Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, July 19, 2008

Ahli Parlimen Kelana Jaya Ditumbuk


Pada 18 Julai 2008 (Jumaat) ialah hari yang ditunggu-tunggu sebab aku tidak perlu ke Parlimen mendengar debat-debat mengarut wakil-wakil rakyat. Semalam juga hari terakhir persidangan untuk sidang pertengahan tahun.

Sekarang aku dalam proses mengumpulkan soalan-soalan dan usul untuk Parlimen Kelana Jaya bagi sidang parlimen akan datang.

Semasa aku membuang masa di Bangsar jam 6 petang, aku ditelefon oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh (GB).

GB: Did you hear the news?

Aku: About what? Don't give me news like somebody else submitted another statutory declaration!

GB: No lah.... I got punched by Azam.


Aku: F**K! What happen?

GB: I was trying to get clarification from him regarding the approval of surau at D
esa Mentari. There were about 100 people gathered there.

Aku: And he punched you because of MP asking for clarification?


GB: Yes


Aku: Then, what happen?


GB: And then, the people surrounding that area trying to wallop him. Lucky police was there and took him to lock-up.


Aku dah memberitahu ramai orang yang aku telah pun meletak jawatan sebagai setiausaha keADILan Bahagian Kelana Jaya dan tidak mahu mencampuri urusan dalaman Bahagian.

Tetapi kes yang berlaku hari itu sememangnya mencoreng arang kepada Parti.

Pada malam berkenaan, Bendahari Agung (keADILan) yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ketua Penerangan (keADILan), Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu menelefon aku untuk mendapatkan penjelasan.

Hari ini aku dihujani dengan panggilan ahli-ahli Biro Politik, wartawan dan kenalan di seluruh DUN Seri Setia mengenai kejadian memandangkan aku merupakan setiausaha Ahli Parlimen berkenaan. Dan aku memberitahu mereka, aku tidak berada di tempat kejadian dan perkara itu diserahkan kepada pihak polis. DAN AKU DAH LETAK JAWATAN BEBERAPA MINGGU LEPAS KEPUTUSAN PILIHAN RAYA!

Mereka mula tanya, kenapa aku letak jawatan? Ada problem ke?

Masalah aku letak jawatan, masalah lain. Aku sudah pun terangkan kepada Ketua Bahagian, Syed Shahir Mohamud.

Gwo-Burne pula akan membuat kenyataannya sewaktu merasmikan TELLUTAU: An Arts Exhibition malam ini di LOOKISS Gallery, 1A-1 ANZEN Business Park, Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Gwo-Burne akan merasmikan pameran tersebut disamping aku akan menjual buku SELAK.



Aku tidak mahu dikecam sebagai menggunakan insiden semalam sebagai tempat aku mengungkit sebab aku meletak jawatan sebagai setiausaha Bahagian.


Siapa Azam?

Azam atau nama penuhnya, Mior Azam Shah bin Mior Yahya, 26 ialah pembantu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan gajinya dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tugas utama beliau ialah untuk berada di Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Setia, di C-G-05, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/5 B, Kelana Jaya setiap hari bagi mengambil aduan daripada orang ramai. Beliau juga kelihatan memandu ADUN dalam lawatan-lawatan ADUN ke kawasan.

Sebelum ini, Azam pernah bertugas sebagai tukang masak di kantin dan tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan, Badrulhisham Shaharin (chegubard) juga pernah membuat keluhan mengenai Azam kerana sering menangguh program penerimaan borang kemasukan ahli baru dari USJ sehingga chegubard dan Tian Chua terpaksa hadir sendiri ke USJ kerana tidak mahu memberikan tanggapan buruk orang ramai terhadap Parti.


Berikut ialah laporan dari MSTAR:

Mutakhir

LOH DIKASARI... Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa beliau dikasari pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.

Beliau membuat laporan polis ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah di Desa Mentari, Petaling Jaya pukul 3 petang semalam.

Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek."

Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf, jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu sambil berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Kapsyen:

LOH Gwo Burne menunjukkan bahagian mukanya yang menjadi sasaran serangan pembantu khas Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia di Petaling Jaya semalam.

