Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, December 23, 2009
UMNO Pulau Pinang Lebih Layak Jadi Pembangkang Berwibawa

Untuk sebarang tempahan buku di atas, klik di TOKOBUKU
Edisi sunat di sini.
Gembira dan bersyukur rasanya apabila UMNO Pulau Pinang menuntut jawatan Pengerusi BN (sebut Barisan Nasional) dari Gerakan (Parti Gerakan Rakyat) atas prestasi Gerakan selama tiga dekad gagal dalam mentadbir negeri itu sehingga jatuh ke tangan pembangkang.
Di dalam sebuah Negara demokrasi, pembangunan mestilah berdasarkan kepada pembangkang yang mampu bersifat kritikal bagi memberi check and balance dalam urustadbir baik. Pembangkang perlu bersikap proaktif dan memantau setiap langkah pemerintah. Namun, perkara ini tidak diperlihatkan di Pulau Pinang.
Masalah yang berlaku di Pulau Pinang ialah bilamana Pengerusi BN sebagai pembangkang ialah dari Gerakan manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dari UMNO. Ini kerana Gerakan tidak mempunyai wakil DUN di Pulau Pinang.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin UMNO Negeri dengan alasan jawatan itu telah disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
Kenyataan tersebut sememangnya telah memakan diri sendiri. Zahid Hamidi menyangkal kenyataan Koh dengan mengatakan bahawa Negara ini bukannya coup d'etat (pengambilan kuasa dengan tidak berlandaskan perlembagaan)
Selepas cadangan itu diperbesarkan oleh media, Gerakan mula cuba menunjukkan taring mereka yang tumpul. Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinangm Teng Chang Yeow memberi amaran untuk jangan memperlekehkan pihaknya dengan menuntut agar diserahkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang disandang mereka sejak lebih tiga dekad lalu. Beliau juga berkata pihaknya kini memainkan penting dalam usaha merampas balik kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat.
Alasan UMNO untuk Ambilalih
Perhubungan Umno Pulau Pinang , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menuntut jawatan tersebut berkata bahawa tuntutan itu wajar kerana UMNO mempunyai bilangan Adun terbanyak di peringkat negeri iatu 11 orang dan tiada wakil dari komponen BN yang lain termasuk Gerakan.
Di dalam politik, sungguh banyak kebetulannya. Zahid Hamidi bersuara mengenai hal ini hampir setiap hari sehinggakan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO menasihati supaya kedua-duanya, Zahid dan Tsu Koon tidak lagi membincangkan perkara itu lagi.
Gembar-gembur ini berlaku apabila umum didedahkan dengan berita kehilangan enjin General Electric J85-21A untuk pesawat pejuang 1-penumpang F-5E Tiger dari Lapangan Udara Sungei Besi baru-baru ini. Kita juga dikejutkan bahawa rupa-rupanya bukan sebuah tetapi dua telah kehilangan pada tahun 2007 di Butterworth ketika Najib Razak menyandang portfolio Menteri Pertahanan. Tiba-tiba kedua-duanya bersuara tentang isu Pulau Pinang. Umum ketahui bahawa Gerakan tidak mahir dalam politik rabun-merabun dan menjadi seekor lagi kambing hitam UMNO.
Apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Gerakan akan memakan diri sendiri. Pemangku Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata kepada media pada 21 Disember, "jadi, untuk mengatakan Gerakan tidak aktif adalah satu kenyataan sangat mengarut".
Persoalannya, apakah sesakan drastik yang dibuat Gerakan sejak tumbang pada 8 Mac? Antara lain, mereka mendesak Kerajaan Pulau Pinang menghormati bangsa lain dengan mempamer tanda jalan dalam pelbagai bahasa. Adakah itu desakan terbaik yang dapat dilakukan Gerakan? Apakah tugas semudah itu tidak dapat dibuat Gerakan selama bertakhta selama 35 tahun? Sekelip mata sahaja Timbalan Ketua Menteri, Prof Ramasamy mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggantikan tanda-tanda jalan kepada bahasa lain. Dan Gerakan terus senyap/
Beza Gerakan dan UMNO
Gerakan sebuah parti berbilang kaum manakala UMNO parti untuk bangsa Melayu dan membuka keahlian kepada mamak seperti Senator Shahrizat Abdul Jalil yang kemudiannya diberi jawatan tertinggi dalam sayap wanita.
Oleh itu, Gerakan akan mempunyai masalah untuk bersaing dengan Pakatan Rakyat. Sekiranya rakyat memilih parti berbilang kaum, apakah rasionalnya menukar pangkah kepada Gerakan? Pengundi akan ternyata memangkah UMNO sekiranya mereka bersifat perkauman.
