Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, July 08, 2008
Protes 6 Julai: Jangan Alih Pandang
Demonstrasi ialah satu cara untuk menyatakan pendapat, suara dan pemikiran. Demonstrasi tidak semestinya dengan laungan, perarakan sahaja. Demonstrasi juga boleh diadakan melalui kaedah-kaedah lain seperti lukisan, sajak, nyanyian, ucapan dan pergerakan - dalam menyatakan pendapat mereka. Sebelum pilihanraya umum yang lalu, aku ditawarkan untuk bertanding. Tetapi aku tetap merasakan bahawa demokrasi dan menyatakan pendapat aku bukan hanya melalui Dewan Undangan Negeri mahupun parlimen!
Aku nak beri contoh perarakan Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun. Ia juga satu kaedah demonstasi dengan melaung-laungkan kebesaran Nabi Muhammad. Juga setiap 31 Ogos apabila kita melihat anak-anak muda dan belia melonjak-lonjak di Dataran Merdeka secara paksa. Itu juga salah satu kaedah demonstrasi. Namun, setakat ini, perarakan dan demonstrasi jalanan untuk acara tersebut tidak pernah memohon permit dan dikacau oleh tentera mahupun polis.
Ramai yang menulis di dalam blog bahawa protes 6 Julai baru-baru ini berbentuk karnival, bukannya demonstrasi membantah kenaikan harga petrol dan mendesak kerajaan menurunkan harga sehingga mengakibatkan kos penghidupan rakyat menurun dan mengundang inflasi.
Aku betul-betul kesian dengan mereka. Aku pernah berada di negara Eropah dan Asia Timur di mana demonstrasi, sama ada menyokong polisi atau membantah, ia dilakukan dengan pelbagai cara bergantung kepada kreativiti penganjur.
Pernah suatu masa dahulu aku membaca di majalah antarabangsa model-model terkemuka hanya memakai baju yang nipis sehingga menampakkan susuk tubuh mereka hanya membantah penggunaan kulit haiwan sebagai pakaian mereka. Mereka juga berdemonstrasi.
Nyanyian, persembahan dan tarian yang dibuat semasa protes 6 Julai mengikut salah satu kaedah kreatif penganjur dalam menyatakan bantahan tersebut. Tidak ada apa salahnya. Malah, Caburatur Dung yang membuat persembahan pada hari itu juga berjaya menyatakan kebosanan mereka dengan pemimpin di Putrajaya. Cuma...... Alak (vokalis) menunjukkan 'bahagian belakangnya sahaja ke khalayak ramai.
Media telah mensalahtafsirkan keadaan yang berlaku. Aku berada di tengah padang stadium MBPJ Kelana Jaya pada hari itu dan menunggu-nunggu Caburatur Dung membuat persembahan.
Alak berkata, "Ini lagu Jilat bukannya liwat." Alak berkata begitu semasa memperkenalkan lagu terakhir kumpulannya. Adakah itu salah? Alak juga tidak melondehkan seluar. Seluarnya sememangnya lodeh sebelum memulakan persembahan lagi. Kontroversi timbul hanya apabila Alak mengangkat bajunya sehingga ke paras atas pinggang sehingga menampakkan seluar dalam. Kalau aku naikkan t-shirt aku ke paras yang sama pun, orang ramai akan nampak 'boxer-short' aku.
Aku rasa, kita tidak perlu memperbesar-besarkan isu londeh seluar ini. Semuanya provokasi dalam menggagalkan protes dan mengalihpandang kepada matlamat sebenar program tersebut dijalankan.
Di Jepun, ada petani memotong jari kelingkingnya dalam protes yang dilakukan. Di Korea Selatan, ada demonstran dari kalangan petani membunuh diri kerana Perjanjian Perdagangan Bebas dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan menindas kaum petani dan buruh. Ada juga penghidap AIDS yang membunuh diri semasa demonstrasi membantah Perjanjian Perdagangan Bebas kerana tidak mampu membayar kos perubatan selepas perjanjian dilaksanakan.
