Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, April 22, 2008

My First Write-up Featured in GUA






by Faisal Mustaffa

18 April 2008


Sindrom artis wanita bernikah dan mengadakan hubungan intim dengan lelaki tua berada tidak pelik terutama pada zaman sekarang. Lebih-lebih lagi apabila kos kehidupan tinggi dan nafsu belian juga tinggi. Nafsu lain akan menjadi faktor kedua dalam pemilihan calon hidup. Kebahagian boleh diungkapkan sahaja. Sesungguhnya wang adalah segalanya.

Inilah realiti yang dipaparkan dalam teater ‘Pentas Opera’ karya Zakaria Ariffin yang dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 April.

"Pentas Opera"
Drama ‘Pentas Opera’membawa pemikiran tentang dunia kehidupan dan perjuangan anak panggung. Sewaktu berhadapan dengan sebuah pementasan bangsawan, mereka telah diheret ke dalam gejolak, pemasalahan dan konflik yang memberi kesan kepada nasib opera itu sendiri.

Teater ini berkisar tentang kumpulan Seri Nilam Opera yang ditubuhkan sewaktu pendudukan Jepun. Komplikasi awal wujud apabila Ruby Soeparno, primadona jelita yang biasanya menjadi 'besi berani' kepada kumpulan bangsawan ini, telah dilamar oleh Raja Abdul Muluk.

Raja Abdul Muluk (atau dikenali dengan panggilan Engku Muluk) ialah kerabat raja pemerintah pada waktu itu. Melalui perwatakan yang dilakonkan oleh Mohd Zuraidi Hamzah, Engku Muluk sudah melangkaui separuh abad sehingga terpaksa bertongkat.

Engku Muluk yang amat tertarik dengan permainan Ruby atau nama sebenarnya Rubiah (lakonan Noor Aizuliana Azizan / Noraidah Baharin) telah melamarnya. Mereka akhirnya berkahwin dan sejak itu Ruby meninggalkan dunia bangsawan dan gelaran primadonanya untuk tinggal di istana.

Sebelum itu, Ruby mempunyai hubungan intim dengan pengarah Seri Nilam Opera, Mohd Nasruddin Syah (lakonan Mazlan Abet / Asrul Hafiz Huliman Hami Ahmad). Sungguhpun Ruby meninggalkan Nasruddin untuk kepentingan material, mereka masih mempunyai perasaan terhadap satu sama lain.

Perebutan Dua Penjajah
Komplikasi kedua wujud apabila Jepun mengalami kekalahan dan pihak Inggeris kembali memerintah. Mereka tidak menyenangi kumpulan opera ini kerana pernah mementaskan drama yang mengutuk Inggeris. Tekanan demi tekanan diterima oleh pemilik Kumpulan Seri Nilam Opera, Syekh Abdul Kadeer.

Selaku tunjang utama dalam Seri Nilam Opera, Nasruddin kecewa apabila primadona sanjungannya ‘pergi’ meninggalkan dunia bangsawan. Ruby ialah aset utama Seri Nilam Opera. Nasruddin membuat keputusan membawa diri ke Singapura untuk menjadi pelakon filem.

Syekh Abdul Kadeer cuba memperkenalkan seorang primadona baru, Siti Zaleha (lakonan Baidari Evadarweena Basri / Natasha Annina Anuar) tetapi usahanya sia sia dengan pemergian Nasruddin. Lalu beliau mengambil keputusan untuk menjual opera tersebut.

Namun, para pemain opera lain seperti Osman Bombay (Mohd Shahril Saadon), Tuminah (Nur Hidayyah Murni Mohd Rosli / Rohaida Abdul Manaf), Juliah (Jeanna Edana Joseph / Hanizah Mohd Daud) dan Khatijah (Haryani Ismail / Natasha Annina Anuar) berusaha untuk menyelamatkan Seri Nilam Opera dari jatuh ke tangan seorang tauke Cina. Mujurlah Ruby tiba dengan sesampul wang tunai.

‘Pentas Opera’ ialah sebuah projek Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (FTKA) UiTM bagi pelajar-pelajarnya mementaskan persembahan teater yang berkualiti dan memberikan manfaat kepada penonton melalui daya kerjsama dan semangat yang kuat.


Bila GUA baca berkali-kali visi fakulti ini, amat tinggi cita-cita mereka. Tapi adakah tercapai matlamat visi tersebut sungguhpun latihan diadakan sejak awal tahun dengan dipenuhi dengan teori persembahan pentas sebagainya?