Gerakan juga mempunyai pendirian berbeza mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (sebut akta zalim) yang meminta agar akta tersebut dipinda. UMNO mahu ianya dikekalkan. Gerakan telah membuat pendirian selamat tetapi mereka tidak menyedari pendirian tersebut tidak kuat memenangi hati rakyat. Mereka seharusnya bersifat tegas; kekal atau mansuh terus.
Begitu juga dengan pendirian mereka tentang kebebasan bersuara. Mereka kononnya menyokong prinsip kebebasan tetapi bersetuju beberapa buku diharamkan. Kes yang jelas ialah apabila buku Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism terbitan Sisters in Islam diharamkan.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui pintu belakang dengan memasuki Dewan Negara juga menghadapi masalah sebagai menteri.
Beliau yang tidak menyedari bahawa beliau hanya seorang senator cuba menunjuk kehebatan dengan bersuara di Dewan Rakyat. Tetapi tidak menyedari di dalam Peraturan Tetap Dewan, senator tidak dibenarkan berucap sekiranya bukan mengenai portfolionya. Dia dikritik hebat kerana tidak muncul di Dewan Rakyat untuk menjawab masalah kementeriannya dan beliau juga jarang hadir di sessi Dewan Negara. Beliau ternyaa gagal dalam KPI nya sendiri.
Lihat bagaimana reaksi UMNO. Mereka sanggup mendesak Koh Tsu Koon, Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Perhubungan Negeri Gerakan) dan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera Chia Kwang Chye untuk memohon maaf kepadanya. Kes merujuk kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail yang menyifatkan kenyataan bukan Melayu sebagai pendatang.
Ahmad Ismail didapati bersalah oleh Jawatakuasa Disiplin UMNO dengan digantung selama tiga tahun selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi ditarik balik awal bulan ini. Inilah permainan kabur-mengabur yang dikehendaki dalam Parti seperti UMNO dalam memenangi Melayu.
Pada waktu itu, penyokong Ahmad Ismail secara berani mengoyakkan poster Pengerusi BN tanda marah.
Jadi, bagi memperkuatkan kerajaan dan manfaat rakyat, Gerakan gagal dalam mempamerkan sifat proaktif mereka dan memberi kesenangan amat kepada kerajaan negeri yang ada sekarang. Khuatir dengan kelemahan Gerakan akan menjadi seperti Kerajaan Persekutuan yang berkuasa lebih separuh abad dan dibusukkan dengn pelbagai amalan rasuah.
Labels: najib tun razak, UMNO
 
Friday, March 20, 2009
Bekas Setiausaha keADILan Beri Keterangan

Shot by Sue-anne Chua
Kenyataan media bekas Setiausaha keADILan Kelana Jaya pada 20 Mac 2009 di Shah Alam
Bekas setiausaha keADILan Bahagian Kelana Jaya, Faisal Mustaffa (38) akan mengemukakan bukti-bukti ke mahkamah atas surat saman yang diterimanya Mac lalu.
Faisal telah menerima surat yang dikeluarkan oleh peguam Menteri Kerja Raya, Mohamed Zin yang memberi tempoh untuk menarik balik pertuduhan melalui kenyataan media yang Faisal dedahkan dan meminta maaf.
Namun, Faisal enggan menerima tawaran tersebut dan membuat keputusan untuk mengemukakan segala bukti di mahkamah.
Kenyataan yang pernah dikeluarkan:
1. Syarikat Empunya Menteri Kabinet Sudah Diambil Tindakan oleh Kerajaan Bangladesh (22 November 2007)
2. Mohamed Zin Mengaku beri Wang Lobi (27 Disember 2007)
3. KeADILan Kelana Jaya Bantu Isytiharkan Harta Menteri Baru (24 Mac 2008)
4. KeADILan Kelana Jaya Akan Kemukakan Bukti Rasuah Md Zin ke Mahkamah (17 Julai 2008)
Faisal berkeyakinan bahawa semua kenyataan yang dibuat di atas berdasarkan dokumen yang diterimanya termasuk:
a. laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007)
b. laporan akhbar Bhorer Kagoj (12 November 2007),
c. laporan akhbar Daily Star (30 November 2007)
d. laporan akhbar Daily Ittefaque (3 Ogos 2007)
Melalui laporan akhbar tersebut, jelas menunjukkan bahawa Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada Menteri berkenaan dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.
Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.
Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.
Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.
Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang ditandatangani pada 18 September 2000).
Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.
Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.
Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.
Faisal berasa hairan dengan sikap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih lagi enggan mengambil apa-apa tindakan terhadap Dato Mohd Zin bin Mohamed yang sudah membuat pengakuan kepada media bahawa apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja ’melobi’. (Malaysiakini, 23 Nov 07).
