Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, May 12, 2008

SELAK Lancar Secara Rasmi!



Aku bersyukur, program pelancaran SELAK berjaya disempurnakan. Kehadiran orang ramai pada pelancaran itu amat mengembirakan aku.

Pelancaran tersebut dibuat di Annexe, Central Market bersempena dengan World Press Freedom Day dan KL Alternative Book Fair 2008 pada 3 Mei 2008.

Harris Ibrahim yang bergegas datang dari Blog House


Harris Ibrahim hadir dengan ucapan pelancaran yang penuh dengan kritikan membina. Beliau memberitahu bahawa aktiviti BERSIH tidak cukup digambarkan dalam SELAK. Baginya, ia perlu didokumentasikan dalam satu bahan yang khusus, bukan secara bergambar.

Namun, baginya peristiwa 10 November yang dipaparkan di dalam SELAK jelas menafsirkan tohmahan banyak pihak yang mengatakan bahawa program tersebut hanya mampu menarik 4000 orang.

Aku juga menyatakan dalam ucapan aku, "Picture Tells a Thousand Words."

Pada malam sebelum pelancaran, Harris menelefon aku tengah malam.

Harris: Am I disturbing you?

Aku: Nope, I am still at the office.

Harris: Hey, you want me to launch the book but I have no idea about it.

Aku: Belum habis print.

Harris: What?! You got few hours to go, man

Aku: I know, I am waiting for the printer to call me.

Harris: Well, I am trying to search your background. Not much I could find.

Aku: Well, I am keeping myself lo-profile.

Harris: I notice, since the beginning.

Aku ceritakan konsep buku ini dan hantar resume aku serta akitvisme yang aku jalan sepanjang penyertaan aku dalam politik dan hak asasi manusia.

Esoknya:

Harris: You have an impressive set of activities. I don't know you also work with the aborigines and the minorities.

Aku: Yes, I did.

Harris: I want to discuss with you more on this.

Aku: Anytime.

Aku benar-benar terharu dengan kehadiran Syed Shahir (Presiden MTUC). Ada pihak yang cuba melaga-lagakan aku dengan Pak Syed (gelaran aku terhadapnya). Tidak ada jemputan rasmi pun diberikan kepada beliau untuk hadir. Tak ada satu pun jemputan rasmi diedarkan pun.

Aku tak suka protokol. Publisiti telah dibuat. Bagi mereka yang ingin untuk hadir, mereka boleh hadir. Tak payah pakai batik, tak payah pakai baju kebaya. Pakai apa sahaja yang dirasakan selesa. Memandangkan hari itu hari Sabtu, ramai yang hadir dalam pelancaran buku itu berpakaian kuning.

Syed Shahir memberi ucapan tahniah


Beliau datang dengan seikhlas hati. Sehari sebelum pelancaran beliau menelefon aku:

Syed: Esok you nak suruh saya datang pukul berapa?

Aku: Datang pukul 1 pm. Tapi saya tak bagi invitation.

Syed: Saya nak datang tak boleh? I pun nak support.

Aku: (Senyum) Boleh, boleh. I thought you are having a program in Ipoh.

Syed: Diorang postpone.

Pak Syed datang dengan kakinya terdengkut-dengkut. Saya kira dia mengathaui mengenai perkara ini melalui tulisan promo di dalam blog ini.

Saya berikan beliau sedikit ruang untuk berucap pada hari itu. Lagi pun, Pak Syed menulis dalam forward note SELAK.

Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera) juga gembira untuk hadir di program tersebut. Aku terima sms daripadanya malam yang sama- Great job! Good work!



Chin Tong meneliti gambar-gambar dalam SELAK. Richard sedang mendengar ucapan aku



Dalam ucapannya, Chin Tong menyatakan halaltuju pembentukan BERSIH pada awalnya dan pahit getir yang dilalui oleh setiap yang terlibat dalam mengadakan kempen ke arah pilihanraya bersih dan adil sehingga pembangkang berjaya menawan lima negeri.

Bubu (the clown) pun datang. Dia tak minta bayaran pun. Gila-gila dia buat orang ketawa. Ada jugak penyeri majlis tersebut. Belon BERSIH dia bagi percuma untuk kanak-kanak.

Marini dari AIC datang tolong aku jaga kedai semasa pelancaran. Kirin tolong aku gantung bunting dan banner.

Dalam kesibukan, pada minit terakhir, aku berjaya mendapat gimik upacara pelancaran. Aku balutkan banner dengan kain dan Harris menyelak kain tersebut untuk lihat banner yang berwarna hitam. Kreatif kan? hehehe

Team Awani datang. Dia kata, "kitorang tak boleh cover program ni, tak lulus punya."

