naik ke Bukit Bendera.



Penerimaan Rakyat Kepada Kerajaan Baru

Rakyat dalam dan luar Negara mula menaruh keyakinan terhadap kerajaan baru ini dengan sambutan luar dugaan dalam aktiviti-aktiviti promosi pelacongan yang dianjurkan. Pelabur asing juga tidak ketinggalan dalam menabur kepercayaan kepada Pulau Pinang yang yakin kerajaan baru ini.

Pada 19 Julai lalu, Pulau Pinang menganjurkan Bon Odori. Aara tersebut Berjaya menarik sebanyak 50 ribu orang tempatan dan juga orang asing telah mengunjungi perayaan Bon Odori ini.

pada akhir bulan Julai, kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan perlumbaan perahu naga antarabangsa dimana acara ini akan dilancarkan di Empangan Telok Bahang dimana sebanyak 4,500 peserta yang kebanyakannya peserta luar Negara akan mengambil bahagian di Telok Bahang dalam perahu naga antarabangsa.

Pulau Pinang juga merancang untuk menganjurkan Penang Bridge International Marathon pada 16 November 2008. Tahun lalu, acara marathon itu Berjaya menarik 20 ribu peserta.

Heng Kiang juga optimis terhadap acara Pesta Pulau Pinang pada akhir tahun ini yang boleh menarik pelancong tempatan dan luar Negara.

Labels: , ,

 

 

Monday, August 11, 2008

Filem Mamat Khalid Gondol Lima Anugerah

Filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) arahan Mamat Khalid Berjaya menggondol lima anugerah pada Festival Filem Malaysia ke 21 yang berlangsung dalam kegemerlapan di Putrajaya Sabtu, 9 Julai lepas.

Antara anugerah yang dimenangi termasuk Pengarah Terbaik (Mamat Khalid), Pelakon Lelaki Terbaik (Rosyam Nor), Arahan Seni Terbaik dan Kostum Terbaik.

Selain piala, filem tersebut juga berjaya mendapat hadiah wang tunai RM50,000 dan 20 gulung filem yang ditaja oleh Kodak.

KMBM mengisahkan mengenai keris pusaka yang dijumpai Saleh, seorang wartawan yang diberhentikan kerja oleh syarikat penerbitannya.

Maya Karin memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Anak Halal manakala Zul Huzaimy Marzuki dan Rumniah SIdek memenangi pelakon pembantu lelaki dan wanita.

Filem tersebut menelan kos RM1.5 juta tanpa adegan stunt, penggambaran di luar Negara dan kesan khas.

Selain itu, anugerah khas diberikan kepada filem Duyung (Anugerah Box-office) dan Ruminah Sidek (Anugerah Khas Pelakon Wanita Veteran). Wahid Satay pula diberikan untuk kategori lelaki.

Lisa Surihani (I'm Not Single) memenangi Anugerah Harapan Wanita manakala Hans Isaac memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Harapan Terbaik.

 

 

Thursday, August 07, 2008

Temuramah Bersama Ahli Parlimen Kuching

Masalah pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sudah berkarat di Sabah sejak 20 tahun yang lampau. Kini jumlah setengah juta rakyat asing dibenarkan bermastautin di Sabah dan diberikan hak kewarganegaraan. Apa yang lebih menyedihkan ialah penyelesaian tersebut sering dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga rakyat marhaen menjadi mangsa.




Aku: Bagaimana sdr melihat perkembangan Sabah dalam politik Malaysia?

Dr Hiew King Chiu (DrH): Politik Sabah dari sebelum merdeka (percantuman Semenanjung Malaysia dengan Sabah & Sarawak) sehingga sekarang sungguh unik. Parti politik beralih arah; dari pemerintah kepada pembangkang dan sebaliknya dan lompat-melompat parti perkara biasa di dalam politik Sabah. Sebagai contoh, Pairin Kitingan pernah melompat Parti dua kali. Dan tindakan-tindakan tersebut dari dahulu lagi menggegarkan politik seluruh Negara. Kesemuanya berpunca daripada perebutan tampuk kuasa. Ada tekanan yang bermatlamat supaya Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri dari negeri itu.