Labels: KeADILan, Kelana Jaya, malaysiakini, Md Zin Mohamed, Parti Keadilan Rakyat, PKR, UMNO
 
Wednesday, March 18, 2009
Spell Found Underneath Pak Lah's Desk
KUALA LUMPUR: The last UMNO Supreme Council meeting before party elections will be held on 25 March. And at the height of tension over the party elections, two small pieces of paper which look like a spell have been found stuck underneath the desk of party president at the 38th floor meeting room in UMNO headquarters.When the bomb squad from Kuala Lumpur police conducted a routine carpet search in the meeting room a few days ago, two small pieces of paper with Jawi script as well as a small piece of wood wrapped up in a piece of white cloth, were accidentally discovered underneath the desk of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
The police have so far not detained any suspicious person for investigation, but it is understood that they have taken the statements of three individuals with electronic card access into the meeting room: two policemen and the assistant of a politician with Datukship.
No CCTV has been installed in the meeting room. Besides politicians, cleaners may occasionally be allowed to enter the room for cleaning.
The police conducted the search two weeks ahead of the Supreme Council meeting to ensure that the meeting will run smoothly.
These two objects have since been sent to the chemical department for analysis but no reports have yet to be received.
The police have sent the questionable objects for chemical analysis after failing to ascertain the actual content of the spell. (Translated by DOMINIC LOH/Sin Chew Daily)
The below is nothing to do with the above story. It is about relating to the same individual.

Synopsis
This is Ooi Kee Beng’s third collection of commentaries on Abdullah Badawi’s five years in power. The first (Era of Transition: Malaysia after Mahathir, 2006 ISEAS) described a hopeful period following Mahathir’s retirement, while the second (Lost in Transition: Malaysia under Abdullah, 2008 ISEAS & SIRD) argued that Abdullah’s administration had gone astray, and had lost contact with the aspirations of the common Malaysian.
The forty-odd opinion pieces included in this third volume were written between November 2007, when the Hindraf demonstration took place, and December 2008, when Abdullah pushed through his swan-song reform Bills. These commentaries do not only collectively illustrate the downfall of Abdullah Badawi, but demonstrate how voters punished the country’s leaders for supposing that the fortune of the country did not extend beyond the fate and fortune of the dominant party, UMNO, and its allies.
After suffering its worst electoral results ever on March 8, 2008, the ruling coalition now has difficulty deciding the pace and the extent of political change in Malaysia.
Book Detail:
Title: ARRESTED REFORMS: The Undoing of Abdullah Badawi
Author: Ooi Kee Beng
Publisher: Research for Social Advancement (REFSA)
ISBN:
Soft cover: 978-983-43722-5-5
Hard Cover: 978-983-43722-6-2
Price : RM30 (soft cover)
RM50 (hard cover)
To order;
1. Pls SMS 019-2232002 (Type Arrested Reform
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)
* choices: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, or the nearest Maybank branches near you.
Labels: Abdullah Ahmad Badawi, UMNO
 
Wednesday, February 18, 2009
Bersedia untuk Jadi Kerajaan
Ikuti tembual aku dengan Tunku Aziz:
Tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan menggantikan Barisan Nasional (BN) yang selama 50 tahun memerintah gagal menunjukkan integriti dalam urustadbir mereka. Apa yang penting ialah bagi semua rakyat bekerjasama ke arah pentadbiran yang berdaya saing, akauntabel dan telus.
Ketika menemuramah Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim 12 Januari lalu, apa yang penting bagi pemimpin di setiap lapisan; ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri dan ahli majlis ialah untuk memenangi keyakinan rakyat.
“Memang sukar untuk menarik keyakinan rakyat, tapi lebih sukar untuk mengekalkannya”, ujar Tunku Aziz.
Bagi Tunku Aziz, setiap parti gabungan perlu lebih kerap bermusyawarah, dalam mengenalpasti tindakan serta apa yang terbaik untuk kepentingan rakyat – bukan untuk kepentingan peribadi.
Sambutan Rakyat
Sejak menyertai DAP, Tunku Aziz banyak menghadiri majlis-majlis anjuran Parti termasuk majlis mengumpul dana. Sejak beliau bergaul dengan pihak akar umbi, beliau merasakan rakyat sememangnya dahagakan sebuah kerajaan yang berintegriti.
Setiap majlis yang dihadiri, Tunku pastinya akan menyalurkan mesej-mesej bahaya amalan rasuah yang meruncing di Negara ini dan bagaimana budaya tersebut boleh merosakkan Negara ini.
Menceritakan mengenai pengalamannya ke Sabah yang mana lawatan politiknya yang pertama, lewat tahun lahu, Tunku Aziz memberitahu sambutannya melimpah-ruah. Majlis makan malam di Tawau berjaya menjual meja sebanyak 130 meja dan memuatkan sekurang-kurangnya 1300 orang.
