Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, August 04, 2008
SUSUK: Akhirnya Berjaya ke Layar Panggung
iJemputan yang aku terima untuk hadir ke preview filem kontroversi Susuk 30 Julai lepas di GSC One Utama tidak aku tolak memandangkan filem ini sememangnya aku nanti-nantikan.
Kedua-dua figur, Amir Muhammad (pengarah filem) dan Nizam Zakaria (penulis novel) ini aku memang kenal rapat dan faham pemikiran dalam menghasilkan karya-karya mereka.
Apabila Amir dan Nizam menyatakan bahawa mereka sedang dalam penggambaran filem mistik ini dua tahun lalu, aku takut file mini tidak akan Berjaya memasuki panggung kerana kontorversi-kontroversi yang mereka timbulkan dalam karya-karya mereka. Tapi aku bangga apabila mereka berjaya menambat Grand Brilliance (GB) untuk akhirnya menayangkannya.
Amir dalam ucapannya memberitahu bahawa beliau tidak terkilan apabila filem ini hanya mendapat dua potongan sahaja.
Amir ketika sidang media
“Lebih baik daripada diharamkan terus,” ucapnya secara seloroh.
Filem beliau sebelum ini, ‘Lelaki Komunis Terakhir’ mengundang kontroversi apabila diharamkan daripada tayangan akibat memaparkan pemimpin komunis ketika memperjuangkan kemerdekaan Malaya.
Pengurus Besar GB, Ahmad Puad Onah berkata, unsur mistikal yang dibayangkan dalam amalan susuk menjadi landasan untuk menarik minat penonton ke panggung. Ini ditambah dengan dunia seni sebagai latar filem yang menjadikan jalan ceritanya semakin menarik, selain penampilan Pelakon Terbaik Malaysia, Ida Nerina bergandingan dengan Diana Rafar yang tidak mengecewakan biarpun kali pertama mereka berdua muncul di layar perak bersama.
“Susuk, cukup dengan itu sebagai judul bagi sebuah filem, nyata menjadi kelebihan buat GB dalam memasarkan filem terbaru ini,” katanya dalam ucapannya di majlis pra tonton Susuk. “Unsur mistikal yang dibawa amalan susuk, ditambah dengan latar hitam dunia seni yang pada zahirnya nampak glamour dan indah, menambah lagi minat terhadap pembikinan Susuk.”
Susuk berkisar mengenai kehidupan dua watak misteri, Soraya iaitu seorang pelatih jururawat dan Suzana, seorang diva dunia seni. Soraya, gadis muda biasa yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai impiannya menjadi seorang bintang manakala Suzana harus berdepan dengan akibatnya apabila susuk yang diamalkannya untuk memelihara kedudukannya memerlukan dia mengorbankan nyawa.
Perjalanan yang mempertemukan dua watak ini bakal membongkar rahsia kehidupan serta misteri amalan susuk mereka.
Dalam ucapannya, Ahmad Puad mengakui elemen yang dibayangkan filem yang turut mengumpul nama-nama besar lain dalam dunia lakonan, antaranya Adlin Aman Ramlie, Sofea Jane dan Aleeza Kassim itu menyebabkan penonton serta pengkritik meletak harapan lebih tinggi untuk melihat sebuah karya yang baik.
“Selain mengimbangi pandangan daripada dua sutradara dalam penghasilan Susuk, kita menitikberatkan aspek lain seperti teknik pengimejan komputer bagi menghasilkan sebuah filem yang bermutu.
"Malah usaha keras ini turut memberikan satu kepuasan kepada semua tenaga kerja di sebalik tabir apabila filem ini layak bertanding di Festival Filem Malaysia ke-21 dan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam.
“Susuk juga diharap menepati citarasa penggemar filem Melayu untuk menikmati sentuhan sutradara muda yang mempunyai nama besar dalam dunia indie sekaligus mencipta penonton baru untuk mengenali dan menyukai filem-filem mainstream tempatan.”
Dan, persoalannya kini, sejauh mana anda bersedia menyelongkar misteri dunia hitam amalan susuk?
Siapkah anda untuk menerjah di sebalik tabir glamour dunia seni mengenai siapa diva pujaan anda sebenarnya?
Bagi memperhebat promosi Susuk yang dijadual ditayangkan di seluruh negara mulai 7 Ogos ini, pelbagai program diatur termasuk sesi temuramah serta kemunculan barisan bintangnya di media cetak dan elektronik tempatan.
Labels: Amir Muhammad, grand brilliance, ida nerina, sofe jabe, susuk
0 Comments:
Post a Comment
<< Home