Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, May 05, 2009
Baju hitam protes sidang DUN

I quote the following news report from Malaysiakini.
You can download the logo at facebook.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini.
NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.
Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan.
Bersih akan mengadakan sidang media jam 10 pagi esok di Kuala Lumpur bagi mengumumkan pendiriannya tentang perkara tersebut.
Sementara itu, Speaker DUN V Sivakumar berkata beliau telah mengutuskan surat rasmi kepada Sultan Perak pagi ini, memohon baginda menangguhkan persidangan tersebut "buat sementara waktu" bagi mengelakkan insiden "yang sukar dikawal."
Beliau juga berharap persidangan DUN dapat diadakan selepas pertikaian antara menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir.
"Saya juga berasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.
"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.
Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan.
"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang dewan negeri diadakan dalam kedudukan YAB menteri besar Perak masih dalam pertikaian di mahkamah."
Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan DUN itu sewaktu persidangan sedang berlangsung.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini telah menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK dan seruan yang sama juga didapati di laman-laman blog tertentu dan media alternatif.
"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut," beliau dipetik berkata hari ini.
"Polis akan bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang merancang atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam."
Beliau juga menyeru pengguna-pengguna jalan raya tidak menggunakan jalan-jalan berdekatan dengan bangunan DUN pada hari tersebut dan menasihatkan orang ramai yang tiada kaitan dengan persidangan itu supaya tidak berkumpul dan mereka yang menerima jemputan sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut.
Zulkefli berkata satu perjumpaan antara polis dengan wakil-wakil dan ADUN PAS, PKR dan BN telah diadakan pagi tadi di ibu pejabat kontinjen Perak untuk berbincang bagi melancarkan perjalanan sidang dewan berkenaan tetapi beliau dukacita wakil parti DAP tidak turut serta walaupun telah dijemput sama dalam pertemuan tersebut.
Labels: BERSIH, malaysiakini, perak
 
Friday, March 20, 2009
Bekas Setiausaha keADILan Beri Keterangan

Shot by Sue-anne Chua
Kenyataan media bekas Setiausaha keADILan Kelana Jaya pada 20 Mac 2009 di Shah Alam
Bekas setiausaha keADILan Bahagian Kelana Jaya, Faisal Mustaffa (38) akan mengemukakan bukti-bukti ke mahkamah atas surat saman yang diterimanya Mac lalu.
Faisal telah menerima surat yang dikeluarkan oleh peguam Menteri Kerja Raya, Mohamed Zin yang memberi tempoh untuk menarik balik pertuduhan melalui kenyataan media yang Faisal dedahkan dan meminta maaf.
Namun, Faisal enggan menerima tawaran tersebut dan membuat keputusan untuk mengemukakan segala bukti di mahkamah.
Kenyataan yang pernah dikeluarkan:
1. Syarikat Empunya Menteri Kabinet Sudah Diambil Tindakan oleh Kerajaan Bangladesh (22 November 2007)
2. Mohamed Zin Mengaku beri Wang Lobi (27 Disember 2007)
3. KeADILan Kelana Jaya Bantu Isytiharkan Harta Menteri Baru (24 Mac 2008)
4. KeADILan Kelana Jaya Akan Kemukakan Bukti Rasuah Md Zin ke Mahkamah (17 Julai 2008)
Faisal berkeyakinan bahawa semua kenyataan yang dibuat di atas berdasarkan dokumen yang diterimanya termasuk:
a. laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007)
b. laporan akhbar Bhorer Kagoj (12 November 2007),
c. laporan akhbar Daily Star (30 November 2007)
d. laporan akhbar Daily Ittefaque (3 Ogos 2007)
Melalui laporan akhbar tersebut, jelas menunjukkan bahawa Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada Menteri berkenaan dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.
Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.
Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.
Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.
Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang ditandatangani pada 18 September 2000).
Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.
Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.
Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.
Faisal berasa hairan dengan sikap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih lagi enggan mengambil apa-apa tindakan terhadap Dato Mohd Zin bin Mohamed yang sudah membuat pengakuan kepada media bahawa apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja ’melobi’. (Malaysiakini, 23 Nov 07).
Labels: KeADILan, Kelana Jaya, malaysiakini, Md Zin Mohamed, Parti Keadilan Rakyat, PKR, UMNO
 
