Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, July 06, 2008
Pementasan Air Con: Realiti Sekolah Berasrama Penuh
Pada tanggal 2 Julai yag lalu, aku berkesempatan untuk menonton pementasan rakan aku, Shannon Shah bertajuk Air Con di KLPac. Dari parlimen, aku terus ke Pentas 2 di mana pementasan ini dibuat dan pada hari tersebut merupakan hari pertama ianya ditayangkan.
Aku tidak dapat melepaskan peluang untuk tidak menonton pementasan ini kerana aku seronok menonton hasil kerja Jo Kukathas (pengarah), pernah bekerja dengan Zalfian (pengarah 2) dan Dara Othman (pelakon) semasa mementaskan Ops Ophelia: Fashion Opera beberapa tahun lalu.
Rakan dari Amnesty International dan Annexe Central Market juga aku lihat ada bersama bagi memenuhi kerusi penonton.
Ianya bermula dengan kisah misteri pembunuhan kejam seorang mak nyah di mana mayatnya docampakkan di dalam parit dan tidak ada seorang waris pun yang datang menuntut mayat tersebut.
Aksi Berani
Terperanjat bilamana teater ini berani untuk melakonkan aksi-aksi berani adegan rogol lelaki-lelaki, liwat, adegan asmara lelaki-maknyah dan pembunuhan kejam. Kesemuanya ini realiti yang didedahkan di dalam Air Con.
Air Con itu sendiri dalam bahasa pasar merujuk kepada mempersiapkan aksi kulum dengan menghisap gula-gula berangin. Mujur, ianya tidak diharam pentaskan seperti pernah teater lain mendapat nasib berkemungkinan tidak memperli sistem pentadbiran kerajaan.
Sinopsis Pementasan
Chep dan Burn merupakan pelajar SM Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Sham, sebuah sekolah elit di Kedah. Burn merupakan anak emas dengan memegangjawatan ketua Pengawas dan juga Kapten kepada pasukan hoki sekolah.Teman rapatnya, Chep pula mempunyai sikap cepat marah sehingga digeruni pelajar-pelajar junior. Sekolah yang mereka duduki amat disegani dan mempunyai rekod cemerlang di dalam akademik mahupun sukan. Namun, kisah mayat pelacur mak nyah yang dijumpai dibunuh di lorong belakang stesen keretapi terbiar berhampiran sekolah menguraikan status quo dan budaya buli, jenayah seks dan keganasan. Rakan baik William dan Asif pula telah berubah daripada pelajar bendul dalam semua perkara akibat daripada aterdedah kepada kisah pembunuhan tersebut.
Teater ini juga diakhiri dengan kisah yang tidak disangka-sangka dan si pembunuh akhirnya mengaku selepas memperakui bahawa dia (lelaki) berasa iri hati kepada teman rapatnya (lelaki) yang digoda pelajar lain (lelaki) dan menjalani hubungan rahsia dengan maknyah (yang pada fizikalnya lelaki).
Pementasan ini dilakonkan oleh Amerul Affendi (Chep), Firdaus Che Yahaya (mimi), Hazarul Hasnain (Mona), Nick Davis (William), Ryan Lee Bhaskaran (Asif) dan Zahril Adzim (Burn). Ia juga dibantu oleh Nam Ron (Ustaz), Chew Kinwah (Ah Kok), Ismadi Wakiri (Cikgu hensem) dan Dara Othman (Aisywarya Roberts). Teater ini diarah oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi. Ia dibuat di dalam bahasa loghat Kedah dan Inggeris.
“Air Con” mula dipentaskan pada 2 Julai sehingga 6 Julai di Pentas 2, Kuala Lumpur Performing Arts Centre.
Labels: air con, jo kukathas, KLPAC, shannon shah, zalfian fuzil
0 Comments:
Post a Comment
<< Home