Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, June 15, 2008
Habislah Riwayat Masa Depan Polis Ini
Cuba lihat sikap polis yang terpapar dalam kedua video di atas. Peristiwa tersebut dirakam sebelum 48 kanak-kanak yang merupakan anak kepada tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (sebut: akta zalim).
Peristiwa berlaku semalam (14 Jun) di hadapan pintu utama Istana Negara sempena Hari Bapa.
1. Polis yang memberi amaran untuk bersurai apabila 3 Ahli Parlimen berada di hadapan Istana Negara.
2. Polis yang menakut-nakutkan 200 pelancong yang berada di hadapan Istana Negara.
3. Polis yang berjaket bercakap kurang sopan terhadap Ahli Parlimen Ampang, Hjh Zuraida Kamarudin.
4. Polis yang menahan tanpa memberi tiga amaran lisan.
5. Polis yang menahan tanpa memberitahu di bawah akta apa.
6. Polis wanita yang mengikuti YB Zuraida. Sememangnya, beliau akan mengatakan, "saya hanya ikut arahan". Tetapi beliau juga tidak lepas daripada senarai polis yang habis riwayat mereka.
7. Polis-polis lain yang seperti "mekanikal". Seolah-olah sekiranya mereka ini diarahkan terjun Menara Berkembar, mereka akan terus terjun.
Sudah tentu, mereka ini yang dicam dalam rakaman ini tidak akan dinaikkan pangkat atas sikap yang sungguh tidak profesional.
Mereka ini akan terus dengan gaji mati mereka dan merana dengan kos hidup yang semakin meningkat. Mereka ini akan tergaru-garu kepala apabila pegawai-pegawai lain berpangkat lebih rendah akan naik lebih awal daripada mereka ini.
Selain Ahli -ahli Parlimen Sivarasa (Subang), Zuraida (Ampang) dan Manikavasagam (Kapar), mereka lain yang turut ditahan ialah N Surendran (penasihat undang-undang Hindraf); Salmah Ismail (setiausaha Zuraida) dan Lourdes Mary (aktvis Hindraf).
Labels: HINDRAF, Istana Negara, lorudes mary, manikavasagam, salmah ismail, sivarasa rasiah, surendran, zuraida kamarudin
1 Comments:
Memalukan saja. Saya rasa polis dah takut dengan perkataan "hindraf". Dengar saja Hindraf, mesti tahan. Polis takut sampai nak tahan bawah akta yang mana pun tak jelas.
Embarrasing..
Post a Comment
<< Home