“Sehinggakan pihak penganjur tidak dapat lagi menambah jumlah meja kerana orang bersesak-sesak”, beritahu Tunku senang.
Menurutnya, rakyat sudah peka dan berminat terhadap politik berorganisasi dan berminat untuk menyertai DAP.
“Senario politik sekarang sudah berubah”, tambahnya lagi.
Melayu Kaum Termiskin
Bercakap mengenai keadaan bangsa Melayu, Tunku Aziz memberitahu bahawa masyarakat Melayulah yang terkebelakang dalam banyak hal. Ini kerana mereka tidak diberikan peluang untuk bersaing antara mereka, apatah lagi bersaing dengan bangsa-bangsa lain bagi memajukan mereka. Beliau lebih berpendapat sistem meritokrasi kaedah bertetapan dalam memajukan masyarakat kesemuanya.
Tunku Aziz menyalahkan dasar kerajaan mendiskriminasikan bangsa menjadikan masyarakat Melayu undur dalam banyak hal.
Beliau juga mengkritik pemimpin yang menitikberatkan perkara kecil dan berpendapat mereka perlu mengutarakan perkara yang lebih makro seperti pembangunan nasional, mengatasi kemiskinan secara dan mengurangkan masalah pengangguran terutama apabila dunia berhadapan dengan krisis kegawatan.
“Air percuma, tiket parkir percuma masalah kecil. Itu hanya gimik”, kata Tunku Aziz.
Pemimpin Muda
Tunku Aziz yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sekretariat Komanwel yang berpusat di London selama tujuh tahun bersetuju bahawa Pakatan Rakyat sekarang mempunyai ramai pemimpin-pemimpin muda yang tidak berpengalaman dalam mentadbir.
“Apa yang lebih penting ialah mereka perlu berintegriti”, jelasnya.
Bagi pemimpin muda,mereka perlu banyak ‘mendengar’ dan ‘kurang bercakap’. Rakyat tidak akan menyalahi mereka sekiranya mereka ini bersedia untuk belajar daripada membuat kesilapan. Persepsi, bagi Tunku Aziz amat mustahak.
Mengenai perbalahan antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, Tunku Aziz menasihati agar mereka perlu lebih banyak berbincang sebelum mendedahkan sesuatu pemasalahan kepada media.
“Sudah tentu media seperti Utusan Malaysia suka untuk siarkan berita sebegini seolah-olah kita tidak bersatu”, tambah Tunku Aziz yang pernah menjadi Penasihat Khas kepada Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu perihal etika.
Beliau menasihati agar setiap pemimpin menerapkan prinsip Kompeten, Akauntabel dan Telus dalam diri masing-masing supaya kualiti kerja akan menampakkan cemerlang.
Buktikan Pakatan Rakyat Mampu Mentadbir
Tunku Aziz yang pernah menjadi ahli Lembaga Penasihat bagi Majlis Rangkaian Dasar Awam Global di bawah projek ‘Wawasan PBB” berharap agar kesemua parti gabungan menunjukkan bahawa gabungan ini berjaya dan mampu mentadbir negara dengan cekap.
Pada tahun 1952, persepakatan tidak formal di antara Umno dan MCA menjadi asas sehingga berjaya malaksanakan pilihan raya tempatan. Rundingan tersebut akhirnya terbentuk Perikatan yang menyediakan kedua-dua Parti untuk pilihan raya umum (1954). Perkara tersebut sepatutnya menjadi iktibar bagi mengkaji kejayaan Perikatan dalam persepakatan.
“Tetapi, sekarang mereka tidak lagi relevan,” ujarnya.
Kepentingan rakyat, menurut Tunku Aziz sepatutnya diletak sebagai matlamat utama lebih daripada kepentingan peribadi.
Membendung Rasuah
Tunku Aziz yang mengasaskan Malaysian Chapter of Transparency International, gabungan global membantah rasuah yang kemudiannya dikenali sebagai The Kuala Lumpur Society for Transparency & Integrity menyambut baik usaha Kerajaan untuk meminda Akta Pencegahan Rasuah kapada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pindaan kepada akta tersebut jelas membuktikan bahawa Badan Pencegah Rasuah (SPR) tidak bebas.
SPRM juga menurut bekas Presiden The Kuala Lumpur Society for Transparency & Integrity memberitahu bahawa akta tersebut masih lesu dalam membendung kegiatan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan termasuk menteri kabinet.
“Umpama harimau tidak bertaring”, jelas Tunku Aziz.
Tunku Aziz yang pernah dilantik sebagai ahli majlis lembaga antarabangsa di dalam Transparency International pada Oktober 1997 dan kemudiannya menjadi Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International pada tahun berikutnya berkata SPRM tidak akan berfungsi dengan seeloknya selagi badan tersebut diletakkan di bawah telunjuk seseorang.
