Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, July 26, 2008

Charles Alu-alukan Keputusan Westport Tingkatkan Insentif Pekerja




Ahli parlimen Klang, Charles Santiago mengalu-alukan keputusan syarikat pengendali pelabuhan Westport Malaysia Sdn Bhd yang meningkatkan manfaat dan insentif kepada pekerja-pekerjanya dalam menanggung beban inflasi.

“Westport juga menggalakkan pekerjanya untuk menukar penggunaan petrol kepada gas dengan penyediaan skim pinjaman dengan kadar yang rendah,” kata Charles dalam kenyataannya 22 Julai lalu.

Pihak pengurusan Westport telah mengumumkan peningkatan gaji sebanyak RM50 untuk semua kakitangan bahagian pengeluaran dan penyelenggaraan yang diukur melalui prestasi berdasarkan insentif baru yang diumumkan termasuk pinjaman RM4,000 dengan kadar faedah 4% bagi kakitangan yang berhasrat menukar penggunaan petrol kepada gas, modal awal bagi memulakan perniagaan kedai runcit dan memudahkan para pekerjanya untuk membeli barang-barang keperluan dengan kemudahan e-dompet.


Ahli Parlimen itu juga menyeru syarikat-syarikat lain mencontohi pengurusan Westport dalam mementingkan tangungjawab sosial kepada pekerja, keluarga mereka dan negara.

Dasar yang diperkenalkan itu selaras dengan tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Lembaga Perniagaan Dunia dalam pembangunan mampan.

Charles juga menyeru Kementerian Sumber Manusia untuk bekerjasama dengan komuniti perniagaan dalam meningkatkan tahap tanggungjawab sosial dan memastikan setiap usaha yang dibuat meringankan beban dalam masa kesukaran seperti sekarang.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com