Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, June 04, 2008
ALFATIHAH: Pulangnya Zaitun Kassim ke Rahmatullah
Aku terima beberapa sms daripada teman-teman rapat awal pagi mengenai pemergian Zaitun Kassim, 41.Menurut berita yang aku terima daripada Julian, Zaitun menghembuskan nafasnya buat kali terakhir pada jam 5.30 pagi selepas mengalami kesukaran untuk bernafas dua hari sebelum. Julian aku temui di Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Taman Kebun Bunga, Shah Alam, tempat di mana Arwah dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Aku tiba pada sekitar jam 10 pagi. Pada waktu itu, sudah terdapat Elizabeth Wong, Dr Kua Kia Soong, Shannon Shah, Julian.
Selepas aku selesai bacakan surah Yaasin, muncul komrad-komrad PSM, Sisters in Islam, Five Arts Centre, NIEI, Amnesty International, Rahmat Haron, Fahmi Fadzil, Saiful Razman, Dr Wan Azizah, Irene Fernandez, Dr Syed Husin Ali, Latheefa Koya, Jo Kukathas, Masjaliza Hamzah, Hariati Azizan, Maria Chin dan ramai lagi.
Aku tinggalkan 'Toni' pada 11.30 pagi.
Beliau dikebumikan di Pusara Kenangan Abadi, Shah Alam.
Beliau meninggal dunia akibat barah di duodenum. Barah tersebut dikesan sekitar Februari 2008 dan Arwah tidak mahu dibesar-besarkan.
Selepas mendapat keputusan perubatan mutakhir, barah beliau sudah pada tahap 4.
Arwah sempat menjalani kimoterapi sekali dan selepas pembedahan itu, Julian berkata Arwah begitu lemah.
Bagaimana aku kenali Zaitun Kassim?
Aku tidak berapa ingat kali pertama aku kenali Zaitun. Berita beliau pertama kali aku baca apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding di Parlimen Selayang pada tahun 1999.
Aku mula rapat dengan Arwah ketika kempen pilihanraya umum 2004 di Petaling Jaya Selatan.
Sungguhpun aku pernah hadiri beberapa program / kempen yang dijalani oleh Zaitun dan rakan-rakannya mengegakkan hak wanita (terutama sekali), aku masih belum berkesempatan bekerja bersama beliau dalam satu pasukan.
Aku teringat pada satu lewat pagi ketika aku berseorangan di Brickfields (ketika pejabat aku di sana), aku terserempak dengan beliau dan selepas berbual beberapa minit, beliau mengajak aku makan menemani beliau. Aku tidak menolak dan terus berbual kosong tanpa mengumpat atau mengutuk mana-mana pihak.
Aku dapati Arwah ialah seorang yang sungguh peramah dalam perlakuannya.
Sudah tentu, negara ini kehilangan seorang insan yang dalam masa hidupnya berjuang untuk demokrasi, SUNGGUH tidak hipokrit dan benci kepada penindasan terhadap wanita.
Labels: zaitun kassim
0 Comments:
Post a Comment
<< Home