Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, April 27, 2008

Teater Patung Kertas: Warna hidup wanita jadian

Artikel ini disiarkan di KLPOS




KARYA Prima Productions Sdn Bhd telah mengolak langkah berani dengan mementaskan sebuah teater muzikal dengan mendedahkan kehidupan mak nyah, kaum yang sering dipinggirkan oleh masyarakat, agama dan keluarga.

Patung Kertas menayangkan kepayahan menyusuri liku-liku kehidupan yang manis, pahit, payau dan kelat kita terpaksa redha di atas ketentuanNya yang telah menzahirkan sifat-sifat insan itu sendiri.

Patung Kertas yang menggunakan perkataan asal Paper Doll yang merujuk kepada maknyah yang membuat persembahan meniru artis-artis tempatan dan antarabangsa mengisahkan mengenai perhubungan akrab antara Abang Long (lakonan Datuk Jalaluddin Hassan) dengan Adik Chu, Adik Wan dan ramai lagi.

Mereka melakukan aktiviti kebajikan dalam kumpulan Patung Kertas yang mempromosikan primadona hitam putih pada setiap persembahan mereka.


Pergolakan dunia Patung Kertas yang penuh suka duka ini bagaimanapun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang ahli baru kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang.

Tidak setakat itu sahaja, perebutan "kawasan bisnes" juga menjadikan suasana lebih tegang dan ada antara kumpulan Patung Kertas ini tidak sebulu malah adegan cabar mencabar berebutkan kawasan juga berlaku.

Pementasan ini mungkin memaparkan sebutir sahaja daripada kehidupan sebenar maknyah yang ramai berkeliaran di lorong-lorong gelap di tengah ibukota.

Pengalaman atau kehidupan sebenar mereka ini sudah semestinya lebih daripada apa yang dipaparkan dalam pementasan ini.

Sungguhpun jalan ceritanya agak lemah, namun karya Lokman Ghani dan skripnya ditulis oleh A Wahid Nasir dianggap seperti satu usaha eksperimen yang baik.


Pementasan ini turut menampilkan pelakon berbakat tempatan seperti Ashraff Muslim, Zuhairi Ibrahim, Along Fariz, Siti Aishah Atan dan Ebby Yus disamping Syed Wafa, Zuhairi Ibrahim, Hanif Abdul Ghani, Ika Fancy Group dan Tandak Dance Theater.

Teater muzikal Patung Kertas yang dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia(MTC), Jalan Ampang, dari 25 April hingga 30 April.

Labels: , , , , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com