Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, June 15, 2008
Habislah Riwayat Masa Depan Polis Ini
Cuba lihat sikap polis yang terpapar dalam kedua video di atas. Peristiwa tersebut dirakam sebelum 48 kanak-kanak yang merupakan anak kepada tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (sebut: akta zalim).
Peristiwa berlaku semalam (14 Jun) di hadapan pintu utama Istana Negara sempena Hari Bapa.
1. Polis yang memberi amaran untuk bersurai apabila 3 Ahli Parlimen berada di hadapan Istana Negara.
2. Polis yang menakut-nakutkan 200 pelancong yang berada di hadapan Istana Negara.
3. Polis yang berjaket bercakap kurang sopan terhadap Ahli Parlimen Ampang, Hjh Zuraida Kamarudin.
4. Polis yang menahan tanpa memberi tiga amaran lisan.
5. Polis yang menahan tanpa memberitahu di bawah akta apa.
6. Polis wanita yang mengikuti YB Zuraida. Sememangnya, beliau akan mengatakan, "saya hanya ikut arahan". Tetapi beliau juga tidak lepas daripada senarai polis yang habis riwayat mereka.
7. Polis-polis lain yang seperti "mekanikal". Seolah-olah sekiranya mereka ini diarahkan terjun Menara Berkembar, mereka akan terus terjun.
Sudah tentu, mereka ini yang dicam dalam rakaman ini tidak akan dinaikkan pangkat atas sikap yang sungguh tidak profesional.
Mereka ini akan terus dengan gaji mati mereka dan merana dengan kos hidup yang semakin meningkat. Mereka ini akan tergaru-garu kepala apabila pegawai-pegawai lain berpangkat lebih rendah akan naik lebih awal daripada mereka ini.
Selain Ahli -ahli Parlimen Sivarasa (Subang), Zuraida (Ampang) dan Manikavasagam (Kapar), mereka lain yang turut ditahan ialah N Surendran (penasihat undang-undang Hindraf); Salmah Ismail (setiausaha Zuraida) dan Lourdes Mary (aktvis Hindraf).
Labels: HINDRAF, Istana Negara, lorudes mary, manikavasagam, salmah ismail, sivarasa rasiah, surendran, zuraida kamarudin
 
Saturday, May 03, 2008
Pelancaran SELAK: BERSIH’s Journey Towards Clean And Fair Elections
KENYATAAN MEDIA
3 Mei 2008
Malaysia mengalami perbagai pergolakan sosial, ekonomi dan politik sejak pilihanraya ke 11, 2004 dan kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti tersebut yang melibatkan masyarakat sivil tidak didokumentasikan sebagai sebahagian daripada sejarah moden Malaysia.
BERSIH, sebuah badan gabungan yang mengandungi 71 pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik bersependapat bahawa sebuah reformasi dalam sistem pilihanraya diperlukan dalam mengembalikan demokrasi di negara ini.
Sebagai salah seorang sekretariat Gabungan, Faisal Mustaffa melihat bahawa dokumen-dokumen sepanjang BERSIH ditubuhkan (2004) ini perlu didedahkan kepada pengetahuan lebih ramai dan memberi kesedaran mengenai kepincangan sistem pilihanraya yang berlaku sekarang.
Buku yang mengandungi 90 peratus gambar asli diambil oleh jurugambar-jurugambar professional dan amatur. Ribuan gambar dikumpul, disusun rapi dan dipilih agar dipersembahkan dalam satu buku.
Buku ini mengandungi empat bahagian di mana keseluruhannya menceritakan sejarah perjuangan BERSIH sejak ditubuhkan. Namun, focus SELAK ialah apabila kemuncak aktiviti BERSIH pada 10 November di mana ribuan rakyat turun ke ibu Negara bersama-sama menyatakan keteidakpuasan hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dengan berarak beramai-ramai untuk menghantar memorandum kepada DYMM Agong di Istana Negara.
Nama SELAK digunapakai sebagai judul kerana sifatnya yang lebih santai sungguhpun isinya berat. Buku ini ditulis dalam dwi-bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) kerana permintaan yang banyak dari kalangan komuniti antarabangsa yang ingin tahu mengenai perkembangan sejarah Malaysia daripada sumber ‘sebenar’.
Buku ini boleh diperolehi daripada pejabat sekretariat BERSIH atau beli secara online melalui http://tokobuku.fotopages.com
Disediakan oleh
Faisal Mustaffa
Sekretariat BERSIH
Koordinator SELAK
Labels: 10 November, BERSIH, Istana Negara, Selak
 
