Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, May 19, 2008

PAS Rai Media dan Blogger


Pada 13 Mei, aku menerima jemputan daripada Lajnah Penerangan PAS Pusat dalam satu majlis makan malam di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Ramai rakan blogger hadir. Tumpuan sudah tentu kepada Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Tetamu VIP yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Lajnah Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh; Timbalan Ketua Muslimat, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli-ahli Parlimen PAS; Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dan pimpinan PAS di peringkat negeri.

Bagi mengelakkan daripada tersangkut dalam kesesakan lalulintas, aku bertolak terus dari Bangunan Parlimen. Kebetulan, pada hari itu Dewan Rakyat bersidang sehingga lewat malam.

Aku menawarkan diri aku untuk bersama wartawan-wartawan dari Harakah termasuk Azamin dan Wan Noordin.

Dalam ucapan pembukaan, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang berkata bahawa wartawan dikelilingi dengan banyak ancaman dalam mengekalkan profesionalisme mereka termasuk dipenjarakan seperti di Indonesia dan editor yang sanggup meletak jawatan seperti yang berlaku di England dan Amerika Syarikat.

Beliau memetik sabda Rasulullah (ibnu Majaah) dengan menyebut bahawa akan tiba tahun-tahun di akhir zaman di mana dunia dipenuhi dengan penipuan; yang tipu dilaporkan benar, dan yang benar dikatakan meipu. Pada waktu itu juga pengkhianat akan diberi amanah dan orang yang bodoh ditonjolkan.

Adakah kita berada di zaman itu?

Beliau juga berkata, rakyat perlu bijak menilai segala berita atau cubaan yang dibuat media perdana bagi memburukkan kerjasama antara Pakatan Rakyat.

Tak disangka, nama aku disebut beberapa kali setanding dengan blogger-blogger lain. Pihak penganjur juga mengumumkan jualan SELAK pada malam itu.

Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas penghargaan tersebut. Aku tidak pernah mengharapkan sebarang bentuk ganjaran termasuk jamuan makan yang sungguh enak diberikan dalam laporan yang aku muatkan dalam blog ini sejak 2001.

Pada ketika da pihak mengugut dalam entri-entri yang 'terasa pedas' ada juga pihak yang menyanjung hasil penulisan aku.

Tempo amat mengiktiraf berita-berita yang aku muatkan di sini. Jadi, aku hairan apa kan?


Menteri Besar Perak

Sementara itu, dalam respons berhubung peranan blogger, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, yang turut hadir di majlis itu berkata, media perdana hari ini begitu tersepit kerana mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehendak pemerintah, sedangkan di lima buah negeri sudah berubah pemerintahannya.

Inilah kali pertama aku mendengar Nizar berucap. Terpegun juga.

"Media perdana hari ini tersepit kerana mereka tidak berlandaskan kebenaran. Jika saudara-saudara, sebagai blogger yang jujur dan ikhlas, sudah pasti tidak tersepit dengan keadaan hari ini dalam melaporkan kebenaran," jelas beliau.

Dalam pada itu, Nizar turut meminta para blogger yang dahulunya lantang mengkritik kelemahan BN agar berbuat serupa terhadap kelemahan yang dilakukan Pakatan Rakyat.

"Kalau dulu saudara-saudara kritik dengan begitu hebat BN, maka sekarang untuk mengkritik Pakatan Rakyat juga perlu diteruskan, dalam menyatakan kebenaran," tegas beliau lagi, sambil menerima tepukan gemuruh daripada para blogger dan hadirin.

Aku tanya diri aku balik, boleh ke kita buat macam tu?

Turut hadir di majlis itu ialah Kamal Amir, Sang Kelebai, Roslan SMS, dan ramai lagi.
Aku yang berada di meja belakang

Labels: , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com