Aku: Apa pendapat sdr mengenai SAPP (Parti Progresif Sabah)? Adakah benar akan diadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi?

DrH: Bagi saya, SAPP ialah pemangkin kepada perubahan kuasa dalam pemerintahan Negara. Cadangan untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen pun sudah seperti seolah-olah satu tamparan kepada Barisan Nasional (BN), apatah lagi kepada Abdullah? Di Parlimen, undi tidak percaya boleh diusulkan melalui suara, undi angkat tangan mahupun secara bertulis. Dalam keadaan politik yang genting seperti sekarang, betul atau tidak undi tidak percaya akan diadakan, saya tidak boleh berkata di sini. Namun, apa yang sahih, kedua-dua ahli parlimen dari SAPP menerima ugutan daripada BN. Nyawa mereka diancam. Eric (Majimbun) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Ahli Parlimen Tawau) perlu mengambil tindakan berhati-hati dalam perbuatan mereka.

Selain daripada risiko nyawa, parti juga mungkin tergadai. Ada kemungkinan, penyokong-penyokong Parti sendiri yang hilang pegangan dan sikap tamak akan beralih atas ‘tawaran’ yanglebih hebat daripada pihak lawan. Mereka akan meninggalkan Parti dan perjuangan sekiranya menerima tawaran dari segi apa pun; kewangan dan projek pembangunan yang boleh menjamin kehidupan mereka.


Aku: Pada 24 Jun lalu,Timbalan Perdana Menteri memberitahu Kerajaan Persekutuan merancang untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah. APa pendapat sdr?

DrH: Sejak 30 tahun yang lampau, bilangan pendatang tanpa izin sudah bertambah sehingga melebihi sejuta orang. Kebanyakan daripada mereka memperolehi MyKad melalui jalan haram dan sudah pun diterima kewarganegaraan mereka dan menjadi penduduk tetap di Sabah. PATI ini bersaing dengan penduduk tempatan untuk pekerjaan dan juga menjadi punca gejala social, masalah ekoomi, kesihatan dan politik. Operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan tidak berkesan langsung dan PATI kini menghantar ke Negara asal mereka berbillion-billion ringgit yang diperolehi dari Sabah. Apa yang lebih mendukacitakan, mereka yang mempunyai MyKad berdaftar sebagai pengundi dan mengganggu keputusan pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak memberitahu bahawa beliau akan mempertingkatkan tahap keselamatan di sempadan melalui pelabuhan-pelabuhan. Jadi, kita persoalkan kaedahnya dan siapakah anggota-anggota jawatankuasa yang akan melihat perkara ini? Adakah mereka benar-benar faham mengenai isu yang berlaku dan dari kalangan orang tempatan?




Aku: Bagaimana sdr melihat situasi ini dari segi hak asasi manusia?

DrH: Dari segi hak asasi manusia, beberapa pihak terjejas secara langsung. Pertama, hak orang luar yang datang untuk mendapatkan perlindungan politik mahupun pelarian yang datang akibat daripada konflik politik di Mindanao. Selain itu, Sabah juga mempunyai golongan pendatang yang sudah bermastautin di negeri ini lebih daripada 10 tahun dan mereka ini termasuk kanak-kanak. Saya melihat tindakan-tindakan Kerajaan Persekutuan ini akan mengakibatkan pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Ada beberapa isu hak asasi manusia di Sabah. Pertama, proses penghantaran pulang PATI. Kedua, menyalahtafsirkan golongan yang datang untuk perlindungan politik dan pelarian. Ketiga, tidak ada jaminan terhadap individu yang dibicarakan di bawa Akta Imigresen dan sama ada perbicaraan mereka berdasarkan kepada piawai antarabangsa. Keempat, para tahanan terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak tidak diberikan hak untuk mendapat perubatan wajar semasa dalam tahanan.

Terdapat juga kes yang pernah berlaku pada tahun 2002 di mana seorang gadis berusia 13 tahun yang disangkakan pelarian dari Filipina dihantar pulang. Selepas siasatan terperinci dibuat, kerajaan mendapati gadis tersebut warganegara Malaysia. Tetapi telah terlambat apabila gadis tersebut dilaporkan dirogol oleh tiga anggota polis semasa gadis tersebut berada di dalam pusat tahanan.