Justeru, Tunku berpendapat sebuah suruhanjaya yang bebas sepatutnya mendapatkan ahli majlisnya luar dari kerajaan, yang berkhidmat dengan masyarakat.
“Harun Hashim seorang hakim dan jelas mampu untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.”
“Apa yang mustahak ialah integriti seseorang itu,” kata Tunku.
Tindakan kerajaan bagi melantik penasihat dari Hong Kong juga tidak menampakkan ketelusan kerana ahli-ahli yang dipanggil ke sini untuk menasihati SPRM sudah tentu akan memberikan laporan hanya yang baik.
Hudud Perlukan Perincian
Mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Negara ini, Tunku Aziz berpendapat parti itu seharusnya menjadi Kerajaan Pusat bagi member kuasa kepada mereka melaksanakan hokum tersebut.
Secara peribadi, Tunku Aziz merasakan hukum tersebut tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, sungguhpun ianya dikenakan kepada orang Islam.
Namun, beliau menghormati kebebasan PAS untuk memperkembangkan prinsip politik mereka.
Tunku Azjz menghabiskan kebanyakan daripada usaha reformasinya sebelum ini dalam membendung rasuah secara sukarela melalui Transparency International dari 1995-2004 dan pernah menerbitkan buku berhubung rasuah dan integriti melalui “Fighting Corruption: My Mission”.
Pada Februari 2004, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya di dapam suruhanjaya diraja siasatan salahlaku polis di Negara ini.
Labels: Badan Pencegah Rasuah, BPR, DAP, MCA, tunku aziz, UMNO, Utusan Malaysia
 
Wednesday, January 07, 2009
Temuramah aku dengan Exco Kanan Negeri Perak
Ahli exco kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato Ngeh Koo Ham mempunyai visi agar rakyat Perak mendapat layanan samarata tanpa mengira warna kulit. Bagi memperkasakan rakyat, Ngeh berpendirian bahawa apa yang lebih penting ialah kebolehan seseorang itu.
Beliau juga menceritakan rancangan kerajaan baru Negeri Perak dan serangan BN dalam cuba memburukkan barisan pentadbiran baru ini.
Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat Perak?
Kita mempunyai senarai dasar-dasar dan program yang dibentuk dan akan berterusan ke arah inisiatif-inisiatif untuk rakyat di masa mendatang. Salah satu aspek ialah kepentingan hak sama rata untuk semua warganegara. Sememangnya, kita tidak mempersoalkan hak istimewa Melayu dan Orang Asal di Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub di dalam Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga telah menyatakan bahawa kita tidak akan mendiskriminasikan seseorang berdasarkan kaum atau kepercayaan.
Jika kita meneliti Fasal 153, ianya jelas menunjukkan bahawa ia menyentuh tentang tindakan proaktif bagi membantu Melayu dan Orang Asal di Malaysia. Ia menekankan mengenai “kedudukan istimewa” dan bukannya “hak isitimewa”. Sebab itu, kita menekankan kepada lima bidangan; pendidikan, perkhidmatan awam, pengeluaran lessen, ruang pameran dan biasiswa.
Selain itu, apa juga undnag-undang Kerajaan Persekutuan mendiskriminasi berdasarkan kaum melanggar Fasal 8 Perlembagaan, yang mana jelas menyebut bahawa kita semua sama di bawah undang-undang.
Di bawah Kerajaan Perak, kita memperjuangkan semangat yang dinyatakan di dalam Fasal 153 tanpa meminggirkan semangat di dalam demokrasi sosial yang mana menjadi pegangan DAP. Kita memastikan setiap warganegara mempunyai akses samarata terhadap makanan, tempat berteduh, pakaian, pendidikan dan kesihatan. Ini juga selaras dengan konsep negara kebajikan yang diperkenalkan oleh PAS (Parti Islam se-Malaysia) serta demokrasi sosial yang seiring dengannya.
Dari segi inisiatif-inisiatif khusus, kita sudah memperuntukkan RM 1 juta untuk membantu golongan miskin tegar bagi peruntukan makanan seperti minyak, gula dan beras. Kita juga telah mengumumkan 20,000 golongan dalam kumpulan miskin tegar (berpendapatan RM700 sebulan seisi rumah) akan menerima 20 meter padu air percuma. Melalui Yayasan Perak, kita juga memberi RM1000 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM1500 yang mempunyai anak pertama berjaya memasuki universiti. Program-program kebajikan sosial yang lain termasuk memberi lot-lot perumahan dengan harga yang rendah kepada mereka yang tidak mampu untuk membeli tanah. Bagi mereka yang tidak mampu untuk mendirikan rumah walaupun tanah diberikan, kita memperuntukkan kepada syarikat pembangun untuk menyiapkan rumah untuk mereka. Syarikat pembangun tersebut akan memulangkan 20-30 peratus kepada Kerajaan Negeri dan kita akan menjualkannya kepada golongan yang layak pada separuh harga tersebut. Dengan itu, rumah yang berharga RM70,000 kini serendah RM35,000 menjadikannya mudah untuk rakyat memohon pinjaman bank. Kita juga mendirikan rumah pangsa yang disewa dengan harga kadar RM100 sebulan.
