Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, April 24, 2008
AL-FATIHAH: Rustam Sani Pulang ke Rahmatullah
Aku menerima sms yang mengejutkan sebaik sahaja aku meletakkan kereta di hadapan rumah pada jam 4.30 pagi.
Rustam Abdullah Sani @ Rustam Sani atau aku memanggilnya Pak Rustam meninggal dunia. SMS tersebut aku terima daripada Pak Syed (Husin Ali). Khabarnya, Pak Rustam meninggal dunia pada jam 2.30 pagi akibat mengalami masalah pernafasan dan berkemungkinan masalah jantung.
Aku, Kirin, Ali dan Zul bekerja sampai awal subuh untuk menyiapkan buku SELAK yang perlu dicetak esok. "Kalau tak sempat jugak siap, alamatnya pelancaran 3 Mei na nti di Annexe tak bermakna."
Pada jam 3 pagi juga kami bercerita megenai buku Pak Rustam terbaru yang bakal dilancarkan pada 26 April akan datang berjudul Failed Nation? Concerns of Malaysian Nationalist dan Social Roots of The Malay Left yang akan disempurnakan oleh Anwar di perpustakaan negeri Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang Sabtu ini.
Pak Rustam yang Aku Kenali
Aku mula mengenali Pak Rustam ketika kami menghidupkan kembali Suara PRM yang pada ketika itu beroperasi di Bangsar Baru sekitar 2001.
Selain Pak Khalid (Jaafar), Pak Rustam yang banyak mengajar aku menulis secara kritis. Aku sememangnya rasa bertuah apabila mendapat didikan daripada seseo rang seperti Rustam Sani yang sebelum ini aku kenal melalui penulisannya.
Pak Rustam seorang yang humor dan tidak mudah melenting apabila marah. Dia juga pandai memutarbelitkan topik apabila ada di kalangan kita yang ingin 'mengorek' rahsia dalaman. AKu belajar daripadanya!
Kami pernah berjaga hingga awal pagi bagi memastikan akhbar Suara PRM dapat dicetak awal pagi esoknya.
Pak Rustamlah seorang yang tidak lokek ilmu bilamana rakan-rakan aku sedia ditemuramahnya apabila ingin mendapat fakta-faka mengenai sejarah politik di Malaysia terutama sekali perjuangan sosialisme dan sejarah perjuangan bapanya, Ahmad Boestamam.
Semasa era-reformasi ketika ramai reformis ditahan dalam perhimpunan, Pak Rustam lah salah seorang yang di hadapan mengeluarkan wang jaminan kepada mereka.
Antara buku-buku karya beliau termasuklah Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992), Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993), Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993), Ke Mana Nasionalisme Melayu? ( 2004) dan Bercanda dengan Mahathir (2006).
Mereka yang Aku Jumpa di Tanah Perkuburan
Aku hanya sempat ke tanah perkuburan, itu pun selepas sudah dikebumikan. Sempat juga aku mendengar bacaan doa daripada ustaz yang hadir selepas pengkebumian.
Aku dapat melihat Dr Syed Husin Ali, Dr Sanusi Osman, Dr Rohana, Kak Siti Nor Hamid Tuah, Jonson Chong, Latheefa Koya, Ng Lum Yong dan Sivarasa Rasiah.
Daripada kalangan karyawan, aku dapat perhatikan Pak Samad Said dan Pak Engku (Raja Ahmad).
Daripada kalangan pemimpin PAS aku nampak Utazah Nuridah, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Hatta Ramli.
Dato Salehuddin Hashim, Elizabeth Wong dan Shamsul Iskandar juga ada di tanah perkuburan.
Labels: Bercanda dengan Mahathir, Dr Rohana, Dr Sanusi Osman, Dr Syed Husin Ali, Elizabeth Wong, Failed Nation?, Jonson Chong, Kak Siti Nor Hamid Tuah, Latheefa Koya, rustam sani, sivarasa
0 Comments:
Post a Comment
<< Home