Aku: Apa gesaan yang pernah dibuat oleh sdr sebagai ahli parlimen?

DrH: Saya pernah membangkitkan perkara ini di dalam sul bertulis di Parlimen memohon untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara ini dari akarnya.

Menurut jawapan yang diberikan oleh Menteri (Datuk Seri Nazri Aziz), Kerajaan Persekutuan memberitahu bahwa sebuah jawatankuasa Persekutuan Kabinet ditubuhkan bagi menangani perkara ini. Persoalannya, siapakah yang akan dilantik untuk sebagai ahli jawatankuasa ini? Apabila kita mendesak bila jawatankuasa ini akan ditubuh, Menteri tidak menjawab tarikh bila ianya akan dibentuk dan sebagainya.

Jadi, janji-janji itu hanya sebagai satu janji kosong. Saya melihat isu ini sudah bernanah untuk Sabah. Tapi, kita mesti melakukan sesuatu, dan dengan teliti agar keadaan kita boleh pulih semula.

Labels: , ,

 

 

Wednesday, August 06, 2008

CADANG ROSMAH PAKAI SUSUK


Babak ketika susuk dipakaikan




Memandangkan isteri Timbalan Perdana Menteri dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan dengan pelbagai bukti dan pengakuan berkanun yang mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya, saya mencadangkan di sini agar beliau cuba sahaja berjumpa dengan dukun untuk memakai susuk.

Sudah tentu susuk biasa yang dikenakan oleh artis sebagai daya tarikan tidak akan melekat kerana pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau amat berat, saya mencadangkan agar beliau menonton filem Susuk bagi mencuba dukun Dewangga bagi meletakkan Susuk Keramat yang sememangnya jenis susuk yang benar-benar raja segala susuk.

Lagi pun, Rosmah pun telah berbelanja sakan dan menghabiskan wang ribuan (pada masa rakyat tertekan ‘mengikt perut’ akibat kenaikan harga petrol dan disel) bagi melawakan diri.

Kesan susuk terkeluar akibat tidak menjalani rawatan susulan


Berikut ialah keratan akhbar yang memparkan sikap boros Rosmah.

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Belum pun reda isu 'hangat' suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak dikaitkan dengan gambar mendiang Altantuya Shaariibuu, Datin Seri Rosmah Mansor menyemarakkan lagi 'api' publisiti dengan sikapnya yang didakwa berbelanja secara mewah dan membazir di luar negara.

Perkara ini dibangkitkan oleh Pengarah Strategik KeADILan Saifuddin Nasution dalam laporan akhbar Suara KeADILan terbaru, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri itu, mempunyai tabiat membeli-belah yang membazir sehingga layak digelar Imelda Marcos Malaysia. April lalu ketika mengikuti Najib ke pameran Biotech di Boston, Rosmah singgah ke Los Angeles, untuk membeli belah pakaian, kasut dan alat-alat mekapnya.

"Amat memeranjatkan menurut pegawai-pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, yang terlibat dalam rombongan tersebut memaklumkan sebanyak lapan buah kereta diperlukan untuk mengangkut 74 beg barang yang dibeli oleh Rosmah," kata Saifuddin.

"Di Boston pula setelah meninjau toko-toko kelas atasan, Rosmah memaklumkan kepada pegawai terbabit, beliau memerlukan 15 buah kereta untuk membawa beg-beg barangan yang dibelinya," katanya.
Saifuddin turut mendedahkan sewaktu misi kerajaan ke Jepun, Rosmah tinggal bersama Najib di President Suite, Hotel Imperial Tokyo dengan keluasan bilik tersebut ialah 3,000 kaki persegi, tetapi keesokan hari Rosmah mendakwa tidak dapat tidur kerana mendapat tahu ada bilik yang lebih luas iaitu 4,000 persegi daripada bilik yang diduduki bersama suaminya itu.

"Saya rasa dengan tabiat membeli belah secara boros dan membazir serta nafsu besarnya memang layaklah beliau digelar Imelda Rosmah," kata Saifuddin sewaktu mendedahkan di sebuah ceramah di Kulim Jun lalu.