Tetapi, kita tidak sampai ke tahap itu. Nyanyian, tidak kira punk, rock, dangdut, dondang sayang semuanya adalah ekspressi seni dalam menyatakan pandangan mereka.
Pihak kerajaan seboleh-bolehnya mahu mengggalkan sebarang demonstrasi membantah polisi mereka. Pegalaman aku dari BERSIH (SEBUT: Perhimpunan Rakyat Aman 10 November) sungguh menjelikkan. Sekatan-sekatan jalanraya dibuat, bas ditahan, LRT tidak dibenarkan berhenti di stesen berdekatan semuanya dibuat bagi menghalang orang ramai datang. Kehadiran bertrak-trak pihak berkuasa polis dan FRU pada ketika itu juga cuba menakut-nakutkan orang ramai daripada turun menyatakan kekecewaan mereka.
Begitu juga muslihat yang dijalankan oleh pihak berkuasa sehingga mahu melibatkan PIHAK TENTERA. Aku lampirkan dua kenyataan yang dibuat oleh NGO mengenai isu ini:
Kenyataan Akhbar Amnesty International Malaysia 4 July 2008
Rancangan mutakhir oleh Ketua Polis Negara untuk menyertakan Tentera dalam tindakan pengawasan keselamatan awam menampakan bahawa polis sedang dalam usaha mencari tambahan pengukuhan dan kuasa yang luar biasa dalam pengendalian hal-hal keselamatan awam terutamanya dalam pengawasan demonstrasi dan perhimpunan aman. Amnesty International Malaysia sebelum ini telah mengutarakan kes-kes penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh pihak atasan dalam mengetatkan kawalan perhimpunan aman. Pihak Amnesty bimbang bahawa operasi yang dicadangkan yang hanya akan membuka ruang untuk tindakan sewenang-wenangnya dan memberi kesan serius terhadap pembangunan hak asasi manusia di Malaysia.
Menurut Akta Polis 1967 segala bidang kuasa, tindakan dan terma-terma pengawasan diperjelaskan secara khusus oleh akta tersebut.Akta Polis juga merupakan mekanisma kawalan kuasa dan tindakan pihak polis di Malaysia. Pihak kami bimbang bahawa penyertaan Tentera dalam sistem pengawasan bakal mewujudkan satu tatacara pengendalian pengawasan tanpa kawalan yang melebihi dan tidak konsisten dengan peruntukan Akta Polis.
Pada hemat Amnesty International Malaysia, adalah amat tidak wajar jika tentera digunakan untuk tujuan pengawasan keselamatan awam atas sebab kebarangkalian pengunaan kekerasan yang tinggi dan melibatkan tindakan tindakan langsung terhadap orang ramai pada detik-detik kritikal yang membawa risiko pelanggaran hak asasi manusia. Rancangan ini juga bakal menyebabkan kekeliruan dalam rantaian perintah serta hemat kekadaran dan keperluan dalam penggunaan pasukan dan taktik yang diguna pakai sepanjang sesuatu demonstrasi . Ini akan menyebabkan suatu pencabulan hak asasi manusia yang amat serius termasuk kecederaan parah dan kematian.
Dunia telah menyaksikan suatu pencabulan hak asasi manusia yang amat serius pada tahun 1972 dengan insiden ‘ Bloody Sunday’ di Ireland di mana 26 orang parah ditembak dengan sekurang-kurangnya 13 dilaporkan mati atas sebab penggunaan kekerasan yang berlebihan. Insiden itu juga dilaporkan berlaku atas sebab kegagalan serius dalam rantaian perintah dan kegagalan dalam menaksir kekadaran dan keperluan dalam penggunaan kekerasan. Insiden itu turut merakamkan penglibatan pihak tentera dalam pengawasan keselamatan awam semasa demonstrasi umum.