‘Pentas Opera’ diarah oleh Syahrul Fitri dengan Mazlan Tahir sebagai pengarah artistik dan pengarah muziknya, Hafiz Askiak.



for further information, please log in tu GUA

Labels: , , , ,

 

 

Saturday, April 12, 2008

Teater Pentas Opera: Ruby Soeparno Bahagia Suamikan Lelaki Tua?

Pada malam semalam (11 April), aku diajak oleh Sally untuk menyaksikan tayangan teater anaknya, Pentas Opera.

Sally (beliau membahasakan dirinya Kakak) mahu aku menyaksikan persembahan anaknya dan meminta aku memberikan rasa pendapat mengenai persembahan keseluruhan teater ini.

Anak Sally ialah pelakon utama Pentas Opera, Harith Syah Idris Hamshah yang melakonkan watak Syekh Abdul Kadeer.

"Pentas Opera"

Drama 'Pentas Opera' membawa pemikiran tentang dunia kehidupan perjuangan anak panggung sewaktu khalayak berhadapan dengan sebuah pementasan bangsawan, mereka telah diheret ke dalam gejolak, pemasalahan dan konflik yang terjadi dalam kehidupan para pemainnya dan nasib opera itu sendiri.

Teater ini berkisar mengenai kumpulan Seri Nilam Opera yang ditubuhkan sewaktu pendudukan Jepun.

Kompilasi awal wujud apabila Ruby Soeparno, primadona jelita yang biasanya menjadi 'besi berani' kepada kumpulan bangsawan, telah dilamar secara terhormat oleh Raja Abdul Muluk.

Raja Abdul Muluk (atau dikenali dengan panggilan Engku Muluk) ialah kerabat rapat pemerintah kesultanan pada waktu itu.

Melalui perwatakan yang dilakonkan oleh Mohd Zuraidi Hamzah, Engku Muluk sudah melangkaui separuh abad sehingga terpaksa bertongkat.

Engku Muluk amat tertarik dengan permainan Ruby atau nama sebenarnya Rubiah (lakonan Noor Aizuliana Azizan / Noraidah Baharin) dan melamarnya.

Mereka akhirnya berkahwin dan sejak itu Ruby meninggalkan dunia bangsawan dan gelaran primadonanya untuk tinggal di istana.

Sebelum itu, Ruby sememangnya mempunyai hubungan intim dengan pengarah Seri Nilam Opera, Mohd Nasruddin Syah (lakonan Mazlan Abet / Asrul Hafiz Huliman Hami Ahmad).

Dengan kekayaan sekelip mata, Ruby telah menyelamatkan Seri Nilam Opera daripada ditutup akibat kesempitan kewangan.

Sungguhpun Ruby meninggalkan Nasruddin untuk kepentingan materialnya, sesungguhnya mereka masih mempunyai nafsu antara satu sama lain.

Sekiranya Pentas Opera disambung pementasannya, diharapkan agar Ruby dan Nasruddin disatukan sehingga membawa martabat kabaret dan bangsawan ke satu tahap yang tinggi dan Ruby yang sememangnya primadona boleh kembali bermain di pentas.

Perebutan dua Penjajah


Selain konflik cinta, kompilasi kedua wujud apabila Jepun mengalami kekalahan dan pihak Inggeris kembali memerintah.

Mereka tidak menyenangi kumpulan opera ini kerana pernah mementaskan drama yang mengutuk Inggeris. Tekanan dan tekanan diterima oleh pemilik Kumpulan Seri Nilam Opera, Syekh Abdul Kadeer.



Pentas Opera ialah sebuah projek Fakulti Teknologi Kreatif &Artistik (FTKA), UiTM bagi pelajar-pelajarnya mementaskan sebuah persembahan tetaer yang berkualiti dan memberikan manfaat kepada penonton melalui daya kerjsama dan semangat yang kuat.

Bila aku baca berkali-kali visi Fakulti ini, amat tinggi cita-cita mereka. Tapi, adakah capai matlamat visi tersebut sungguhpun latihan diadakan sejak awal tahun dengan dipenuhi dengan teori persembahan pentas sebagainya?

Pentas Opera diarah oleh Syahrul Fitri, Pengarah Artistik oleh Mazlan Tahir dan Pengarah Muzik oleh Hafiz Askiak. Ianya hasil karya Zakaria Ariffin.

Teater ini dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 April.

Labels: , , , , , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com