Perilaku Rosmah ini jelas seolah-olah menempelak dan melanggar nasihat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan TPM yang juga suaminya, supaya rakyat jelata berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja.


Sebelum ini, Rosmah mengundang kontroversi dengan aksi manjanya dengan pelakon Bollywood yang mendapat kritikan dan teguran pelbagai lapisan masyarakat yang kecewa dengan sikap isteri pemimpin nombor dua negara yang tidak
menjaga batas-batas gama dan memalukan imej seorang wanita muslim.

Sewaktu Anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember tahun lalu yang di adakan di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan Rosmah selaku penaung festival berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood, Salman Khan.


Lebih melucukan, Pemangku yang Dipertua Badan Amal Ke
bajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dalam sebuah akhbar menyarankan agar para isteri pemimpin perlu menampil imej yang boleh diterima masyarakat sedangkan rata-rata berpendapat Rosmah perlu 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum menasihati atau menuding jari kepada pihak lain.

Lagi teruk lagi apabila ada berita yang mengatakan Saiful Bukari Azlan ada mempunyai pertalian darah dengan Rosmah. Bagaimana beliau dapat mengatasi semua ini sekiranya semua pertuduhan ini benar?


Jadi, cara sebegini yang diamalkan oleh Rosmah dalam memberi populariti tidak berjaya malah memenatkan serta menyusahkan pegawai-pegawainya untuk mengangkut beg-beg shopping beliau.

Dengan cara mudah, Rosmah patut menimbang dengan mencari Dukun Dewangga. Lagi pun, Rosmah yang gemar berkaraoke di banyak majlis keraian, masih tidak dapat memberikan persembahan. Habis lagi duit untuk bayar guru vokal.

Berikut ialah synopsis filem Susuk agar memberi gambaran ringkas bagaimana ia dapat membantu Rosmah dalam mengembalikan popularitinya:



Bakat dan keanggunan Soraya adalah anugerah. Namun dia tidak puas. Soraya, seorang pelatih jururawat mendambakan kehidupan lebih dari ala kadar. Lantas di kala tawaran jadi bintang tiba mengundang, dia mahu gapai setinggi langit. Mulaan langkahnya penuh ranjau. Sehinggalah Soraya dipujuk dengan amalan SUSUK yang sukar dia ketepikan untuk bergelar diva ternama. Kini dia mesti memilih samada terus di laluan yang benar atau jalan onar yang perlukan pengorbanan..

Sementara itu, Suzana pula seorang diva terkenal sedang mendaki puncak populariti teratas. Namun terselindung di balik tabir keagungannya, Suzana adalah pengamal lmu hitam tegar kerana dia pewaris SUSUK keramat. Tapi ia ada musibahnya. Suzana perlukan korban nyawa manusia setiap kali dia melanggar pantang..

SUSUK menyusuri kisah Soraya dan Suzana dalam lajur cerita yang berbeda namun akan bertembung di akhir cerita. Suatu kesudahan yang akan membongkar rahsia dan misteri ilmu hitam yang tidak tergambar oleh sesiapa!

Labels: , ,

 

 

Ida Nerina Tidak Dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik


Pelakon filem Susuk, Ida Nerina tidak dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 21 yang akan berlangsung di PICC Putrajaya 9 Ogos ini.

Ida Nerina yang dikatakan sungguh berjaya memainkan peranan primadona dan hantu di dalam filiem mistik ini gagal menambat hati juri yang dipengerusikan oleh Nancie Foo.

Calon-calon yang dipilih dalam festival tahun ini ialah Maya Karin (Anak Halal), Erra Fazira (Anak), Fazura(Kayangan), Nasha Aziz (Otai) dan Vanidah Imran (Akhirat). Melalui senarai pendek tersebut, Vanidah Imran dikatakan mempunyai harapan sungguh cerah apabila Ida Nerina tidak dicalonkan.

Festival yang ditaja bersama Perbadanan Filem Kemajuan Nasional Malaysia (Finas), persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) akan menawarkan 13 Anugerah Perdana dan 11 Anugerah Cipta.