Ekoran kejadian 1972 itu, kita harus belajar bahawa Isu keselamatan awam adalah satu isu kepentingan awam di mana fungsi pengawasan harus termaksub dibawah suatu pihak berkuasa yang bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat dan dalam perkara ini pihak polis. Pihak Polis bertanggungjawab untuk mengekalkan dan melindungi hak asasi rakyat selain daripada memelihara keamanan dan keselamatan awam, oleh itu pihak polis adalah pasukan pengawasan keselamatan awam yang paling sesuai untuk dibenarkan bertindak secara langsung dengan orang ramai di setiap saat kritikal.
Amnesty International Malaysia dengan ini menekankan yang Tentera hanya perlu mengandaikan bidang kuasa sementara untuk tujuan mengekalkan ketenteraman serta keselamatan awam hanya dalam keadaan darurat dengan perintah-perintah dan fungsi yang khusus. Kita tidak berada dalam suasana perang untuk pihak tentera untuk campur tangan dalam pengawasan.
Kita menggesa kerajaan untuk menghentikan rancangan yang dicadangkan dan memulihkan sistem kepolisan di Malaysia.
K.Shan
Campaign Co-ordinator Amnesty International Malaysia
Persembahan daripada kumpulan Lawan Tetap Lawan
REJECT CALLS FOR THE USE OF THE ARMED FORCES IN THE PRESERVATION OF PUBLIC ORDER
We, the undersigned civil society groups views with deep consternation and dismay a report carried by the local print media yesterday disclosing that members of the police and the armed forces were carrying out joint security exercises at the Police College in Cheras. The report stated that such joint security exercises focused on a possible deployment in the Klang Valley in response to demonstrations in the event of an emergency having to be declared.
The civil society groups call on the Government to firmly reject any proposal to deploy the armed forces to assist the police in maintaining order during any public rally, be it the one planned for Sunday or any other. This unprecedented measure is evidence that some of those in authority over the police and armed forces in this country are unable or unwilling to comprehend the right of citizens in this country to peaceably exercise their fundamental liberties. Any such proposal to deploy the armed forces in this manner conveys the impression to both those in Malaysia and in the world at large - wrongly - that the country is already in a state of crisis or in imminent danger of falling apart. Nothing could be further from the truth.
It will also make the recent statement of the Prime Minister that the security situation in the country is under control ring hollow. This will raise doubts about the PM's ability to provide positive leadership and to rein in irresponsible or mischievous elements within his own government who are attempting to fabricate a situation of insecurity in order to advance their own selfish political agendas.
Previous rallies however have been held peacefully without the need for any presence of army personnel. Any change in policy with regard to the deployment of the armed forces in regard to civilian matters cannot be justified at all by demonising normal exercise of constitutional rights. The Malaysians and the government are aware that we are very far from any extreme situation.
Since 8 March 2008, our country has moved forward in her journey to a more democratically- plural society. This can only be for the greater good. There are those who say that our country would suffer unless there is political stability, and by this they mean an authoritarian government. Those who thrived under the authoritarianism of the past would have us believe that the various expressions of politically- diverse views, whether by way of rallies, demonstrations or even intellectual debates and discussions at public forums, represent a breakdown of public order and therefore a threat to thesecurity of this country, thus necessitating strong-arm tactics such as the deployment of the armed forces in what would essentially be the work of crowd-control. We say that what our country needs, in order to progress and prosper, is a well-entrenched democracy. A free and fairsociety and an open democracy are crucial to our long-term peace stability. It is these that will ultimately promote harmonious living, investor confidence and economic prosperity. In this regard therefore, individuals or groups making or supporting calls for involving the armed forces in the preservation of public order are doing a grave disservice to our country and the economy.
We strongly urge the PM Abdullah Badawi to immediately assure the Malaysian public that the army would not be deployed in civilian matters and take to task those who are causing unnecessary alarm and concern and conniving in the disruption of peace and normal life in order to fulfill their personal agenda.
We call on all groups and concerned citizens to make similar calls and send a message loud and clear that any compromise of constitutional democracy will not be tolerated and must not be even contemplated.
Dari kiri: Azir, Husaif dan aku
Labels: caburator dung, PROTES
1 Comments:
macam taiko old klang road
skeat
Post a Comment
<< Home