Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, April 22, 2008

BUKAK MATA - Sebuah Pameran Raikan Pendemokrasian Seni




PAMERAN : ‘BUKAK MATA’
TARIKH : (Ahad) 27hb APRIL 2008 hingga 27hb Mei 2008
TEMPAT : RUANG KALA
STUDIO DIKALA JINGGA
No 40B Jalan Kota Raja, 27/M, Hicom Town Centre,
40400, Shah Alam, Selangor.
KURATOR PAMERAN : Studio Dikala Jingga


RINGKAS tentang ‘BUKAK MATA’

Sempena Pra Pembukaan ruang pameran baru, kumpulan seni Studio Dikala Jingga telah menjemput sekumpulan artis untuk sama-sama menyumbangkan karya-karya mereka untuk dipamerkan dalam pameran yang dinamakan “Buka Mata”.

Pameran ini cuba mengenengahkan gabungan seniman dari generasi lama dan baru, berbeza disiplin karya, dan latar institusi.

‘Bukak Mata’ secara literalnya boleh saja difaham sebagai melihat atau menikmati karya yang ada, komposisi warna, bentuk dan rupa yang ‘mempersona’ mata dan minda. Di sisi lain, ‘Bukak Mata’ juga, mahu memberi tahu kewujudan satu ruang baru yang sedia untuk di ‘Pakai’ dan diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan dalam proses pen’demokrasi’an dan Pencerahan seni dan seniman, (khususnya seni tampak); atau baca tegasnya, ‘Bukak Mata’ adalah perkhabaran tentang gerak para seniman secara independent dan survival (pelukis) selama ini, tidak harus lagi dipandang sepi setelah berlaku ‘Perubahan Angin’ pemerintahan; sekurang-kurangnya untuk lima tahun mendatang.

Ia juga menuntut agar para seniman masa kini tidak hanya sekadar mencari ilham untuk menghiasi dan ‘mencantikkan’ ruang pameran dan dinding kediaman, tetapi mengangkat fungsi karya dan idea mereka ke satu tahap yang lebih dihormati. Seniman tidak harus ‘tunduk’ dan ‘patuh’ dengan tuntutan kormesial yang tak menentu sehingga melupakan peranan sebagai seniman. Seniman abad ini harus lebih berani melontarkan pandangan dan idea ‘sezaman’nya dalam karya mereka, di ketika suasana yang dilihat lebih terbuka kini. Dalam pada itu, semangat dan kekuatan survival seniman harus dikekalkan bagi memastikan Perubahan ke arah yang lebih baik menjadi kenyataan.

OBJEKTIF PAMERAN
> Mengumpulkan sejumlah seniman (pelukis) dari pelbagai generasi dan latar institusi dalam sebuah pameran seni

> Memperlihatkan usaha dan komitmen generasi muda membantu mengembangkan dan meningkat martabat dunia seni (khususnya seni tampak) di Malaysia

> Memperkenalkan RUANG KALA sebagai ruang alternatif ‘baru’ untuk semua teman Seniman dan Karyawan untuk berekspresi; selain ruang yang sudah sedia ada.
Menjadi harapan kami agar kita sama-sama dapat memberi sokongan dan idea untuk terus menggerakkan ruang seni ini, seterusnya membuka ruang dan peluang yang baik untuk semua.

STUDIO DIKALA JINGGA

Studio Dikala Jingga was formed in 2000 when six young artist decided to have an art space after graduating from Uitm Shah Alam in Fine Arts. They believe, to excel in art it is better to move as a group. They produce various form and styles of artwork including painting, drawing, sculpture, installation and public art.

Most of them are also involved in discussion, music,theatre, poetry, film, and also art classes and deminstration. Apart from that, this group is open to collaborate with other art group, art community, and also people from other field in organizing art project.


For more details, visit their official website www.dikalajingga.com.my




RUANG KALA

Ruang Kala (bukan nama rasmi) adalah sebuah ruang Pameran dan aktiviti (multi kegunaan) yang diuruskan sepenuhnya oleh Studio Dikala Jingga. Ia baru siap diubahsuai pada awal Februari 2008.

Ruang ini boleh menjadi ruang alternatif kepada ruang-ruang lain yang sudah sedia ada dan dikenali. Bebarapa acara telah di rancang bakal berlangsung di ruang ini sehingga hujung tahun ini antaranya, 3 siri pameran yang melibat artis-artis tempatan, termasuk Artis Studio Dikala Jingga, siri Music Forum yang membincangkan khusus perihal dunia muzik, Tayangan Filem berunsur Kebebasan dan Kemerdekaan dan beberapa siri debat seni dan politik.

Ruang Kala juga dibuka kepada orang ramai yang ingin menggunakan ruang ini bagi tujuan; seperti, pameran seni tampak, persembahan muzik, forum dan ceramah, tayangan filem, set pengambaran dan majlis persendirian (private function).

PELUKIS YANG MENGAMBIL BAHAGIAN:

1. Suzlee Ibrahim, 14. Zainal Abidin Musa
2. Mohd Faizar 15. Hir Haneff Mahat
3. Nizam Ambia 16. Hushnaidi
4. Mazir Ibrahim 17. Mohd Foad Hassan
5. Shahrul Anuar 18. Ahmad Zuraimi
6. Zaim Durulaman 19. Khairul Anuar
7. Fauzul Yusry 20. Nizam Abdullah
8. Mohd Kizal 21. Mohd Fuad Ariff
9. Mohd Suhaimi 22. Mohd Farif Ab. Jalil
10. Yusri Sulaiman 23. Erry Arham
11.Mohd Fairuz Paisan 24. Ariff Fauzan
12. Shahrulniza 25. Farid Raihan
13. Mohd Akif Emir 26. Al- Farizan

Kumpulan/komuniti
1. Kumpulan Azska (muzik)
2. Ruang Kosong
3. Sebijik Padi
4. Pepaktaklumat

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com