Di bawah Anugerah Perdana, trofi yang menjadi rebutan pada malam itu nanti ialah anugerah Filem Terbaik , Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik , Penyunting Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Filem Dokumentari Terbaik, Filem Animasi Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Digital Terbaik manakala Anugerah Cipta pula terdiri daripada kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Harapan Wanita, Lagu Tema Asal Terbaik, Pereka Kostum / Busana dan Poster Terbaik.

Antara filem-filem yang akan bertanding pada malam itu nanti terdiri daripada 1957: Hati Malaya, Impak Maksima, Kala Malam Bulan Mengambang, Kayangan, Nana Tanjung 2, Otai, Pensil, Sepi dan Susuk.

Filem 1957 Hari Malaya dicalonkan sebagai filem cereka. Ini bermakna filem yang sepatutnya memaparkan sejarah kemerdekaan Malaysia sebenarnya adalah rekaan semata-mata di dalam filem tersebut.

Sudah tentu Grand Brilliance yang menerbitkan filem Cinta yang berjaya menggondol Filem Terbaik tahun lalu cuba mengekalkan kejuaraan dengan gandingan yang sama Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa menerusi filem Sepi.

FFM (Festival Filem Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia.
Festival ini bertujuan meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mensasarkan kerjaya dalam bidang perfileman sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau karyawan muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi disamping bermatlamat mengiktiraf karyawan dan karya filem yang dinilai terbaik bagi menggalakkan pembangunan industri perfileman Malaysia di samping terus memasyarakatkan filem serta mendedahkan dan mempromosikan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa.

Tema FFM-21 2008 kali ini ialah “KE ARAH KECEMERLANGAN FILEM MALAYSIA”. Tema ini dikatakan berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.

Labels: , ,

 

 

Tuesday, August 05, 2008

Polis Keluarkan Maklumat Terperinci Nombor Telefon

Dari kiri: Anuar Tahir, Azif, Othman Khairuddin

Pada 5 Ogos 2008, aku menemani rakan-rakan aku, Mohamad Azif Aris dan Abdul Halim bin Mohd Sharif ke Ibu Pejabat Polis Bahagian Jenayah Perdagangan, Jalan Dato Onn kerana mereka disaman untuk memberi keterangan nama mereka tercatat di laman web BERSIH.

Mereka ditemani rakan-rakan aktivis daripada PAS yang diketuai oleh Hj Anuar Tahir selaku ahli jawatankuasa induk BERSIH.

Mereka mendapat panggilan seminggu yang lalu dan kami mengaturkan peguam untuk memastikan proses soal-selidik berjalan lancar tanpa sebarang salahlaku pihak berkuasa polis.

Proses soal-siasat dijalankan oleh ASP Amran bin Jusin.

Amran juga mengeluarkan notis saman yang sama pada fasa 1 kepada Hj Mohd Sabu, Dr Syed Azman, Sivarasa Rasiah, Ronnie Liu dan Hj Anuar Tahir.

Pada Fasa II saya dan Medaline Chang selaku sekretariat dipanggil.

Dan pada Fasa III siasatan polis, Azif dan Halim pula dipanggil. Azif dan Halim merupakan pengedar t-shirt kuning BERSIH.

Menurut keterangan yang diberikan oleh peguam, Othman Khairuddin, terdapat laporan polis berkaitan dengan Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH 10 November 2007 dan pihak polis juga mengeluarkan helaian bukti yang diperolehi daripada CELCOM mengenai maklumat terperinci empunya nombor telefon tersebut.


Semasa sidang media, aku menasihati pihak polis supaya tidak menjadi hamba kepada politik dan jangan menghabiskan wang rakyat dengan menyiasat kes seperti ini.

Polis sepatutnya siasat dengan bersungguh-sungguh laporan polis yang aku buat pada 22 Mei 2008 lalu berhubung dengan komplot di antara Pengerusi SPR, Perdana Menteri, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Berikut ialah kenyataan media yang dibacakan oleh salah seorang ahli jawatankuasa induk BERSIH, Wong Chin Huat sebelum saksi-saksi memberi kenyataan mereka:

Wong Chin Huat ketika membaca kenyataan media BERSIH


The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) condemns the police’s continued harassment and intimidation of citizens for participating in the BERSIH Rally on 10 November last year, and calls on Prime Minister Abdullah Badawi and Home Minister Syed Hamid Albar to immediately instruct the police to stop intimidating the participants of the rally and respect the Federal Constitution which guarantees every Malaysian’s right to peaceful assembly.