Labels: , , , , ,

20 Comments:

At 3:44 pm, Anonymous Anonymous said...

GB was punched by Azam in front of a crowd. GB was trying to be too smart by trying to get into a racial fight between the malays and the indians. He was trying to stop a construction of a surau there. The promise he made to the indian community against the malays was "IF I CAN'T STOP THIS MOSQUE BUILDING, I WILL RESIGN AS MP".

-penduduk desa mentari

 
At 11:10 am, Anonymous Anonymous said...

Faisal,

Dlm kes ini, Gwo Burne yg bertindak tidak matang. Dia seharusnya tahu bidang kuasa seorang Ahli parlimen.

Kenapa dia perlu campur tangan dlm urusan pentadbiran kerajaan Negeri (DUN)?

Ttg Azam pula, penduduk-penduduk Desa Mentari yakin Azam tidak bersalah dalam hal ini. Dia cuma menjalankan tugasnya untuk menenangkan keadaan tetapi GB bertindak melampau dgn melakukan provokasi dan membangkitkan sentimen perkauman.

GB sepatutnya kena sedar yg tanah di kawasan tersebut sejak awal sudah digazetkan sebagai surau. GB bertindak kurang ajar dgn mempertikaikan status tanah itu sebagai "bukan tanah Melayu" yang jelas menghina sensitiviti penduduk sekitar dan mencetuskan suasana tegang.

GB cuba mencetuskan pergaduhan antara kaum. Sepatutnya beliau berbincang dgn Pejabat ADUN Seri Setia terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan menyerang pejabat Exco Dr Hasan Ali.

Sdr jangan menjaja dendam peribadi yg mungkin wujud antara sdr dgn Azam. Ini persoalan politik, bukan peribadi. Adalah tidak adil buat sdr faisal utk menyerang Azam di blog ini.

-Ahli PKR Desa Mentari

 
At 1:30 pm, Anonymous Anonymous said...

salam sdr. faisal,

maaf andainya ada kata yang menyinggung perasaan tetapi apa yang saya hendak perkatakan adalah tulisan sdr didalam blog sdr berkenaan isu GB ditumbuk.

sdr. faisal,

saya ialah penduduk desa mentari dan amat mengenali azam.isu yang ditimbulkan adalah berkenaan tapak surau dan provokasi GB terhadap kaum melayu.kenapa sdr terlalu bodoh dan bangang menyerang peribadi seseorang.saya tak tauhu apa dendam sdr terhadap azam, tapi apa yang saya sdr cuba mengambil kesempatan untuk menyerang peribadi azam dalam isu ini.

sdr. faisal,

adakah saudara berada ditempat kejadian pada masa kejadian itu terjadi?saya nak memeberitahu saudara aapa yang diluahkan GB pada hari tersebut.GB menyatakan kepada kaum india bahawa projek surau ini aakan dipastikan tidak terjadi dan jika terjadi GB berjanji pada kaum india akan melawan kes ini jika gagal GB akan meletak jawatan.itu satu, seperkara lagi adakah wajar ia menyatakan "INI BUKAN TANAH MELAYU" kepada orang yang berada disitu didalam bahasa inggeris.kenyataan seperti ini boleh mencetuskan kemarahan orang melayu.sekarang siapa yang tidak matang dalam hal ini.diajak berunding untuk selesaikan kes ini di pejabat GB tidak mahu tetapi sebaliknya memprovokasi sehingga tercetus ketgangan antara kaum.saya harap sdr. dapat merenungkan masalah ini kerana sdr. juga orang melayu yang beragama islam.jika kita tak pertahankan maruah bangsa dan agama kita apa yang kita ada lagi.adakah saudara ingin lihat bangsa kita dijajah semula?????

anak jati kg. penaga-desa mentari

 
At 1:40 pm, Anonymous Anonymous said...

sdr. faisal

kenapa sdr. suka menyerang peribadi orang didalam blog saudara. kenapa tidak berdepan.adakah sdr. faisal nio bacul dan tidak berani berhadapan dengan orang.saya mengenali azam dan saya tahu siapa azam. sdr. menulis didalam blog azam tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya bekerja kantin sahaja. saya nak beritahu sdr. faisal azam dan saya sama-sama belajar di "FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA" didalam bidang "CULINARY ART".saya rasa sdr. tidak mengenali siapa azam sebenarnya.azam ialah seorang bekas chef di beberapa buah hotel di malaysia dan singapore.dia pernah mewakili malaysia didalam festival maakanan antarabangsa di jepun dan australia. dia pernah berkhidmat di shangrila singapore dan pernah berkhidmat di shangrila rasa sayang resort penang.adakah sdr. merasakan diri saudara terlau hebat sehingga boleh mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.ingat sdr. hari ini kita berada diatas besok mungkin kita tersungkur di pintu neraka.