Tuesday, November 06, 2007
Faisal Met Palace Officials
| Bersih closer to palace appointment | ||||
| ||||
| Bersih, the coalition for clean and fair elections, has submitted a letter to the National Palace, seeking an appointment for its representatives to hand over a memorandum at 5pm on Saturday. Its seven-member delegation was received by Zainab Mohammad, secretary to the King’s private secretary, this morning. When contacted, Zainab confirmed the meeting without giving details.The Bersih team included PAS think-tank head Dr Zulkifli Ahmad, PKR vice-resident Sivarasa Rasiah, Centre for Independent Journalism executive director V Gayathry, Bersih secretariat member Faisal Mustaffa, PKR election director Fuziah Salleh and DAP central executive committee member Ronnie Liu. While the polls watchdog hopes that its memorandum on electoral reform can be submitted directly to the King, Faisal (photo) believes that this is unlikely, as it has never happened before.When contacted for details, he said that he expects the document to be received by the King’s private secretary instead. He also said the palace is aware that a public rally will be held from 3pm at Dataran Merdeka, from where demonstrators will march to the palace. The organisers hope to attract some 10,000 participants, all dressed in yellow to make an impact. Faisal also said the delegation was informed that the King has shown interest in reading the memorandum. Meanwhile, Bersih’s website was hacked a second time today, believed to be the same person who had launched the cyber-attack on Sunday. In the earlier attempt, the hacker left a message saying that the mass assembly had been cancelled, but the website was restored by yesterday. At the time of writing, the website had yet to be reinstated after the second attack. |
Himpunan 10 Nov - Mohd Sabu, lima AJK Bersih dipanggil ke Bukit Aman
| Roy Rasul Tue | Nov 06, 07 | 3:49:40 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Enam daripada Ahli Jawatankuasa Bersih terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, AJK Bersih, Sivarasa Rasiah, Johari Abdul, Khairul Annuar Zainuddin (Jonah), Tian Chua dan Ronnie Liu dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan mengenai Gabungan Bersih di bawah akta pertubuhan.
Masing-masing menerima panggilan daripada ASP Amran Mohd Husin, Bahagian Jenayah Kormisial pada 3 November lalu. Sekreteriat Bersih, Faizal Mustaffa yang bercakap kepada media dalam satu sidang media Bersih di hadapan pejabat Istana Negara hari ini berkata, kesemua mereka dipanggil oleh Bahagian Jenayah Komersial. Bagaimanapun katanya, mereka yang terlibat akan berjumpa dengan bahagian tersebut pada 12 November nanti. Mengulas lanjut, Faizal berkata, apa yang mereka musykilkan mengapa kesemua mereka dipanggil oleh Bahagian Jenayah Kormisial. "Itu yang kita faham tetapi daripada apa yang dijelas kepada mereka pada hari tersebut ialah berhubung mengapa bahagian Jenayah Kormisial memanggil mereka ialah atas dakwaan Bersih adalah sebuah pertubuhan haram sedangkan Bersih adalah sebuah gabungan bukannya pertubuhan yang perlu didaftarkan," katanya. - mr |
Labels: BERSIH, Istana Negara, National Palace. memorandum to the King
 
Its seven-member delegation was received by Zainab Mohammad, secretary to the King’s private secretary, this morning. When contacted, Zainab confirmed the meeting without giving details.
While the polls watchdog hopes that its memorandum on electoral reform can be submitted directly to the King, Faisal (photo) believes that this is unlikely, as it has never happened before.