Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, May 19, 2008

Mogok Lapar di Pakistan Bantah Penindasan


Gambar Irfan Ali bersama aktivis dari Pakistan menjalani mogok lapar membantah penindasan

Pagi ini aku menerima emel daripada rakan aku dari Pakistan yang mengatakan beliau dan rakan-rakannya dari Human Rights Commission for Social Justice and Peace Quetta (HRCSJP Quetta) melancarkan mogok lapar sejak semalam dalam membatah penghasilan makanan artificial, kenaikan tarif tenaga elektrik, kenaikan harga barang, pembunuhan, rasuah yng berleluasa dan peranan pihak tentera dalam memastikan kedaulatan demokrasi yang gagal dilaksanakan.

Salah seorang tulang belakang dalam protes ini ialah Irfan Ali. Aku mula mengenali Irfan ketika kami sama-sama menghadiri bengkel Human Rights and Trade yang diadakan pada 28 Mac- 4 April di Kuala Lumpur.

Individu yang berasal dari Pakistan ini merupakan Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bagi Keadilan Sosial dan Keamanan (HRCSJP). Di badan itu, Irfan mengajar Convention for the Rights of the Child, the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) dan Perlembagaan Pakistan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat, pelajar, guru-guru dan aktivis-aktivis politik dalam menanamkan kesedaran mengenai prinsip hak asasi mausia.

Irfan Ali (bediri dua dari kiri) bersama peserta-peserta DTP di Kuala Lumpur 28Mac lalu)

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com