Apa yang lebih penting, motif kita semua ialah untuk menjana kekayaan. Tanpa kekayaan, kita tidak mampu untuk mengagihkannya. Oleh yang demikian, kita telah mulakan program yang dipanggil “Pengayaan dan Penjanaan Rakyat”. Sebagai contoh, kita mengagihkan status pegangan hakmilik bebas kepada 149,000 keluarga di kampung baru dan Kampung Tersusun. Sememangnya, Umno telah mula mempolitikkan hal ini dengan mengatakan projek yang kita cadangkan ini akan memberi manfaat kepada kaum Cina. Ini tidak benar kerana majoriti penduduk luar bandar sebenarnya Melayu dan ada juga kaum India. Dasar kita jelas; tidak berdasaskan perkauman – kita hanya mahu mengkayakan negeri Perak. Dengan menjalankan stimulasi terhadap ekonomi tempatan, kita juga menjana pendapatan kepada kerajaan negeri. Lagi pun, projek-projek tersebut bernilai lebih RM1.5 bilion yang mana kerajaan negeri hanya mengambil 20-30 peratus daripadanya. Dengan ini, semua pihak mendapat manfaat daripadanya.
Akhirnya, kita juga teruja dalam usaha mempromosikan industry pelancongan di Perak. Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui Perak mempunyai banyak lokasi pelancongan yang mampu menarik pelancong-pelancong luar. Kami berasa kecewa apabila Kerajaan Pusat enggan bekerjasama dengan kita dalam mempromosikan industri ini. Kita juga telah menubuhkan majlis tempatan bagi tujuan ini sungguhpun kami masih menaruh harapan terhadap kerajaan pusat. Perak mempunyai Gua Tempurung, Pulau Pangkor yang antara lain telah dibangunkan oleh badan-badan-syarikat persendirian untuk pelancongan. Kita perlu bekerja dalam semua sudut bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Apa bezanya Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang dengan Barisan Nasional (BN) sebelum ini?
Semasa kerajaan BN, budaya rasuah telah mencemarkan hasrat pelabur-pelabur luar untuk melabur di sini (Perak). Sekarang, kita lihat mrea sudah mula berminat untuk kembali melabur kerana mereka dapat melihat bagaimana telusnya kerajaan baru kita.sebgai contoh, kita mempuyai 5,000 ekar tanah di Meru Raya, berhampiran Ipoh dan kita menggunakan lapan ekar daripadanya bagi pembinaan Hab Pengangkutan Ipoh Tengah. Projek tersebut mendapat kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta. Kita akan dapat menikmati bas-bas baru sebanyak 250 buah yang akan mula beroperasi mulai tahun hadapan, sekiranya sistem pengangkutan awam diselaraskan di Lembah Kinta.
Selain itu, kita menyedari betapa pentingnya untuk menghargai usaha-usaha yang telah dimainkan oleh badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menggalakkan mereka bersama-sama memperbaiki sistem pengangkutan di Perak. Kita perlu sedar bahawa merekalah yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini, bukannya kita.
BN tidak pernah menghargai usaha-usaha tersebut. Sekiranya terdapat sebuah NGO yang menubuhkan pusat dialisis, mereka akan dikenakan RM5,000 bagi setiap pemindahan. Ini kerja mengarut. Sekarang kita hanya mengenakan kadar berpatutan sebanyak RM1,000 sementara sekolah-sekolah dikenakan RM1. Ini penting bagi menggalakkan NGO mengambil bahagian bagi membantu masyarakat yang memerlukan.
Kerajaan sebelum ini telah meluluskan 400 ekar tanah bagi pembinaan Kolej TAR (Tuanku Abdul Rahman). Di bawah pentadbiran Dato, kerajaan negeri memperuntukkan 2,400 ekar tanah bagi membiunaan sekolah-sekolah Cina. Apa komen anda?
Ya, Umno banyak mempersoalkan perkara ini di media-media arus perdana. Tetapi, kita memberitahu bahawa kerajaan negeri sekarang memberi lebih banyak tanah, bukan hanya untuk pembinaan sekolah-sekolah kebangsaan tetapi juga bagi pembinaan masjid, sekolah agama, kolej untuk kaum Melayu dan sebagainya. Masalahnya, media perdana tidak melaporkannya.