Friday, January 02, 2009
My Interview in Malaysiakini
| Bersih cabar Rashid seret ke mahkamah |
Abdul Rahim Sabri | Dec 31, 08 8:07pm |
| Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan tindakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menfitnahnya secara peribadi sepanjang beliau mengetuai badan tersebut. "Kita alu-alukan supaya dakwaan tidak berjawab akan didedahkan dalam mahkamah," kata setiausaha sekretariatnya Faisal Mustaffa kepada Malaysiakini. "Bawa ke mahkamah, kita berpeluang untuk dapat jawapan (daripada dakwaan) yang tidak dijawab." Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman hari ini dilaporkan sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan tersebut dan sedang mengumpulkan dokumen berkaitan untuk diteliti oleh peguamnya sebelum mengambil sebarang tindakan perundangan termasuk kepada anggota parlimen pembangkang. Faisal menjelaskan pihaknya bagaimanapun tidak jelas isu atau alasan yang hendak dikemukakan untuk tindakan saman itu. Tambahnya, semua kenyataan media yang dikeluarkan Bersih untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil berasaskan penyelidikan dan mendapat persetujuan daripada ahli-ahli jawatankuasa induk gabungan lebih 70 NGO, termasuk parti-parti pembangkang. Jelasnya lagi, dakwaan-dakwaan Bersih terhadap suruhanjaya itu dan bekas pengerusinya berdasarkan fakta dan bukannya tuduhan melulu. |
Labels: BERSIH, malaysiakini, SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
 
Thursday, June 12, 2008
Faisal in Malaysiakini
| Bersih: Police intimidation won't work |
| S Pathmawathy | Jun 12, 08 4:07pm |
| Two key figures from polls reform movement Bersih were called up by the police today to question their role in the Nov 10 rally last year which attracted more than 40,000 people who wanted a clean and fair election. However, the timing of the call by the police has created some suspicious among Bersih leaders. Bersih - or in full the Coalition for Clean and Fair Elections - coordinator Faisal Mustaffa felt that the police and the government were just trying to intimidate their participation in the forthcoming July 12 anti-fuel hike mass rally."I think the police are trying to create fear amongst the public to stop them from attending the rally. "It is the people's democratic right to gather and assemble peacefully and I hope this investigation will not hamper them from attending," Faisal stressed. Earlier both Faisal and fellow Bersih member Madeline Chang were questioned for about an hour at the Commercial Crime Investigation Department headquarters in Kuala Lumpur. Faisal said that police official Amran Jusin interrogated the duo about their involvement during the Nov 10 rally which amassed a crowd of 40,000 people in central Kuala Lumpur, demanding for reform in the country's electoral process. "Basically he questioned us about our establishment, background and involvement during the rally last year because our names often cropped on Bersih's website and news," Faisal explained. Police kept badgering Faisal also said their lawyer Lateefah Koya, who was also present during the questioning, warned the pair to avoid answering questions that were suspicious and may lead to trouble. However, Faisal admitted that the police did not enquire about the upcoming anti fuel-hike rally during the session. "They kept badgering and questioning us on Bersih's validity and Nov 10 rally. Although we said the rally organised was a combined effort of 70 non-governmental organisations," he said.Still, he insisted on his wariness with the timing of the questioning which could be done to put pressure on Bersih and others from participating in the anti-fuel hike protest next month. More than 100,000 people are expected to gather at Kuala Lumpur City Centre on July 12 to protest the oil hike. Faisal also added that the current investigation was a follow up from an earlier probe by CCID's on five opposition leaders who were behind the Nov 10 rally. The five were PAS vice-president Mohamad Sabu, PAS activist Anuar Tahir, PKR vice-president Sivarasa Rasiah, DAP central committee member Ronnie Liu and PAS central committee members Dr Syed Azman Nawawi. |
Labels: BERSIH, malaysiakini
 
