Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, April 27, 2008
Teater Patung Kertas: Warna hidup wanita jadian
Artikel ini disiarkan di KLPOS

KARYA Prima Productions Sdn Bhd telah mengolak langkah berani dengan mementaskan sebuah teater muzikal dengan mendedahkan kehidupan mak nyah, kaum yang sering dipinggirkan oleh masyarakat, agama dan keluarga.
Patung Kertas menayangkan kepayahan menyusuri liku-liku kehidupan yang manis, pahit, payau dan kelat kita terpaksa redha di atas ketentuanNya yang telah menzahirkan sifat-sifat insan itu sendiri.
Patung Kertas yang menggunakan perkataan asal Paper Doll yang merujuk kepada maknyah yang membuat persembahan meniru artis-artis tempatan dan antarabangsa mengisahkan mengenai perhubungan akrab antara Abang Long (lakonan Datuk Jalaluddin Hassan) dengan Adik Chu, Adik Wan dan ramai lagi.
Mereka melakukan aktiviti kebajikan dalam kumpulan Patung Kertas yang mempromosikan primadona hitam putih pada setiap persembahan mereka.
Pergolakan dunia Patung Kertas yang penuh suka duka ini bagaimanapun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang ahli baru kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang.
Tidak setakat itu sahaja, perebutan "kawasan bisnes" juga menjadikan suasana lebih tegang dan ada antara kumpulan Patung Kertas ini tidak sebulu malah adegan cabar mencabar berebutkan kawasan juga berlaku.
Pementasan ini mungkin memaparkan sebutir sahaja daripada kehidupan sebenar maknyah yang ramai berkeliaran di lorong-lorong gelap di tengah ibukota.
Pengalaman atau kehidupan sebenar mereka ini sudah semestinya lebih daripada apa yang dipaparkan dalam pementasan ini.
Sungguhpun jalan ceritanya agak lemah, namun karya Lokman Ghani dan skripnya ditulis oleh A Wahid Nasir dianggap seperti satu usaha eksperimen yang baik.
Pementasan ini turut menampilkan pelakon berbakat tempatan seperti Ashraff Muslim, Zuhairi Ibrahim, Along Fariz, Siti Aishah Atan dan Ebby Yus disamping Syed Wafa, Zuhairi Ibrahim, Hanif Abdul Ghani, Ika Fancy Group dan Tandak Dance Theater.
Teater muzikal Patung Kertas yang dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia(MTC), Jalan Ampang, dari 25 April hingga 30 April.
Labels: a wahid nasir, ika fancy group, jalaluddin hassan, Jalan Ampang, karya prima, lokman ghani, mak nyah, mtc, paper dolls, patung kertas
 
Monday, November 26, 2007
Polis Gagalkan BLOGS+WALLET dan KONFLIKTING

Pada 25 November (Ahad) aku ke Hotel Corus, Jalan Ampang kerana terlibat dalam satu forum dan pelancaran buku susunan aku; "Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING". Tetapi atas intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis, acara tersebut terpaksa ditangguhkan ke 1 Disember 2007 di tempat dan masa yang sama.
Aku membuat keputusan untuk naik LRT sahaja. Notis di stesen LRT tempat aku naiki menyebut stesen di Ampang Park dan KLCC ditutup. Aku terpaksa turun di Dang Wangi dan menapak ke Hotel Corus, nyesal plak aku tak naik kereta.
"Exercise lah tengahari ni," kata penjual tiket.
"Laa kak, beg saya ni berat macam batu," kata aku sambil menunjuk laptop dan beg galas. Aku dikehendaki membentangkan kertas kerja dalam forum BLOGS+WALLET anjuran Blog Bugs dan Kelab Anwar Ibrahim.
Polis Keluar Kata Kesat

Pada jam 11 am, aku tiba di stesen Dang Wangi dan berjalan sendirian melawan arus dengan perarakan kumpulan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang dilarang untuk menghantar petisyen ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Jalan Ampang.
Aku terserempak dengan kumpulan peguam yang sedang memerhati hak mereka berhimpun. Edmund Bon, Amer Hamzah, Morgan dan beberapa lagi berpakaian hitam putih menegur aku.

Edmund Bon: Hi Faisal
Aku: You look smart dude!
Edmund Bon: Where are you heading?
Aku: To Corus Hotel to witness my book launch. With this situation, I don't know how many can turn up.
Edmund Bon: Thousands (as he was pointing at thousands Indians passing us by.
Aku: Hi Morgan, I didn't expect to see you here. How's the situation?
Morgan: We were from KLCC and you know what? I heard a policeman shouted to the protestors: Hey keling, balik India la!
Aku: Do you take his name?
Morgan: Yup....and I jotted down every word he said. I went to him and asked him to mind his words. But, he just don't bother. I'm gonna do something on Monday. He'll watch!
Aku juga terserempak dengan Eric, KShan (Amnesty international) dan Jerald (KOMAS) .
Aku teruskan perjalanan dan terhenti di beberapa jalan kerana tidak tahan pedih mata kerana baru sahaja FRU semburkan gas pemedih mata.
Dari Hotel Corus, aku juga perhatikan trak FRU menembak protestor yang malang dan di hadapan tetamu-tetamu hotel, beberapa tangkapan dibuat. Kami saksikan sendiri dari sebalik cermin kaca.
BLOGS+WALLET dan KONFLIKTING Ditangguhkan

Stesen Ampang Park dan KLCC tidak dibuka kepada orang awam. Jalan Ampang ditutup. Polis berkeliaran, protestor menjerit.
Selepas berbincang dengan Pengarah dan pihak hotel, kami membuat keputusan untuk tangguhkan ke 1 Disember 2007.
Aku berada di hotel bersama Syafiq dan Ebrahim sehingga jam 5 petang untuk menerangkan kepada tetamu yang mungkin datang bersusah-payah untuk hadir ke majlis kami.
Kemudian, aku ke Annexe sekali lagi untuk saksikan How Did The Cat Gets So Fat? dan Perempuan, Isteri & Jambu untuk kali kedua.
Aku sempat berjabat tangan dengan Joylyn (pelakon Perempuan, Isteri & Jambu ).
Joylyn: I see you at facebook.
Aku: Nice meeting you. You were better tonight compared to the first show.
Kali pertama digagalkan dengan beberapa insiden yang aku malas nak ceritakan. Rasa bosan!
Gambar oleh HIDUPKU
Labels: Corus Hotel, HINDRAF, How did the Cat get so Fat?, Indian rally, Jalan Ampang, police brutality