Kita telah meluluskan 6,500 ekar tanah bagi pembinaan kolej untuk orang Islam manakala 2,400 ekar untuk sembilan sekolah swasta. Pendidikan ialah amanah kerajaan. Jadi, sekiranya sektor swasta mahu menyediakan sekolah-sekolah ini, kita membantu mereka dalam meningkatkan tahap sistem pendidikan. Kita sama-sama mendapat manfaat. Kita perlu mengambil ukuran ini dalam menghalang pengaliran keluar pekerja-pekerja mahir ke luar Negara yang menggugar Negara kita selama ini. Kita perlu kekalkan mereka ini di sini dan mengelak mereka daripada merantau dan bekerja di Negara luar.
DAP menerima penyertaan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimana pula dengan masyarakat Melayu di Perak? Adakah mereka sedar dengan terdapatnya lebih ramai perwakilan DAP di dalam barisan exco?
Umno sering memainkan sentimen ini untuk menakut-nakutkan Melayu. Namun, secara perlahan-lahan rakyat mula sedar bahawa DAP tidak pernah meminggirkan Melayu. Lagi pun, saya sering mengingatkan Menteri Besar (Perak) bahawa kita perlu membuat yang lebih kepada kaum Melayu agar mereka faham usaha kita membangunkan Melayu dan menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Sesiapa yang melakukan kerja dengan lebih baik ialah sepatutnya dilantik – tidak kira bangsa. Kita tidak sepatutnya memilih seseorang berdasarkan warna kulit, sepertimana yang berlaku dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Apa yang lebih mustahak ialah rakyat akan merasakan mereka terjamin dan bukannya melihat bahawa kita bekerja untuk kroni. Sekarang, semua bangsa mendapat perlindungan di Perak, termasuk Orang Asli yang sering dipinggirkan semasa pentadbiran kerajaan lalu.
Bagaimana pula dengan imej anti-Melayu dan anti-Islam dalam DAP yang sering dilihatkan oleh Malaysia?
Pertamanya, DAP ialah sebuah parti social democrat yang berada di bawah kumpulan Socialist International, yang mana ia merupakan organisasi politik terbesar di dunia. Di Eropah, 12 daripada 15 negara diperintah oleh parti seperti ini termasuk Australia dan New Zealand. Jelas, Negara-negara ini bukannya negara Cina. Jadi, ianya jelas bahawa ia bukannya isu dominan masyarakat Cina, sungguhpun Umno secara sengaja dan berniat jahat ingin memperlihatkan DAP seperti itu. Ia juga sama dengan cara MCA yang cuba menakutkan masyarakat Cina terhadap PAS yang menggelar PAS sebagai syaitan. Semua ini secara terang berasaskan kepada politik perkauman dan BN seronok menggunakan cara ini.
Jadi, apabila kita mengutarakan semangat kesaksamaan dan keadilan, mereka cuba memperlihatkan bahawa kita ingin menghapuskan kedudukan istimewa Melayu. Sudah semestinya, kita tidak memberi layanan sedemikian. Lagi pun. Islam juga tidak mengajar umatnya berbuat demikian, dan sudah semestinya orang Melayu juga tidak mahu memberi ketidakadilan kepada kaum lain.
Sekarang, orang Melayu sudah mula sedar bahawa tuntutan Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu sebenarnya memberi manfaat kepada segelintir orang, bukannya Melayu kebanyakan.
Saya percaya, jalan terbaik untuk mengatasi ide-ide negatif yang dipropagandakan oleh Umno ialah melalui setiakawan dan merapatkan silaturrahim. Semasa Pilihan Raya Umum yang baru lalu, saya menerima 30 peratus undi Melayu di Beruas. Keputusan dimumkan jam 11 malam dan pada 3 pagi kita sudah mampu mengumumkan kerajaan baru bersama Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang dan Pengerusi PKR Zulkifli Ibrahim. Kita mampu menubuhkan kerajaan dalam beberapa jam sahaja melalui ukhuwah ini.
Kalau kita lihat di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri itu mengamalkan prinsip CAT. Bagaimana dengan Perak?
Kita tidak mempunyai slogan sedemikian. Namun, pendirian kami jelas. Secara prinsipnya, kita bersetuju pada dasarnya bahawa tidak ada seorang pun ahli majlis yang layak untuk mendapat seinci tanah dari kerajaan negeri. Dan kita langsug tidak menerima amalan rasuah di dalam pentadbiran kita. Juga, Kerajaan Perak sekarang menumpukan kepada pengayaan, bagi mengkayakan rakyat Perak.