"CHEF RIDZUAN"
LANGKAWI

 
At 1:43 pm, Anonymous Anonymous said...

apa hal lu mamat,

lu ni ada masalah menrta ke? gua tak suka bangsa melayu jatuhkan bangsa melayu.lu ni biol la.

desa mentari

 
At 4:35 pm, Anonymous Anonymous said...

SALAM,
saya nak ingatkan sdr. faisal, bahawa sdr, faisal pun pernah melakukan kesilapan di kawasan desa mentari.jangan serang peribadi orang.saya kenal dan tahu tabiat buruk sdr. faisal.ingat ALLH MAHA MELIHAT DAN MENGATAHUI SEGALANYA.HAMPARKAN LAH SEJADAH DAN SUJUDLAH KEPADNYA.MOHONLAH KEAMPUNAN SEBELUM TERLAMBAT.CERMIN DIRI SENDIRI SEBELUM MENYERANG PERIBADI ORANG.

 
At 4:51 pm, Anonymous Anonymous said...

salam faisal,
pakcik nak kenalkan diri pakcik sebagai haji musa.penduduk sejati kelana jaya.
faisal,
pakcik terkejut apabila pakcik baca tulisan faisal dalam blog, nampaknya faisal tidak matang dan tidak mampu berfikir dengan waras.sebab pakcik berkata begitu kerana faisal merasakan diri faisal terlalu hebat dan boleh menyerang sesiapa sahaja.pakcik kenal faisal dan pakcik amat kenal azam.sebelum faisal masuk ke desa mentari pakcik dah kenal siapa azam.tak usahlah menjaja cerita orang sedangkan diri sendiri pun tak betul.faisal sendiri pun tak jalankan solat lima waktu bagaimana faisal nak buka aib orang.kalau faisal ni cukup sembahyang lima waktu tak pernah tinggal satu waktu pun dan sentiasa mengingati ALLAH pakcik percaya faisal boleh menjadi orang beriman tapi apa yang pakcik nampak pada kempen pilihanraya yang lalu faisal cukup liat nak masuk masjid/surau.kenapa faisal?sedangkan waktu solat fardhu telah masuk.berubahlah faisal dan jangan terlalu angkuh dan sombong kelak ia memakan diri.
pakcik rasa dalam soal ini GB yang bersalah kerana dia tak sepatutnya mencampuri urusan pejabat ADUN.biarlah pejabat ADUN yang selesaikan perkara ini.GB adalah satu manusia yang paling bodoh kerana sebagai MP dia sepatutnya tahu dimana batas-batas tugas sebagai seorang ahli parlimen. jangan terlalu hendak menunjuk seolah-olah ia berkuasa.faisal pun sama juga suka meninggi diri dan tak pernah nak menghormati orang.sedarlah faisal rumah kata pergi kubur kata mari.
wasalam

 
At 5:07 pm, Anonymous Anonymous said...

faisal, dgr kata ada utang dgn pemuda bahagian kelana jaya sebanyak RM 2000 lebih. betul ke?

kenapa letak jawatan SU bahagian dulu? ada kes ke?

jgn jadi mcm budak2 la faisal. tolong jgn jaga tepi kain org okay. diri sendiri pun tak terurus, nak sebuk campur hal org.

 
At 6:08 pm, Anonymous Anonymous said...

apa hal lu faisal,
lu hutang dengan amk kelana jaya 2000 lebih n lu belah pastu lu nak jaja cerita buruk orang.
lu letak jwatan s/u bahagian kelana jaya pasal apa? pasal lu dah tak tahu nak bayar macam mana 2000 lebih tu kan.jangan sibuk hal orang jaga diri sendiri.