Two BERSIH volunteers, Mohamad Azif bin Mohamad Aris and Abdul Halim bin Mohd Sharif received calls from an ASP Amran Mod Jusin fromt he Commercial Crimes Division (CCD) to give their statements today. The reason they are being summoned to the CCD, we are told, is that their names were found on the BERSIH website. On 12 June, BERSIH secretariat members Faisal Mustaffa and Medaline Chang were also called in by the CCD for questioning.

Prior to that, a number of BERSIH Steering Committee members have been questioned, as well as the ‘BERSIH 17′ who are being charged under Section 143 of the Penal Code for participating in an illegal rally.

The police’s indulgence in harassing citizens shows that the Barisan nasional government has not learned anything from the 8 March political tsunami. It is a different Malaysia today and the people will not take such intimidation lightly.


In fact, if the police persist in harassing those assoicated with the rally, the responsible thing to do would probably be for the tens of thousands of rally participants to ‘cooperate fully’ by ‘turning themselves in’ to the CCD to ‘assist in investigations’!


BERSIH urges PM Abdullah Badawi and Syed Hamid Albar to immediately instruct the police to stop its harassment of the people for exercising their right to assemble peacefully, as provided for in the Constitution.


At a time when crime is rampant and the people are more and more paranoid about their safety, the police’s preoccupation with trivial pursuits as well as the wastage of financial and manpower resources is not only completely unnecessary but simply outrageous.

Labels: , , ,

 

 

Monday, August 04, 2008

SUSUK: Akhirnya Berjaya ke Layar Panggung

i

Jemputan yang aku terima untuk hadir ke preview filem kontroversi Susuk 30 Julai lepas di GSC One Utama tidak aku tolak memandangkan filem ini sememangnya aku nanti-nantikan.

Kedua-dua figur, Amir Muhammad (pengarah filem) dan Nizam Zakaria (penulis novel) ini aku memang kenal rapat dan faham pemikiran dalam menghasilkan karya-karya mereka.

Apabila Amir dan Nizam menyatakan bahawa mereka sedang dalam penggambaran filem mistik ini dua tahun lalu, aku takut file mini tidak akan Berjaya memasuki panggung kerana kontorversi-kontroversi yang mereka timbulkan dalam karya-karya mereka. Tapi aku bangga apabila mereka berjaya menambat Grand Brilliance (GB) untuk akhirnya menayangkannya.

Amir dalam ucapannya memberitahu bahawa beliau tidak terkilan apabila filem ini hanya mendapat dua potongan sahaja.

Amir ketika sidang media


“Lebih baik daripada diharamkan terus,” ucapnya secara seloroh.

Filem beliau sebelum ini, ‘Lelaki Komunis Terakhir’ mengundang kontroversi apabila diharamkan daripada tayangan akibat memaparkan pemimpin komunis ketika memperjuangkan kemerdekaan Malaya.

Pengurus Besar GB, Ahmad Puad Onah berkata, unsur mistikal yang dibayangkan dalam amalan susuk menjadi landasan untuk menarik minat penonton ke panggung. Ini ditambah dengan dunia seni sebagai latar filem yang menjadikan jalan ceritanya semakin menarik, selain penampilan Pelakon Terbaik Malaysia, Ida Nerina bergandingan dengan Diana Rafar yang tidak mengecewakan biarpun kali pertama mereka berdua muncul di layar perak bersama.

“Susuk, cukup dengan itu sebagai judul bagi sebuah filem, nyata menjadi kelebihan buat GB dalam memasarkan filem terbaru ini,” katanya dalam ucapannya di majlis pra tonton Susuk. “Unsur mistikal yang dibawa amalan susuk, ditambah dengan latar hitam dunia seni yang pada zahirnya nampak glamour dan indah, menambah lagi minat terhadap pembikinan Susuk.”

