Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, June 22, 2008

SELAK Berada di Sabah!

Dari kiri: Gan, Mohammad Abdullah, Faisal, Jimmy Wong

Alhamdulillah, sungguhpun aku tiba di Tawau lewat dua jam; sepatutnya penerbangan aku tiba di pada jam 6.32 petang tetapi lewat tiba sehingga jam kira-kira 8 malam, aku berjaya juga tiba di tempat di mana majlis pelancaran buku SELAK diadakan tepat jam 8.15 malam.

Aku tiba di Grace Inn tepat pada masa ketibaan tetamu kehormat majlis tersebut, ADUN Sri Tanjung, YB Jimmy Wong sampai.

Program tersebut diadakan pada 15 Jun lepas.

Mungkin poster dan kain rentang SELAK tidak sempat ditampal, namun SELAK sempat dilambakkan di atas meja untuk disaksikan orang ramai yang sudi hadir.

Kira-kira 50 orang hadir, semua tempat dipenuhi orang ramai dan mereka kekal menunggu sehingga tamat majlis.

Ucapan Jimmy

Selain mengucapkan tahniah, Jimmy menerangkan bahawa tempoh beliau sebagai ADUN yang dipilih sebagai satu cabaran buatnya dan juga penyokongnya di Tawau khususnya Sri Tanjung.

Beliau juga menerangkan mengenai pemasalahan semasa pilihan raya diadakan kerana sesungguhnya penipuan pilihan raya berlaku secara terang-terangan.

Kes-kes seperti pengeluaran MyKad secara haram, beli-undi dan pengundi hantu amat berleluasa di Sabah semasa pilihan raya yang baru lalu.

Ucapan YDP PAS Kawasan Tawau

Faisal ketika memberi cenderahati kepada YDP PAS Tawau sambil diperhatikan oleh Jimmy


Yang Dipertua Pas Kawasan Tawau, Hj Mohammad Abdullah menceritakan pengalamannya semasa berada di Kuala Lumpur pada 10 November semata-mata untuk menyertai perhimpunan tersebut. Beliau menerangkan daripada aspek kemanusiaan dan tindakan pihak berkuasa polis dalam menggagalkan perhimpunan tersebut.

Beliau juga berharap agar semangat Pakatan Rakyat di Tawau dapat berkembang dan dieeratkan.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Tawau, Mohammad Husin dan Timbalan Ketua KeADILan Tawau, Nasaruddin Maidin.


Ucapan BERSIH

Aku juga berulangkali mengucapkan tahniah kepada pengerusi penganjur bagi pelancaran buku SELAK di Tawau, Gan yang berhempas-pulas menjayakan majlis pada malam itu.

Aku mulakan ucapan aku dengan menerangkan sejarah BERSIH, sebuah gabungan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan. Perkara ini juga dijelaskan dalam bentuk bergambar di dalam SELAK.

Aku menerangkan kesan dalam kempen kesedaran yang BERSIH yang memberi kesan yang besar dalam keputusan pilihan raya Mac lalu.

Salah satu perisitiwa bersejarah dalam perjalanan menjurus kepada pilihan raya ialah Konvensyen Rakyat BERSIH di Batu Burok dan sudah tentu Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH 10 November. Perisitwa-perisitwa tersebut perlu didokumentasikan sebagai sebahagian daripada sejarah reformasi pilihan raya di negara ini.

Kemudian, aku menyentuh juga peristiwa empat hari sebelum pilihan raya di mana Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid ABdul Rahman membuat pengumuman membatalkan penggunaan dakwat kekal. Pengumuman tersebut dibuat dengan kehadiran Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Sebelum sessi bergambar, kita membuka sessi kepada orang ramai untuk berdialog dan bermacam-macam persoalan diajukan dan kami menjawabnya dengan lancar.

Bagi penduduk Sabah, mereka boleh memperolehi SELAK di Tawau melalui Gan (016-8262111) atau Kota Kinabalu melalui Ust Anuar (013-8560679).

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com