 
At 6:12 pm, Anonymous Anonymous said...

faisal, kau jangan nak campur adukkan masalah peribadi kau dengan isu GB.kau jangan jadi manusia yang bodoh.kami penduduk desa mentari tahu apa yang terjadi. kau pun masa kat desa mnetari kau pun ada bikin kecoh.cuma kitaorang senyap jer tapi dalam hati bengkak gak.kau dah tak duduk dalam bhg kj jangan nak banyak cakap.

 
At 6:13 pm, Anonymous Anonymous said...

woi mamat biol, kau ni mental ker? kalau mental kau pegi duduk kat tampoi sebab orang macam kau duduk kat tampoi lagi baik aman sikit dunia ni.

desaria

 
At 6:17 pm, Anonymous Anonymous said...

apa nak jadi la engkau ni dah la bawa lari duit orang pastu engkau nak tunjuk baik pulak.kau selesaikan hutang engkau tu dulu baru engkau boleh cerita hal orang.diri sendiri pun biol nak tegur orang.

 
At 6:18 pm, Anonymous Anonymous said...

faisal,aku tahu engkau ni orang yang tamak dan gila kuasa.tapi kau kena ingat cerita buruk engkau tu semua orang tahu.

 
At 12:53 am, Blogger Unknown said...

Saya menghargai semua komen-komen yang ditulis di dalam blog ini.

1. Saya sudah mengagak ramai orang akan mempertikaikan hasil kutipan daripada pertandingan-pertandingan bowling Angkatan Muda Kelana Jaya yang dianjurkan sejak penubuhan Bahagian.

Saya telah beberapa kali meminta rakan jawatankuasa untuk membentangkan jumlah sebenar dan nombor akaun untuk saya menjelaskan semuanya, namun sehingga kini saya masih tidak memperolehinya akibat kesibukan beliau.

Insya-Allah, sebaik sahaja nombor akaun diberikan, akan saya jelaskan. Saya tidak mahu wang tersebut jatuh ke tangan pihak yang tidak berkenaan. Saya juga halalkan semua kos-kos yang saya keluarkan dan terlibat sewaktu menganjurkan pertandingan tersebut. Kebanyakannya daripada hasil kutipan dana, dan simpanan saya sendiri. Saya harap semua pihak bersabar dan memberi waktu yang cukup kepada pihak jawatankuasa memberi nombor akaun untuk saya masukkan.

2.Menyerang secara fizikal bagi saya, masih tetap salah sungguhpun ia berkaitan dengan sikap provokasi atau tinggi suara. Lebih-lebih lagi penyerang melakukannya dalam keaadaan siuman dan disengajakan.

3. Persoalan tanah gazet, ianya tidak pernah dinyatakan oleh mana-mana pihak sungguhpun pihak Ahli Parlimen beberapa kali membuat pertanyaan sehingga memaksa beberapa kumpulan bertindak sedemikian.

4. Adakah sesuatu sentimen perkauman berlaku apabila seseorang bertanya mengenai prosedur kelulusan tanah itu dibuat?

Adakah soalan seperti "IF I CAN'T STOP THIS MOSQUE BUILDING, I WILL RESIGN AS MP", merupakan persoalan sentimen perkauman? Bagi saya, persoalan tersebut bertanya mengenai pembinaan surau yang mendapat kelulusan tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk sekeliling.

5. Dendam peribadi? Saya tidak ingin langsung untuk membuat sebarang serangan peribadi. Malah, saya meletak jawatan dengan sukarela.

Kekurangan AJK tidak pernah dan tidak mahu saya ungkitkan langsung sebagai aset serangan. Tetapi isu tersebut sudah menjejaskan imej Parti bukan lagi isu Bahagian.

Seperti yang saya nyatakan di dalam blog, saya tidak perlu menyatakan alasan perletakan jawatan saya kerana sehingga tarikh mesyuarat Bahagian yang terakhir yang saya hadiri, saya sudah pun meminta maaf kepada beberapa pihak yang terguris hasil daripada penulisan saya itu.