Akhbar NST pun berkata demikian.

Aku jawab, "I understand." Sungguhpun demikian, press dapat satu naskah complimentary.

Rozan mengakhiri program dengan bacaan sajaknya. Ramai yang kata dia ter'over'.

Rozan sedang deklamasi sajaknya, Seruan Rakyat BERSIH


Aku bagitahu, dia memang fanatik macam tu. Cara dia memang macam tu. Pasal tu aku suka, mix variety.

Aku pun pernah belasah dia dalam blog aku sebelum ni. Dia tak pun melenting. Jadi kawan baik lagi.


Seruan Rakyat BERSIH
(mengenang halatuju dan semangat 10 November 2007)

i.
betapa benar hari ini semua yang kuning adalah
semangat seluruh rakyat negara
bertemu rapat dan teguh membawa satu perutusan
setelah sekian lama dinoda kebebasan

betapa nyata hari ini segala yang kuning adalah
suara sepenuh azam harapan
bersama erat dan tekad membawa nafas perubahan
setelah sekian jauh dicabar kesabaran

Ketenangan telah musnah
Kewarasan telah lenyap
Kepercayaan telah hilang.

khabarkan kepada seluruh dunia kisah kami wahai langit
lima penjuru sesak berarak, luarbiasa ramai hadir berkumpul
membawa resah dan amarah - perlu junjung perlembagaan itu
membawa pesanan dan perjuangan - segera tolak suruhanjaya itu


ii.
tarikh keramat kini genggaman mesra sejarah
saksikanlah walau dalam nyanyian hujan petang
kota pantas menjadi riuh, menjadi kecil
seruan pelbagai bangsa Malaysia
sekali lagi bangkit menjana realiti berpuluh ribu jiwa
rakyat hakim negara
dalam nada sekata mahu hanya BERSIH !
dalam seru satu mahu hanya BERSIH!

letih telah pada dalih ciptaan
haus sudah kesabaran pada segala helah alasan
hilang tamat kepercayaan pada skandal penipuan

benarkah semua laporan, betulkah segala keputusan ?
(selama terus keraguan ketelusan).


iii.
biarlah datang beribu jentera keselamatan bengis
(yang terus biadap, bodoh bagai anjing suruhan)

derap tapak kami kekal maju melangkah
sepakat dengan empat tuntutan

biarlah datang beribu perisai keamanan dayus
(yang terus buta, bisu ganas berpaling dari perundangan)

kalah menang takkan dipersoal
asal nilai demokrasi amalan kekal hidup


iv.
Ampun Tuanku beribu ampun ! Sembah rakyat membawa tuntutan,
mohon perkenan demi kesejahteraan
menerima mandat menjadi payung perlindungan

Ampun Tuanku beribu ampun ! Izin rakyat membawa rintihan,
mohon perdengar demi kebahagiaan
melihat saksama menjadi adat peraturan

dan seluruh dunia pasti turut menyusun doa.


v.
kembalikanlah hak, tunaikanlah desakan !
persetankan penipuan dan penindasan !

rakyat kekal bertahan…
lawan tetap lawan…
BERSIH terus mara datang…


ROZAN AZEN MAT RASIP
Angkatan Muda, Bahagian Batu, ADIL

Sentul - Ampang - Damansara Heights
7 - 11 Februari 2008


Antara mereka yang hadir yang aku perasan:

1. Medaline Chang & husband
2. Richard Yeoh - so nice for you to come!
3. Wong Chin Huat - tak habis-habis komen buku SELAK
4. Alina Abdullah
5. Sharon Bakar - aku nampak aje mat salleh ni, terasa pulak kena cakap English. But, I know she can understand Bahasa.
6. Hafiz Noor Shams - thanks for the photos on that day. We had a great chat at Bau Bau Cafe kan?
7. PY Wong dari Kelana Jaya People's Parliament.
8. Daniel Wong
9. Zabrul (Setiausaha Angkatan Muda Bandar Tun Razak)
10. Zulhabri - kaya lah kau beb!
11. Shaharudin Adnan (Din Petai) dari LRC

Aku tak dapat tangkap figur-figur lain terutama sekali blogger-blogger yang hadir memandangkan mereka dikenali hanya di alam maya. Thanks dude.

Dinesh dan membernya datang pukul 3 petang. Lepas program habis. Dia tersalah terima info. Namun, aku layan jugak budak ni.
Aku dan Dinesh semasa KLAB08


Sebelum acara ini bermula, aku memang gelabah gila, takut macam mana penerimaan orang ramai, " ada ke orang nak datang ni?"

Alahamdulillah, aku bersyukur sangat.

I am on the right track, azam aku tercapai.

Watch out my next book!




Labels: , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com