Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, June 12, 2008

Aku Mengadap Polis Hari Ini

Urusetia Bersih disiasat polis
Jimadie Shah Othman | Jun 12, 08 12:38pm
kemaskini 3:09pm Dua petugas urusetia Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) enggan menjawab soalan-soalan pegawai penyiasat polis berhubung perhimpunan besar gabungan itu November lalu.

"Soalan-soalan yang mereka tanyakan tentang pertubuhan, tentang latar belakang Bersih dan penyertaan kami dalam peristiwa perhimpunan aman rakyat pada 10 November.

bersih ccdi inquiry 120608 03"Kami mendapat nasihat untuk tidak menjawab sebarang soalan yang dikemukakan di bawah perkara 112(2) Kanun Acara Jenayah, yang menyatakan hak kami untuk tidak menjawab sekiranya soalan-soalan tersebut meragukan dan membahayakan kami," kata Faisal Mustaffa kepada pemberita selepas tamat siasatan kira-kira sejam.

Faisal, yang juga jurucakap urusetia Bersih, dan Medaline Chang dipanggil memberikan keterangan hari ini di ibu pejabat polis Bahagian Jenayah Perdagangan, Kuala Lumpur.

Siasatan itu, menurutnya, dijalankan oleh ASP Amran Md Jusin, pegawai polis yang menghubungi mereka untuk tujuan itu minggu lalu.

ASP Amran juga pegawai sama yang menyiasat kelima-lima pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat dengan Bersih, kata Faisal.

Daripada 20 hingga 30 soalan yang disediakan oleh polis, kedua-dua mereka hanya menjawab soalan berkaitan latar belakang Bersih sahaja, tambahya.

Menurut Faisal, pihak polis mengemukakan soalan berkaitan latarbelakang dan penglibatan mereka dalam Bersih, maklumat persatuan dan kesahan gabungan itu.

"(Soalannya) tentang latar belakang saya, penglibatan saya. Tentang persatuan, mereka tanya berapa banyak ahli, kesahan Bersih, walaupun kita banyak kali ulang bahawa Bersih adalah gabungan, bukan persatuan.

"Ia adalah gabungan 71 parti politik dan NGO yang berdaftar dan yang juga tidak berdaftar. Jadi ini adalah satu gabungan. Kita bagi contoh, BN juga satu gabungan. Kenapa BN tidak disoal siasat oleh jenayah perdagangan," katanya.

Mereka juga dipanggil memberi keterangan disebabkan, antaranya kemunculan mereka dalam laman web Bersih, tambah Faisal.

bersih ccdi inquiry 120608 01"Beliau (ASP Amran) kata, siasatan sebelum ini belum selesai. Menurut ASP Amran, saya dan Medaline muncul dalam laman web Bersih dan mereka merujuk saya sebagai 'saksi-saksi yang berikutnya'.

"Dan siasatan tentang Bersih masih diteruskan, saya rasa ini adalah satu usaha menakut-nakutkan oleh BN dan polis untuk menghalang protes yang banyak akan dijalankan.

Menurutnya lagi, beliau dimaklumkan boleh dipanggil lagi sekiranya pihak polis tidak berpuas hati dengan keterangan tadi.

"Mereka akan panggil jika mereka tidak berpuas hati, tau mereka akan mengeluarkan saman yang lain," kata Faisal.

Turut hadir mengiringi Faisal dan Medaline di luar pejabat polis, ahli jawatankuasa PAS dan pemimpin gabungan itu Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu serta ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat - Liew Chin Tong (DAP- Bukit Bendera), Fong Kui Lun (DAP- Bukit Bintang), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Loh Gwo Burne (PKR-Kelana Jaya).

Lima hari selepas perhimpunan tahun lalu, selain Dr Syed Azman dan Ronnie, naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, naib presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS Mohd Anuar Tahir dipanggil oleh polis bahagian yang sama untuk memberikan keterangan.

Faisal memberitahu Malaysiakini kelmarin, keterangan beliau dan Medaline ini kali pertama diberikan kepada polis selepas perhimpunan tersebut yang dihadiri kira-kira 40,000 penyokong pembangkang.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com