Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, May 23, 2008
Pameran Lukisan BUKAK MATA: Sebuah Pendemokrasian Karya
Aku dan Elizabeth Wong di pameran Bukak Mata
Di atas inisiatif sekumpulan artis dari Studio Di Kala Jingga serta memperkenalkan imej baru studio mereka, satu pameran lukisan dianjurkan dengan memaparkan 26 artis-artis professional dan amatur dalam memaparkan hasil karya mereka.
Sebanyak 52 lukisan dan beberapa arca dipilih dalam pameran tersebut.
Bercakap mengenai tajuk pameran, kurator pameran, Zulkiflee Zainul Abidin berkata, “‘Bukak Mata’ secara literalnya difaham sebagai melihat atau menikmati karya yang ada, komposisi warna, bentuk dan rupa yang ‘mempersona’ mata dan minda”.
Jelasnya lagi, “‘Bukak Mata’ juga, mahu memberi tahu kewujudan satu ruang baru yang sedia untuk di ‘Pakai’ dan diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan dalam proses pen’demokrasi’an”.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pentadbiran Studio Di Kala Jingga, ‘Bukak Mata’ adalah perkhabaran tentang gerak para seniman secara independent dan survival (pelukis) selama ini, tidak harus lagi dipandang sepi setelah berlaku ‘Perubahan Angin’ pemerintahan; sekurang-kurangnya untuk lima tahun mendatang.
“Ia juga menuntut agar para seniman masa kini tidak hanya sekadar mencari ilham untuk menghiasi dan ‘mencantikkan’ ruang pameran dan dinding kediaman, tetapi mengangkat fungsi karya dan idea mereka ke satu tahap yang lebih dihormati,” terang kenyataan itu lagi.
Antara artis-artis yang mempamerkan pameran mereka ialah 1. Suzlee Ibrahim, Zainal Abidin Musa, Mohd Faizar, Hir Haneff Mahat, Nizam Ambia, Hushnaidi, Mazir Ibrahim, Mohd Foad Hassan, Shahrul Anuar dan Ahmad Zuraimi.
Ruang Kala
Majlis yang juga memperkenalkan sebagai ruang alternatif ‘baru’ untuk semua teman Seniman dan Karyawan untuk berekspresi; selain ruang yang sudah sedia ada, ia juga menjadi harapan kami agar kumpulan-kumpulan ini sama-sama dapat memberi sokongan dan idea untuk terus menggerakkan ruang seni ini, seterusnya membuka ruang dan peluang yang baik untuk semua.
Majlis ini dihadiri oleh exco pelancongan Negeri Selangor yang baru, YB Elizabeth Wong. Dalam ucapan beliau, Elizabeth berkata, Studio seperti Ruang Kala akan menjadi pesaing kepada aktiviti-aktiviti seni yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan memberi kepelbagaian kepada industry iseni kerana sesungguhnya kumpulan-kumpulan indepen seperti ini sememangnya mempunyai peminat dan pengikut mereka sendiri.
Persembahan menarik
Pada hari pembukaan itu, orang ramai dihidangkan dengan persembahan muzik dari kumpula Azska dan persembahan teater ringkas dari Pepaktaklumat.
Persembahan menarik dari Pepaktaklumat
Pameran Bukak Mata diadakan di Studio Di Kala Jingga dari 27 April 2008 dan berakhir sehingga 27 Mei 2008 di No 40B Jalan Kota Raja, 27/M, Hicom Town Centre, Shah Alam, Selangor.
Labels: bukak mata, Elizabeth Wong
0 Comments:
Post a Comment
<< Home