Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, May 27, 2008

Pameran Solo Mustapa Haji Ibrahim : Renungan Alam Dalam Lukisan


Transisi Tangan Hitam. Acrylic. 2006.75x69cm






Selepas hampir tiga dekad penglibatan beliau dalam seni lukisan, Mustapa Haji Ibrahim diberi kepercayaan untuk mengadakan pameran solonya yang diketengahkan oleh RA Fine Arts Gallery.

Dalam pameran ini, pelukis memaparkan satu keanehan yang disifatkan ambivalen. Imajannya bersifat mujarad kerana ia merangsangkan sebagai entiti bebas yang dirangka demi mengukuhkan alam penggambaran yang terang dan memadai; alam yang dianggap sebagai terasing dari dunia maujud dan duniawi.

Menurut kurator pameran, T.K. Sabapathy, sebanyak 43 lukisan dipilih merupakan pameran karyanya yang paling luas, membolehkan penghayatan cirri-ciri lahiriah dan perlambangan pengkaryaannya.

“Melalui pertimbangan ciri-ciri tersebut secara terperinci, orang ramai mampu membezakan satu karya dari yang lain, mengamati keistimewaan sesebuah lukisan. “ jelas Sabapathy.

Sabapathy yang juga menerbitkan buku bertajuk yang sama, beliau mengatakan bahawa pameran ini bukan suatu penyampaian yang menyusun karya-karya Mustapa demi memperlihatkan sifat khususnya yang pelbagai.

“Kalau sebaliknya, kita pasti menjangka bersemuka dengan lukisan dan arca yang menghalalkan jurusan yag rumit; jurusan yang menyurih kepelbagaian dan urutan perkembangan pengkaryaannya,” tambahnya lagi.

Mustapa Haji Ibrahim merupakan antara artis yang terlibat dalam peringkat awal Kumpula Anak Alam, sebuah kumpulan pelukis, penyair, aktivis teater dan lain-lain penggiat seni yang penting pada tahun 1974. Seorang yang tidak berprasangka dan merendah diri, serta taat pada cara dan pandangan sederhana yang diamalkan oleh kumpulan Anak Alam.

Beliau mula terlibat dalam aktiviti seni pada lewat 1960an iaitu semenjak beliau menyertai Angkatan Pelukis Se-Malaysia (APS) di Studio Taman Budaya, Jalan Ampang.

Bercakap mengenai falsafahnya dalam seni lukisan, Mustapa berkata falsafah lukisan baginya tidak pentingnya, tetapi lukis apa yang jiwanya rasakan.

“Tetapi, urutan suasan, bentuk, warna saling berkait dari satu siri ke satu siri yang lain,” terang Mustapa.

Sebagai artis yang cenderung melukis potret dan landskap, beliau pada masa itu mula menjadi batu loncatan kepada kerjayanya, mendapat inspirasi daripada alam semulajadi dan persekitaran masyarakat sekeliling, beliau berasaskan yang seni itu bukan sahaja terbatas kepada dunia reality semata-mata, tetapi juga menekankan semangat alam semulajadi itu sendiri.

Tidak seperti rakannya, Latiff Mohidin, yang lebih cepat dikenali. Mustapa Haji Ibrahim kurang menonjol walaupun beliau melukis secara konsisten ketika itu. Ramai yang merasakan pada ketika itu, beliau kurang mendapat tempat yang sesuai untuk mempamerkan karyanya.

Walaupun begitu, beliau mendapat perhatian dalam penulisan dari penulis terkenal seperti Redza Piyadasa dan jua Krishen Jit dan beberapa penulis lain pada tahun 1970an. Pada masa yang sama, sajak beliau diterbitkan secara meluas di dalam media. Mustapa Haji Ibrahim telah mengadakan tiga pameran solo: The British Council (1973), Studio Anak Alam (1979) dan Hotel Equatorial (1983).

“Pameran Solo: Mustapa Haji Ibrahim, Paintings 1968-2008 ~ Pameran Solo yang ke-4” dirasmikan oleh Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa, Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara pada 24 Mei 2008. Pameran ini bermula dari 17 Mei dan akan berakhir pada 4 Jun 2008.





Arca Kabut Warna (2). Acrylic. 1983.101x101cm



Berahi Alam - Senseous Earth (5). Acrylic. 1984.40x61cm




Transisi Tangan Hitam. Acrylic. 2006.75x69cm

Labels: , ,

1 Comments:

At 12:33 am, Anonymous Anonymous said...

ape yg merepek acai oi....bnd abstrak ni kena hayati sedalam2nya...kalo x,mmg x phm malah anggapnya merepek,hehe...peace.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com