Dalam masa tempoh setahun, kita merancang untuk membenarkan semua pemilik tanah dan industri di luar perkampungan baru memperbaharui hak pemilikan mereka yang luput selepas 99 tahun. Selain itu, kita menggalakkan segala bentuk perniagaan dan industri dan pada masa yang sama melindungi alam sekitar. Kita akan menerokai perlombongan seperti kalsium dan magnesium yang banyak terdapat di Perak.
Apa pula pandangan Dato dalam skandal rasuah yang berlaku di dalam barisan exco?
Memandangkan kes ini sedang dibicarakan, saya tidak dapat memberi komen mengenainya. Saya telah menasihati mereka yang terbabit untuk membuat laporan polis. Banyak perkara di dalam kes ini yang boleh dipertikaikan.
Labels: BN, DAP, ngeh koo ham, orang asal, perak, UMNO
 
Tuesday, April 29, 2008
Dapatkan Suara Keadilan Keluaran Terbaru

Klik ke TOKOBUKU untuk buat pesanan.
Labels: suara keadilan, UMNO
 
Friday, March 07, 2008
Bagaimana Mereka ini Boleh Memasuki Dewan Penamaan Calon?
Pada hari penamaan calon, pintu-pintu pagar untuk memasuki dewan penamaan calon dikawal ketat oleh pihak berkuasa polis.
Namun, gambar ini menunjukkan bahawa beberapa pimpinan parti politik BN berjaya terbolos ke dalam dewan dan tanpa sgan-silu membenarkan mereka diambil gambar.
Mengikut perundangan SPR, hanya wakil calon, pencadang dan penyokong sahaja dibenarkan.
Yang lainnya terdiri daripada ahli media, dan mereka-mereka yang mempunyai tag khas yang dikeluarkan oleh SPR.
Lelaki berbaju biru
Kepada mereka yang tidak mengetahui, lelaki tengah berpakaian baju melayu biru ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Muhammad Muhamad Taib.
Beliau pernah didakwa di mahkamah di Australia kerana membawa USD melebihi had. Beliau terlepas daripada dakwaan kerana tidak faham arahan yang tertera dalam borang Australia.
Persoalan: Bagaimanakan individu ini dan beberapa anggota jawatankuasa komponen BN boleh dibenarkan masuk dalam kawasan penamaan calon yang dihadkan kepada pihak tertentu sahaja?
Labels: Lee Hwa Beng, Mike Tyson, Muhammad Mohammad Taib, Sheripah Noli, UMNO
 
Thursday, February 28, 2008
Sidang Media P104 Kelana Jaya


Saya telah mengaturkan sidang media Parlimen Kelana Jaya dengan mengenengahkan pasukan muda-muda berlawan dengan ahli-ahli politik karat:
Parlimen Kelana Jaya (P104)
Loh Gwo (34 tahun) melawan dengan Lee Hwa Beng
DUN Seri Setia (N32)
Nik Nazmi Nik Ahmad (26 tahun) melawan Sheripah Noli Syed Hussin
DUN Subang Jaya
Hanna Yeoh (29 tahun) melawan Ong
Kisah Utusan Malaysia
Seorang wartawan yang memperkenalkan dirinya sebagai Fizan (No Tel 017-7698385) memanggil pejabat bilik gerakan untuk jadual kami.
Saya memberitahu bahawa kita tidak mempunyai kelengkapan faks tetapi janji dengan beliau untuk menghantarkan salinan apabila talian internet saya berfungsi kembali.
Apabila didesak, saya bertanya, "kalau beri pun, Utusan bukannya dank tulis. Kalau tulispun, faktanya diputar-belit."
Fizan: Jangan cakap macam tu. Macam mana saya nak tulis kalau you tak bagi.
Saya: Saya pernah janji untuk kerat jari bila ada wartawan sebelum ini mahu tahu bila program terperinci Anwar Ibrahim di Kelana Jaya pada 4 Februari lalu. Wartawan itu cuma gelak dan kata kita hanya jalankan tugas.
Fizan: Jangan cakap Utusan bias! You bagitahu Harakah tu tak bias ke?
Saya: Cik Fizan, Harakah tu milik PAS, akhbar tabloid PAS dan lesen mengikut peraturan ROS. Utusan akhbar perdana. Kalau Utusan akhbar milik UMNO, dia kena keluar 2 kali sebulan sahaja.
Fizan: Saya cuma nak minta jadual, you nak cakap macam-macam.
Saya: Saya akan berikan jadual. Saya tunaikan janji. Saya minta Cik Fizan kerja dengan etika.
Fizan juga boleh dihubungi melalui emel: fizani81@yahoo.com
Sangkaan saya betul, Faizah tidak melaporkan apa-apa pun dalam Utusan!
Labels: Anwar Ibrahim, Kelana Jaya, Nik Nazmi, P104, UMNO, Utusan Malaysia