Aku Mengadap Polis Hari Ini
| Urusetia Bersih disiasat polis |
| Jimadie Shah Othman | Jun 12, 08 12:38pm |
| kemaskini 3:09pm Dua petugas urusetia Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) enggan menjawab soalan-soalan pegawai penyiasat polis berhubung perhimpunan besar gabungan itu November lalu. "Soalan-soalan yang mereka tanyakan tentang pertubuhan, tentang latar belakang Bersih dan penyertaan kami dalam peristiwa perhimpunan aman rakyat pada 10 November. "Kami mendapat nasihat untuk tidak menjawab sebarang soalan yang dikemukakan di bawah perkara 112(2) Kanun Acara Jenayah, yang menyatakan hak kami untuk tidak menjawab sekiranya soalan-soalan tersebut meragukan dan membahayakan kami," kata Faisal Mustaffa kepada pemberita selepas tamat siasatan kira-kira sejam.Faisal, yang juga jurucakap urusetia Bersih, dan Medaline Chang dipanggil memberikan keterangan hari ini di ibu pejabat polis Bahagian Jenayah Perdagangan, Kuala Lumpur. Siasatan itu, menurutnya, dijalankan oleh ASP Amran Md Jusin, pegawai polis yang menghubungi mereka untuk tujuan itu minggu lalu. ASP Amran juga pegawai sama yang menyiasat kelima-lima pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat dengan Bersih, kata Faisal. Daripada 20 hingga 30 soalan yang disediakan oleh polis, kedua-dua mereka hanya menjawab soalan berkaitan latar belakang Bersih sahaja, tambahya. Menurut Faisal, pihak polis mengemukakan soalan berkaitan latarbelakang dan penglibatan mereka dalam Bersih, maklumat persatuan dan kesahan gabungan itu. "(Soalannya) tentang latar belakang saya, penglibatan saya. Tentang persatuan, mereka tanya berapa banyak ahli, kesahan Bersih, walaupun kita banyak kali ulang bahawa Bersih adalah gabungan, bukan persatuan. "Ia adalah gabungan 71 parti politik dan NGO yang berdaftar dan yang juga tidak berdaftar. Jadi ini adalah satu gabungan. Kita bagi contoh, BN juga satu gabungan. Kenapa BN tidak disoal siasat oleh jenayah perdagangan," katanya. Mereka juga dipanggil memberi keterangan disebabkan, antaranya kemunculan mereka dalam laman web Bersih, tambah Faisal. "Beliau (ASP Amran) kata, siasatan sebelum ini belum selesai. Menurut ASP Amran, saya dan Medaline muncul dalam laman web Bersih dan mereka merujuk saya sebagai 'saksi-saksi yang berikutnya'."Dan siasatan tentang Bersih masih diteruskan, saya rasa ini adalah satu usaha menakut-nakutkan oleh BN dan polis untuk menghalang protes yang banyak akan dijalankan. Menurutnya lagi, beliau dimaklumkan boleh dipanggil lagi sekiranya pihak polis tidak berpuas hati dengan keterangan tadi. "Mereka akan panggil jika mereka tidak berpuas hati, tau mereka akan mengeluarkan saman yang lain," kata Faisal. Turut hadir mengiringi Faisal dan Medaline di luar pejabat polis, ahli jawatankuasa PAS dan pemimpin gabungan itu Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu serta ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat - Liew Chin Tong (DAP- Bukit Bendera), Fong Kui Lun (DAP- Bukit Bintang), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Loh Gwo Burne (PKR-Kelana Jaya). Lima hari selepas perhimpunan tahun lalu, selain Dr Syed Azman dan Ronnie, naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, naib presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS Mohd Anuar Tahir dipanggil oleh polis bahagian yang sama untuk memberikan keterangan. Faisal memberitahu Malaysiakini kelmarin, keterangan beliau dan Medaline ini kali pertama diberikan kepada polis selepas perhimpunan tersebut yang dihadiri kira-kira 40,000 penyokong pembangkang. |
Labels: BERSIH, malaysiakini
 
Bersih - or in full the Coalition for Clean and Fair Elections - coordinator Faisal Mustaffa felt that the police and the government were just trying to intimidate their participation in the forthcoming
"They kept badgering and questioning us on Bersih's validity and Nov 10 rally. Although we said the rally organised was a combined effort of 70 non-governmental organisations," he said.
"Beliau (ASP Amran) kata, siasatan sebelum ini belum selesai. Menurut ASP Amran, saya dan Medaline muncul dalam laman web Bersih dan mereka merujuk saya sebagai 'saksi-saksi yang berikutnya'.