Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, June 28, 2008

Pameran Lukisan Saiful Razman: Batu-bata Psikologi Politik




Artis muda Saiful Razman mengambil suasana perubahan cuaca dalam politik Negara sebagai inspirasi beliau untuk mempamerkan lukisan dalam menginterpretasi ketegangan tersebut.

Pameran solo yang dinamakan Pelan-pelan & Bilik Gerakan itu ialah pameran solo pertama beliau sungguhpun Saiful pernah menyertai banyak pameran dan symposium. Beliau mula bergerak aktif sejak 2001 dalam aktiviti seni dalam dan luar Negara seperti di Indonesia dan Australia.

Graduan Seni dari Universiti Teknologi MARA ini mengambil motif aturan batu-bata dalam siri lukisan beliau yang menerangkan keadaan politik Negara. Beliau juga menggunakan motif logo dalam menjelaskan kecamukan media, agama dan hipokrisi moral serta tiranni monotheistic.

Dalam menjelaskan tajuk pameran, Saiful memberitahu bahawa Pelan-pelan secara literalnya bermaksud rancangan. Dalam mengucapnya, tajuk ini juga bermaksud “perlahan”.

Saiful juga mempamerkan siri 'logo' di bawah tema 'PELAN CAP' yang memaparkan hipokrisi agama dan moral, mono-budaya dan tirani mono-theistik serta ideologi kanan chauvinist. Ianya juga boleh dicetak di atas t-shirt dan boleh diperolehi dengan harga RM25.


Sebelum berakhir hari pembukaan, 40 peratus daripada hasil luikisan Saiful habis dijual. Antara lukisan-lukisan yang dipamerkan ialah Tersusun (Acrylic on Canvas, 122 x 183 cm), Berhala Berkembar (Acrylic &Bitumen on canvas, 244 x 122 cm), Tertindas (Bitumen on canvas, 123 x 215cm), Terancang (Acrylic &Bitumen on canvas, 183 x 122 cm) dan Jalur Tembelang (Acrylic & Bitumen on canvas, 213.5 x 183 cm).

Pameran tersebut juga mempamerkan koleksi fotografi HishamuddinRais dan Mohd Redzuan Othman bertajuk "789".

Dalam buku cenderamatanya, Saiful memetik rencana Hishamuddin Rais bertajuk "Lima Puluh Tahun Terang Bulan Terbarai" yang mengkirik hebat lagu kebangsaan Malaysia; Memula Moon a.k.a Terang Bulan a.k.a Negaraku a.k.a Negara Kuku.

"....Lima puluh tahunProjek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sdang kita semua lihat dan baca hari ini adalah meanifestasi daripada kegagalan Projek Malaysia, Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong, Tutup lubang gali lubang."

Sekitar 200 orang hadir di majlis pelancaran "Pelan-pelan dan Bilik Gerakan" dan mendengar ucapan perasmian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Gambar beliau bersaiz dua meter juga dilelong untuk didermakan kepada kumpulan Food Not Bombs dalam aktiviti-aktiviti mereka.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne juga hdair dan menjadi tarikan umum kerana tertarik dengan lukisan Saiful. Salah satuya ialah lukisan yang dinamakan “Pelan Cap Lingam”.

“Tidak dibuat orang,” kata Gwo-Burne yang datang bersama ahli keluarganya termasuk bapanya, Loh Mui Fah yang pada satu ketika dahulu menjadi kontroversi kerana mendedahkan klip video perbualan peguam VK Lingam dalam mencaturkan hakim di Negara ini.

Sebagai vokalis kepada kumpulan punkrock Gasoline Grenade (www.myspace.com/gasgrenade)
Saiful Razman juga menayangkan klip video laguya, Dilarang Melarang.
Pameran ini berlangsung bermula 21 Jun hingga 6 Julai akan datang. Galeri buka bermula 11 pagi hingga 7 malam dan masuk percuma Galeri The Annexe Gallery, Pasar Budaya, Kuala Lumpur.

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com