Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, May 03, 2008

Pelancaran SELAK: BERSIH’s Journey Towards Clean And Fair Elections

KENYATAAN MEDIA

3 Mei 2008

Malaysia mengalami perbagai pergolakan sosial, ekonomi dan politik sejak pilihanraya ke 11, 2004 dan kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti tersebut yang melibatkan masyarakat sivil tidak didokumentasikan sebagai sebahagian daripada sejarah moden Malaysia.

BERSIH, sebuah badan gabungan yang mengandungi 71 pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik bersependapat bahawa sebuah reformasi dalam sistem pilihanraya diperlukan dalam mengembalikan demokrasi di negara ini.

Sebagai salah seorang sekretariat Gabungan, Faisal Mustaffa melihat bahawa dokumen-dokumen sepanjang BERSIH ditubuhkan (2004) ini perlu didedahkan kepada pengetahuan lebih ramai dan memberi kesedaran mengenai kepincangan sistem pilihanraya yang berlaku sekarang.

Buku yang mengandungi 90 peratus gambar asli diambil oleh jurugambar-jurugambar professional dan amatur. Ribuan gambar dikumpul, disusun rapi dan dipilih agar dipersembahkan dalam satu buku.

Buku ini mengandungi empat bahagian di mana keseluruhannya menceritakan sejarah perjuangan BERSIH sejak ditubuhkan. Namun, focus SELAK ialah apabila kemuncak aktiviti BERSIH pada 10 November di mana ribuan rakyat turun ke ibu Negara bersama-sama menyatakan keteidakpuasan hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dengan berarak beramai-ramai untuk menghantar memorandum kepada DYMM Agong di Istana Negara.

Nama SELAK digunapakai sebagai judul kerana sifatnya yang lebih santai sungguhpun isinya berat. Buku ini ditulis dalam dwi-bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) kerana permintaan yang banyak dari kalangan komuniti antarabangsa yang ingin tahu mengenai perkembangan sejarah Malaysia daripada sumber ‘sebenar’.

Buku ini boleh diperolehi daripada pejabat sekretariat BERSIH atau beli secara online melalui http://tokobuku.fotopages.com

Disediakan oleh


Faisal Mustaffa

Sekretariat BERSIH

Koordinator SELAK

Labels: , , ,

1 Comments:

At 11:20 am, Anonymous alina abdullah said...

tahniah untuk selak..

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com