Selepas beberapa insiden yang saya lihat kehadiran saya (sungguhpun) tidak berbuat apa-apa masih tidak membawa kesenangan beberapa pihak, saya membuat keputusan meletak jawatan, untuk kebaikan Parti, untuk kebaikan perjuangan rakyat - secara sukarela dan tetap dengan keputusan saya.

Gila kuasa tidak berlaku dalam perkara ini kerana saya tidak pernah bertanding sebarang jawatan, dan cuba mengelak daripada memegang sebarang jawatan bagi memberi laluan kepada sesiapa yang berwibawa. Selepas ramai yang mula aktif, apalah salahnya saya mengundur diri secara sukarela? Saya juga menolak pertandingan Exco Angkatan Muda Pusat kongres lalu sungguhpun menerima pencalonan tangga ke-empat tertinggi. Saya juga menolak tawaran Parti untuk bertanding dalam pilihan raya umum lalu. Adakah ini gila kuasa?

6. Mengenai ibadah, saya mengetahui kelemahan dan saya akan berusaha untuk menjalankan ibadah solat lima waktu serta rukun-rukun Islam yang lainnya. Saya masih menunaikan solat apabila mempunyai kelapangan. Saya faham tabiat meninggalkan solat tidak disenangi agama, namun saya mengaku mempunyai kekurangan. Terima kasih atas teguran Haji Musa dan saya akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.

Sallam kepada semua.

 
At 8:48 am, Anonymous Anonymous said...

Faisal,

Semua orang kenal bahawa kau ni orang rajin. Aku tau dulu sebelum pilihan raya, orang paling aktif bahagian Kelana Jaya kau, dan antara yang selalu cerita kerajinan kau depan semua orang yang duk kutuk kau ialah Nik Nazmi.

Tapi dari penulisan kau time election sampai insiden terbaru ni, membayangkan ketidakmatangan kau, dan kegagalan kau bergerak dalam organisasi. Kau hentam sana sini kononnya pejuang tulen, tapi kau tak faham pejuang-pejuang macam Syed Husin atau Syed Shahir pun ada hikmah dalam perjuangan.

Dulu aku ingat lagi kau duk rajin buat tu buat ni dengan Nik Nazmi - dia masuk kancah pilihan raya belajar mematangkan diri dalam politik. Kau disuruh resign dari jawatan kau dan masih lagi tak serik-serik menangguk di air keruh.

Yang sedihnya Faisal, tindakan kau ni membuatkan orang tak nampak dah sumbangan kau dahulu. Fikir lah sikit nak tulis apa-apa kat blog ni. Kau ada contact ke Nik Nazmi atau Azam tanya cerita mereka? Mungkin kau ada dendam dengan Azam but setahu aku Nik Nazmi orang paling setia defend kau selama ni.

 
At 12:31 pm, Anonymous Anonymous said...

Salam,

Saya merasa agak lucu membaca komen-komen dalam blog ini. Saya cuma ingin memberikan beberapa ulasan.

1. Apa yang ditulis saudara Faisal adalah fakta. Faktanya, Saudara Azam yang menampar Loh Gwo Burne telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang- iaitu menyerang individu secara fizikal (apatah lagi seorang MP). Ini saya kira jarang atau tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Adakah tindakan mencederakan seseorang dengan menggunakan kekerasan ini wajar? Kenapa tidak mengguna saluran yang betul sekiranya Saudara Azam tidak berpuashati? Bukan kah lebih elok jika masalah tersebut dibincang secara berhemah? walau apa alasan sekalipun, tindakan menggunakan kekerasan adalah tidak wajar sama sekali.

2. Saya akui MP Gwo Burne mungkin sedikit emosional dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku di kawasan tersebut, tetapi sekali lagi saya ulangi persoalan, Apakah saudara-saudara semua pasti tindakan Azam menampar GB akan menyelesaikan masalah yang berlaku di situ? Bukankah tindakan itu hanya akan menjadikan suasana semakin rumit dan kecoh? sedikit keceluparan yang muncul dari mulut GB masih tidak boleh menghalalkan tindakan saudara Azam menampar beliau. A pakah negara kita ini tidak mempunyai undang2???

