Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, April 06, 2008

Peace Perfect Peace in FIJI ISLAND




Sejak dari 27 Mac- 4 April aku sepatutnya berada di Timor Timur menghadiri seminat mengenai "Human Rights and Trade" tetapi akhirnya lokasi dipindahkan ke Kuala Lumpur atas sebab ketidastabilan politik di negara itu pada masa ini.

Ramai teman baru yang aku temui dan kami berkongsi pengalaman dalam konteks hak asasi manusia di rantau Asia-Pasifik.

Salah sebuah negara yang mengambil bahagian ialah Fiji. Negara itu menghantar empat orang wakil iaitu Anna Silika LLaqeratabua (UNIFEM), Tara Joyti Smiles Chetty (Fiji Women's Rights Movement) dan Peter (Young People Concern).

Jenuh juga aku nak debat dalam isu-isu perdagangan bebas dengan mereka ini.

Kerajaan Tentera

Menurut mereka, Fiji mengalami konflik politik di mana negara mereka terdapat dua pentadbiran; kerajaan biasa dan juga kuasa tentera yang juga memainkan peranan dalam negara itu.

Mereka mengalami pencabulan hak asasi dalam bebas bersuara kerana sering disekat oleh pihak pemerintah dan menerima pelbagai ancaman.

Melalui muzik dan pelabgai kaedah lain, mereka menyampaikan mesej penderitaan mereka.

Enjoy!


Ketika giliran aku membuat pembentangan. Aku tak pasti berapa banyak pembentangan aku buat semasa tempoh berkenaan.

Ianya memang memenatkan, sehingga aku jatuh demam.


Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com