Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, April 12, 2008
Teater Pentas Opera: Ruby Soeparno Bahagia Suamikan Lelaki Tua?
Pada malam semalam (11 April), aku diajak oleh Sally untuk menyaksikan tayangan teater anaknya, Pentas Opera.Sally (beliau membahasakan dirinya Kakak) mahu aku menyaksikan persembahan anaknya dan meminta aku memberikan rasa pendapat mengenai persembahan keseluruhan teater ini.
Anak Sally ialah pelakon utama Pentas Opera, Harith Syah Idris Hamshah yang melakonkan watak Syekh Abdul Kadeer.
"Pentas Opera"
Drama 'Pentas Opera' membawa pemikiran tentang dunia kehidupan perjuangan anak panggung sewaktu khalayak berhadapan dengan sebuah pementasan bangsawan, mereka telah diheret ke dalam gejolak, pemasalahan dan konflik yang terjadi dalam kehidupan para pemainnya dan nasib opera itu sendiri.
Teater ini berkisar mengenai kumpulan Seri Nilam Opera yang ditubuhkan sewaktu pendudukan Jepun.
Kompilasi awal wujud apabila Ruby Soeparno, primadona jelita yang biasanya menjadi 'besi berani' kepada kumpulan bangsawan, telah dilamar secara terhormat oleh Raja Abdul Muluk.
Raja Abdul Muluk (atau dikenali dengan panggilan Engku Muluk) ialah kerabat rapat pemerintah kesultanan pada waktu itu.
Melalui perwatakan yang dilakonkan oleh Mohd Zuraidi Hamzah, Engku Muluk sudah melangkaui separuh abad sehingga terpaksa bertongkat.
Engku Muluk amat tertarik dengan permainan Ruby atau nama sebenarnya Rubiah (lakonan Noor Aizuliana Azizan / Noraidah Baharin) dan melamarnya.
Mereka akhirnya berkahwin dan sejak itu Ruby meninggalkan dunia bangsawan dan gelaran primadonanya untuk tinggal di istana.
Sebelum itu, Ruby sememangnya mempunyai hubungan intim dengan pengarah Seri Nilam Opera, Mohd Nasruddin Syah (lakonan Mazlan Abet / Asrul Hafiz Huliman Hami Ahmad).
Dengan kekayaan sekelip mata, Ruby telah menyelamatkan Seri Nilam Opera daripada ditutup akibat kesempitan kewangan.
Sungguhpun Ruby meninggalkan Nasruddin untuk kepentingan materialnya, sesungguhnya mereka masih mempunyai nafsu antara satu sama lain.
Sekiranya Pentas Opera disambung pementasannya, diharapkan agar Ruby dan Nasruddin disatukan sehingga membawa martabat kabaret dan bangsawan ke satu tahap yang tinggi dan Ruby yang sememangnya primadona boleh kembali bermain di pentas.
Perebutan dua Penjajah
Selain konflik cinta, kompilasi kedua wujud apabila Jepun mengalami kekalahan dan pihak Inggeris kembali memerintah.
Mereka tidak menyenangi kumpulan opera ini kerana pernah mementaskan drama yang mengutuk Inggeris. Tekanan dan tekanan diterima oleh pemilik Kumpulan Seri Nilam Opera, Syekh Abdul Kadeer.
Pentas Opera ialah sebuah projek Fakulti Teknologi Kreatif &Artistik (FTKA), UiTM bagi pelajar-pelajarnya mementaskan sebuah persembahan tetaer yang berkualiti dan memberikan manfaat kepada penonton melalui daya kerjsama dan semangat yang kuat.
Bila aku baca berkali-kali visi Fakulti ini, amat tinggi cita-cita mereka. Tapi, adakah capai matlamat visi tersebut sungguhpun latihan diadakan sejak awal tahun dengan dipenuhi dengan teori persembahan pentas sebagainya?
Pentas Opera diarah oleh Syahrul Fitri, Pengarah Artistik oleh Mazlan Tahir dan Pengarah Muzik oleh Hafiz Askiak. Ianya hasil karya Zakaria Ariffin.
Teater ini dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 April.
Labels: DBP, Dewan Bahasa dan Pustakabahtera acara, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, FTKA, Pentas Opera, Prof Dr Hatta Azad Khan, UiTM
1 Comments:
salam..saudara faizal..
terima kasih kerana meluangkan masa dalam kesibukan sempat utk datang...cuma terasa pelik betul walau mereka membaca komen saudara tapi mreka tak ingat untuk ucap tksih kehadiran saudara di DBP malam itu..
taulah sebenarnye mereka masih anak2 yg masih perlu diberi ingatan dan kesedaran..
kesempatan ini tksih sekali lagi...
Post a Comment
<< Home