3. Tindakan saudara Azam menampar MP Gwo Burne menunjukkan tahap intelektualnya yang rendah. Tidak kiralah kelulusan apa yang dia ada, tapi jelas menunjukkan beliau tidak boleh berhadapan dengan sesuatu isu secara bijak dan profesional. Apakah saudara semua ingin membawa budaya samseng ke dalam PKR? budaya gengsterisme? budaya 3 line? Apa yang saya pasti, tindakan Azam ini tidak lebih dari meniru semula budaya yang diserap selama ini di dalam Umno (iaitu budaya samseng ala kampung) sedangkan masalah tersebut saya pasti boleh diselesai secara muafakat tanpa menunjukkan sebarang kekuatan fizikal, walau atas alasan apa sekalipun.

4. Saudara2 marah apabila membaca posting Faisal dan menuduh beliau membuat serangan peribadi. Tapi apakah Komen-komen saudara tidak menyerang Faisal secara peribadi? Apakah wajar mempertikaikan tentang amalan ibadah org lain? siapa saudara untuk menentukan dosa dan pahala seseorang??

5. Oleh sebab itu, hentikan lah terlalu banyak politiking dalaman. Fokuskan lah niat saudara2 semua untuk memperjuangkan hak rakyat, bukannya membawa budaya politik kampung ala UMNO ke dalam parti yang masih setahun jagung ini. Gunakan lah akal yang waras dan rasional dalam setiap tindakan saudara2 semua.

6. Saya tidak berniat untuk mempertahankan Faisal, tetapi apa yang benar tetap benar. Saya tidak dibayar untuk ini. Selama saya mengenali Faisal, saya senang sekali dengan karektor beliau, tidak sombong seperti mana segelintir pemimpin2 kecil (bawahan) yang baru nak naik. Beliau boleh berhubung dengan semua jenis golongan tak kira siapa dan sikapnya yang low profile. Sepanjang yg saya tau, Faisal ni bukan lah tamak sangat dengan kuasa seciput yang seperti saudara2 semua uar2 kan itu.Tak ade la macam sesetengah tu, baru dapat jawatan sikit dah mula nak berlagak dan mula nak tunjuk belang.




Zam

 
At 7:09 pm, Anonymous Anonymous said...

saya setuju dengan komen zam. Faizal yg saya kenal memang bagai air dan api dengan azam jaraknya berbezaan pembawakan mereka.

 
At 2:03 am, Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

 
At 2:13 am, Blogger Unknown said...

Sallam sdr Zarul

Adakah penglibatan saya sebelum ini berkehendakkan penghargaan? Adakah saya berada dalam politik untuk dihargai?

Tidak terlintas sekali-kali.

Dan, saya tidak pernah membanding diri saya sendiri dengan Syed Husin mahupun Syed Shahir. Tdak terbanding rasanya.

Perletakan jawatan saya sebagai setiausaha Bahagian bukannya disuruh, tetapi atas kerelaan sendiri. Saya minta sdr periksa fakta dengan betul. Bahkan, Syed Shahir, selaku Ketua Bahagian berulang kali meminta saya untuk menimbang keputusan tersebut tetapi saya tetap dengan pendirian dan meminta dia menghormati keputusan saya.

Menangguk di air keruh? Persoalan ini tidak berlaku kerana saya sudah mengulangi dengan HURUF BESAR bahawa saya tidak mahu lagi mencampuri urusan Bahagian. Dan sememangnya saya memegang kepada kata-kata itu sehingga kecelakaan berlaku - dan ini tidak ada kena-mengena dengan halsaya mencampuri urusan Bahagian. Ia disiarkan di akhbar-akhbar tempatan.

Cuma insiden yang berlaku merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Penulisan saya tidak ada langsung berkaitan dengan serangan peribadi. Saya cuma berpendapat perselisihan tidak sepatutnya berakhir dengan tindakan fizikal.

Namun saya ucapkan terima kasih atas komen sdr.

 
At 8:55 pm, Blogger jasonbob said...

lebron 18
lebron 18
kobe byrant shoes
kenzo clothing
curry shoes
curry 8
kobe sneakers
kyrie 5 spongebob
moncler
golden goose outlet

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com