Susuk berkisar mengenai kehidupan dua watak misteri, Soraya iaitu seorang pelatih jururawat dan Suzana, seorang diva dunia seni. Soraya, gadis muda biasa yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai impiannya menjadi seorang bintang manakala Suzana harus berdepan dengan akibatnya apabila susuk yang diamalkannya untuk memelihara kedudukannya memerlukan dia mengorbankan nyawa.

Perjalanan yang mempertemukan dua watak ini bakal membongkar rahsia kehidupan serta misteri amalan susuk mereka.

Dalam ucapannya, Ahmad Puad mengakui elemen yang dibayangkan filem yang turut mengumpul nama-nama besar lain dalam dunia lakonan, antaranya Adlin Aman Ramlie, Sofea Jane dan Aleeza Kassim itu menyebabkan penonton serta pengkritik meletak harapan lebih tinggi untuk melihat sebuah karya yang baik.

“Selain mengimbangi pandangan daripada dua sutradara dalam penghasilan Susuk, kita menitikberatkan aspek lain seperti teknik pengimejan komputer bagi menghasilkan sebuah filem yang bermutu.

"Malah usaha keras ini turut memberikan satu kepuasan kepada semua tenaga kerja di sebalik tabir apabila filem ini layak bertanding di Festival Filem Malaysia ke-21 dan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam.

“Susuk juga diharap menepati citarasa penggemar filem Melayu untuk menikmati sentuhan sutradara muda yang mempunyai nama besar dalam dunia indie sekaligus mencipta penonton baru untuk mengenali dan menyukai filem-filem mainstream tempatan.”

Dan, persoalannya kini, sejauh mana anda bersedia menyelongkar misteri dunia hitam amalan susuk?

Siapkah anda untuk menerjah di sebalik tabir glamour dunia seni mengenai siapa diva pujaan anda sebenarnya?

Bagi memperhebat promosi Susuk yang dijadual ditayangkan di seluruh negara mulai 7 Ogos ini, pelbagai program diatur termasuk sesi temuramah serta kemunculan barisan bintangnya di media cetak dan elektronik tempatan.

Labels: , , , ,

 

 

Sunday, August 03, 2008

Pulau Pinang: Tempat Makan 1


Pada 22 Julai 2008, aku dibawa di sebuah tempat ekslusif di Jalan Sultan Ahmad.
Nama restoran itu juga unik bersempena dengan tapak lot di situ iaitu Thirty Two, At The Mansion. Restoran ini pernah dianugerah sebagai Restoran Terbaik 2007. Bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, kami bersantai dan berborak mengenai tugas-tugas yang perlu disiapkan seraya menyelit tentang kisah-kisah kelakar yang membuat meja makan ceria.

Chin Tong memberitahu, tempat ii menjadi tempat dia bersendirian apabila mengalami tekanan dan tidak mempunyai program-program di waktu malam.

Aku diperkenalkan dengan Cheong Yin Fan, setiausaha akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau mengatakan banyak mendapat maklumat mengenai aku….. risau juga. Kami juga saling mengkagumi satu sama lain. Aku dapat tahu yang Yin Fan pernah bertugas ebagai wartawan akhbar cina da

Tempat yang diperkenalkan kepada kami sugguh romantik dan menyajikan makanan-makanan Barat. Tempatnya pun didirikan di sebuah bangunan kolonial lama yang diubahsuai dan berhampiran dengan pantai di jeti.

Salah seorang eksekutif yang bekerja, Azizul Mohd amat peramah dan bertanya aku banyak soalan mengenai politik di peringkat nasional; terutama sekali Anwar Ibrahim.

Oleh kerana kami pelanggan pertama sampai, (kami tiba 6.30 malam dan restoran tersebut sepatutnya mula beroperasi pada 7 malam), kami tetap disambut. Mungkin kerana mereka mengenali ahli parlimen yang ada. Dari appetizer, main course sehingga desert, kami berborak.

Tempat tersebut merangkumi tiga bahagian; bar di mana terdapat sofa-sofa malas dan bar untuk minuman alkohol, ruang makan utama di bawah chandelier antic dan bbq pit di luar dengan pemandangan pantai. Pantai tersebut tidak ditambak menjadikan kami boleh terus mencecah kaki ke gigi laut.









Labels:

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com