Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, June 05, 2008

Laporan Amnesty Intl (M): Tahanan Tanpa Perbicaraan


Tajuk: The Red Line
Tahun: 2008
Artis: Mohd Fairuz Paisan
Medium: campuran, akrilik
saiz: 90 cm x 90 cm


Penggunaan atau ugutan untuk tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus dilakukan untuk menyekat kritikan terhadap pihak kerajaan, dengan ugutan lebih khusus terhadap 'bloggers'. Susulan daripada demonstrasi besar-besaran pada bulan November tersebut, Perdana Menteri mengingatkan ISA akan digunakan untuk mengelakkan perhimpunan secara 'haram'. ISA membenarkan seseorang itu ditahan tanpa perbicaraan sehingga dua tahun, dan boleh diperbaharui bila-bila masa.

Seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah terus ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) Ketenteraman Awan dan Pencegahan Jenayah dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA).

Di bawah akta-akta tersebut, suspek boleh ditahan sehingga 60 hari untuk siasatan di mana suatu perintah tahanan selama dua tahun dan boleh diperbaharui setiap kali untuk jangkamasa, boleh dikenakan.

Antara Januari dan Ogos, 550 orang telah ditahan di bawah DDA. Kedua-dua EO dan DDA meletakkan suspek-suspek di bawah risiko penahanan sewenang-wenangnya dan penyeksaan atau penganiayaan lain.

Labels: , , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com