Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, July 30, 2008

Desa Mentari Di Mata Dunia

Dengan kerja-kerja yang tidak pernah lekang, tanpa disedari aku telah membawa Desa Mentari ke mata dunia melalui dokumentari yang ditayangkan saluran berita antarabangsa al-Jazeera.

Pada 3 Julai yang lalu, aku telah membawa siaran TV ini ke sebuah kawasan yang dibelenggu kesempitan akibat pembangunan yang tidak mampan. Sebenarnya, aku telah dipanggil oleh salah seorang produser di siaran TV itu untuk mencadangkan kepada mereka tempat yang sesuai dan mempunyai kesan yang besar akibat kenaikan harga petrol beberapa bulan lalu.

Secara serta-merta aku membuat perancangan utuk mereka dan mendapat sebauh keluarga di Blok 3, Desa Mentari untuk dipaparkan di dalam dokumentari mereka.

Aku bangun seawal 5 pagi untuk membawa penerbit, Ong Julin dan jurukamera Matthew Allard ke lokasi penggambaran.


Zopri memulakan hariannya dari rumah.

Zopri mula bersedia untuk ke tempat kerja.

Zopri mengisi minyak motor di stesen Petronas, Desa Mentari

Zopri sedang bekerja di pejabatnya


Zopri yang dipaparkan di dalam rakaman tersebut terpaksa menjalankan beberapa kerja untuk menanggung keluarga mereka atas kesempitan kehidupan berpunca daripada kenaikan harga petrol.

Malangnya, aku tidak dapat mengikuti mereka untuk penggambaran sebelah petang kerana terpaksa bekejar ke tempat kerja lain.

Sebelum ini, pada 24 Februari 2008, aku pernah didatangi al-Jazeera untuk memaparkan kes pengundi hantu.....dan aku membawa seluruh krew ke Blok 2 Desa Mentari untuk rakaman mereka.

Alhamdulillah, isu yang aku bangkitkan menerusi al-Jazeera yang dirakamkan di Desa Mentari itu mendapat perhatian Ahli Parlimen untuk mendapat maklumbalas daripada Perdana Menteri.

Berikut ialah soalan yang akan dibentangkan dalam soalan lisan pada sessi yang akan bermula 18 Ogos hadapan:

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil daripada siasatan polis berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Sharmila Turaisingam pada 12 Januari 2008 bahawa beliau tidak pernah berdaftar sebagai pengundi tetapi namanya terdapat di dalam senarai pemilih di Kubang Kerian, Kelantan.


Rakaman juga dibuat di Glenmarie (gambar atas) di mana rumah pengudi hantu yang aku kenalpasti.

Aku diberitahu bahawa rakaman yang kami buat itu mendapat anugerah global.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com